Siti Zuraida Abdul ManafAhmad Syukri Mohamad ZaidRosseni DinAnalisa HamdanNor Syazwani Mat SallehIntan Farahana KamsinAidah Abdul KarimMaimun Aqsya Lubis2024-05-302024-05-302015-121675-5936http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/35/40https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16008Aplikasi Android merupakan operasi yang berasaskan Linux yang digunakan untuk program layar sentuh dan komputer tablet. Sistem Android merupakan sumber terbuka di bawah operasi Google. Program Android boleh didapati dengan memuat turun dari Google Play. Salah satu program yang diperoleh adalah aplikasi Panduan Solat Muslim yang boleh dimuat turun secara percuma melalui alat mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Aplikasi Panduan Solat Muslim dibina bertujuan sebagai panduan kepada warga Muslim untuk semua peringkat umur dalam menunaikan ibadat solat menurut Islam. Antara kandungan aplikasi ini adalah rukun solat, cara menunaikan wuduk, perkara-perkara yang membatalkan solat, bacaan dalam solat lima waktu, panduan solat-solat sunat dan doa-doa selepas menunaikan solat. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan Panduan Solat Muslim. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan mengemukakan soal selidik terhadap 62 orang responden kajian yang menggunakan aplikasi ini. Analisis kajian dijalankan dengan menggunakan model pengukuran Rasch untuk mengukur sumbangan setiap faktor penggunaan terhadap aplikasi ini. Hasil kajian menunjukkan penggunaan aplikasi solat Muslim ini membantu mereka dari segi penguasaan ilmu serta kaedah pengajaran dan pembelajaran panduan menunaikan solat. Aplikasi ini juga sangat membantu orang dewasa yang ingin belajar menunaikan solat. Panduan Solat Muslim Android ini membantu mereka bersedia sebelum berjumpa dengan guru untuk belajar solat dan melengkapkan diri sebagai seorang Muslim untuk menunaikan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan.otherPanduan Solat Muslim AndroidAlat Mudah AlihModel Pengukuran RaschAplikasi Mudah Alih Panduan Solat dan PenggunaannyaThe User Guide of the Mobile Muslim Prayer ApplicationArticle436116'Ulum Islamiyyah, Vol.16,December, 2015