Nur Afifi bin AlitShumsudin YabiMohd Yusuf bin Ismail2024-05-282024-05-2820232024-1-31Alit, N. A., Shumsudin Yabi, & Ismail, M. Y. (2023). Pembinaan Garis Panduan Penyampaian dan Penerimaan Hadith dalam Rancangan Keagamaan di Televisyen: Analisis Terhadap Kriteria Utama Diperlukan. Journal of Islam in Asia (E-ISSN 2289-8077), 20(1), 299–327. https://doi.org/10.31436/jia.v20i1.11322289-807710.31436/jia.v20i1.1132https://journals.iium.edu.my/jiasia/index.php/jia/article/view/1132/567https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7724Journal of Islam in Asia Volume 20 No.1 Special Issue Page (299-327)Penyampaian ilmu berkaitan hadith di Malaysia semakin berkembang pesat dalam pemodenan dunia masa kini. Proses kemajuan ini bukan sahaja dilihat daripada aspek kandungan dan bidang ilmu yang disampaikan malah meliputi kaedah yang digunapakai seiring dengan kemajuan teknologi semasa antaranya penyebaran dakwah melalui rancangan keagamaan di televisyen. Namun, kemudahan teknologi ini harus diselarikan dengan pengaplikasian kaedah pemantauan yang berkesan, dan medium penapisan yang efektif dengan mewujudkan garis panduan yang komprehensif bagi mengelakkan implikasi penularan negatif yang timbul akibat pengabaian elemen penting yang disebutkan. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan keperluan dalam penetapan kriteria utama pembinaan garis panduan tersebut yang berupaya menjadi rujukan penting bagi pihak berautoriti dalam lapangan penyiaran televisyen berkonsepkan keagamaan, dan panduan untuk mereka yang terlibat dalam lapangan kontemporari ini secara keseluruhannya. Kajian ini menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan dengan mengumpulkan data primer dan sekunder, dan dianalalisis secara analisis kandungan. Garis panduan yang akan dibina mestilah memenuhi beberapa kriteria seperti kandungan yang menyeluruh meliputi aspek riwayah dan dirayah hadith, penggunaan terma yang eksplisit, penyertaan dalil sebagai konsep asas pembinaan item kandungan, penyenaraian contoh kesalahan yang dilakukan ketika proses penyampaian dan penerimaan hadith, penetapan golongan sasaran bagi setiap bahagian kandungan garis panduan, dan pembentukan usaha pemantauan yang lebih sistematik. Hasil kajian mendapati keperluan terhadap aris panduan ini ditekankan agar objektif utamanya ialah menghindari polemik penggunaan hujah yang rapuh dalam penyampaian maklumat seperti penghujahan dengan hadith-hadith palsu dan salah faham terhadap hadith yang disampaikan.otherGaris Panduan, Penyampaian dan Penerimaan Hadith, KriteriaPembinaan Garis Panduan Penyampaian Dan Penerimaan Hadith Dalam Rancangan Keagamaan Di Televisyen: Analisis Terhadap Kriteria Utama DiperlukanConstruction of Guideline for Delivering and Accepting Hadith in Religious Television Programme: An Analysis on The Main Criteria RequiredArticle299327201