Alifah Maisarah Binti HalimNurin Safwani Binti Abdul RahimMohd Zamrus Bin Mohd Ali2024-05-302024-05-302022Halim, A. M., Abdul Rahim, N. S., & Mohd Ali, M. Z. (2022). Keberkesanan Ruang Terapi Minda Alunan Al-Quran Dengan Bunyian Alam Tabie Di Sekolah-Sekolah Untuk Mengurangkan Masalah Kesihatan Mental Dalam Kalangan Remaja. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 376–385. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/37eISSN: 2756-8156https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/37/10https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/173278TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah StudiesKesihatan mentaldalam kalangan remaja di Malaysia semakin menunjukkan peningkatan . Hasil kajian oleh bahagian Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan pada tahun 2017 menunjukkan 1 nisbah 5 orang remaja antara 13 tahun hingga 17 tahun mengalami kemurungan, dua nisbah lima orang mengalami keresahan dan satu nisbah sepuluh mengalami tekanan perasaan. Banyak kaedah penyelesaian dan cara mengurangkan kesihatan mental ini diketengahkan seperti sesi kaunseling, beriadah atau sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti luar bersama keluarga atau rakan-rakan. Kajian ini mencadangkan penggunaan alunan ayat al-Quran yang digabungkan dengan bunyian alam tabie seperti ombak, hujan, sungai dan unggas sebagai alternatif kepada kaedah-kaedah lain dengan alat bantuan pandang dengar 3D iaitu virtual reality (VR). Kajian juga mencadangkan agar penggunaannya diletakkan di ruangan atau bilik khas di sekolah-sekolah menengah khususnya untuk memberi keselesaan kepada remaja sekolah yang mengalami masalah kesihatan mental. Berdasarkan kajian soal selidik dan temubual, maklumat yang diketengahkan kelak akan memberi fokus kepada keberkesanan dan penerimaan kaedah ini oleh kumpulan sasaran dalam mengurangkan masalah kesihatan mental yang dihadapi. Dapatan utama menjangkakan kaedah ini membantu mengurangkan risiko yang lebih teruk kepada remaja yang bermasalah serta mampu menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah. Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan bahawa bacaan al-Quran mampu mengurangkan tekanan perasaan serta masalah kesihatan mental yang lain dan keutamaan harus diberikan bagaimana bacaan al-Quran itu dihayati kerana ia memberikan impak yang lebih positif.otherkesihatan mental, terapi minda, remaja sekolah, alunan al-Quran.Keberkesanan Ruang Terapi Minda Alunan Al-Quran dengan Bunyian Alam Tabie di Sekolah-sekolah Untuk Mengurangkan Masalah Kesihatan Mental Dalam Kalangan Remajahe Effectiveness of Providing Space In Applying Mind Theraphy Of Quranic Recitation with Natural Sounds in Schools to Reduce Mental Health Problems Among Teenagers.Article376385