Norazleen Mohamad NoorNurafifah Kamarudin2024-05-302024-05-302015https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18094Kertas kerja ini membincangkan suatu kajian mengenai gejala penagihan dadah berulang. Ianya melihat faktor-faktor utama penagihan dan punca berlakunya penagihan berulang. Kajian turut melihat, adakah penagihan berulang ini disebabkan oleh kerinduan ataupun ketagihan terhadap bahan terlarang tersebut. Turut dibincangkan ialah cabaran serta kekangan yang dihadapi oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan dalam menjalankan tanggungjawab memulihkan, menyebarkan maklumat dan melaksanakan program yang dirangka untuk membantu para pelatih terbabit. Kajian ini diharap mampu membuka minda masyarakat akan peri pentingnya peranan setiap anggota masyarakat untuk turut sama membantu mengatasi masalah ini. Kajian ini turut akan mengetengahkan latar belakang profil mereka yang terlibat dalam menyelami hati dan perasaan mereka sehingga menyebabkan mereka kecundang dan tewas terhadap najis dadah ini. Diharap ianya dapat memberikan kesedaran dan manfaat kepada kita semua dalam menangani secara efektif dan membanteras penagihan dadah di Negara yang kita cintai ini.otherKerinduan, Ketagihan, Belia, Faktor kecundang, RelapseKerinduan Atau Ketagihan Terhadap Dadah Punca Belia Kecundang Dan Kembali Menagihtext::conference output::conference proceedings::conference paper