Mohd Mahyeddin Mohd SalleMustafa ‘Afifi Abdul HalimSumaiyah Abdul Aziz2024-05-272024-05-27202019/11/2020Mohd Salleh, M. M., Abdul Halim, M. ‘Afifi, & Abd Aziz, S. (2020). Implementation Of Islamic Cleansing (Sertu) In The Halal Industry: Perlaksanaan Sertu Kontemporari Dalam Industri Halal. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 18(1), 1–9. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/2552289-9944https://al-qanatir.com/index.php/aq/article/view/255https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3532Volume: 18. No: 1 (page: 1-9)Perkembangan industri halal di peringkat domestik dan global telah secara tidak langsung memacu permintaan terhadap perkhidmatan sertu. Namun permasalahan yang timbul ialah, nas hadis hanya menjelaskan sertu dalam bentuk umum, sedangkan keperluan industri adalah sebaliknya kerana proses sertu turut melibatkan peralatan dan mesin yang sensitif dengan air, serta memerlukan standard sertu yang lebih terperinci bagi membolehkannya dipraktikkan oleh industri. Artikel ini bertujuan menjelaskan amalan sertu tradisional menurut syarak, mengkaji amalan sertu moden dalam konteks industri halal dan menganalisis prosedur dan pengurusan sertu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan agama Islam negeri (JAIN). Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen, temubual dan pemerhatian sebagai kaedah pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan amalan sertu industri telah berkembang pesat menerusi penggunaan peralatan dan teknologi yang lebih canggih dan moden, namun masih berpaksikan kepada panduan syarak. Terdapat juga produk-produk sertu yang sudahpun digunapakai oleh industri antaranya sabun taharah, dan cecair pencuci sertu. Selain itu, pemerkasaan modal insan juga penting menerusi latihan yang khusus bagi mewujudkan lebih ramai jurusertu professional di industri.otherSertu,Industri, Halal, Peralatan, StandardPerlaksanaan Sertu Kontemporari Dalam Industri HalalImplementation Of Islamic Cleansing (Sertu) In The Halal IndustryArticle19181