Erwinhirma SahirRuslin AmirSyaidatun Nazirah Abu Zahrin2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18169Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan – Kajian tindakan ini berfokus untuk memberi nilai tambah kepada penilaian projek solekan pelajar bukan hanya setakat memberi markah dan gred berpandukan rubrik pentaksiran rasmi seperti yang biasa dilakukan. Pengenalan penarafan Sijil ‘Star Rating’ adalah satu usaha untuk meningkatkan taraf kualiti hasil solekan pelajar di mana tiga tahap kualiti solekan yang terbaik akan diberikan Sijil ‘Star Rating’ iaitu Sijil 5 Bintang, Sijil 4 Bintang dan Sijil 3 Bintang. Objektif - Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti solekan pelajar serta amalan pengajaran dan pembelajaran serta mengubah sikap pelajar daripada pasif dan negatif kepada positif dan proaktif. Metodologi - Kumpulan sasaran kajian ini adalah 10 pelajar semester 2, Sijil Terapi Kecantikan Dan Spa, Kolej Komuniti Muar, Johor. Peringkat permulaan pengkaji membuat pemerhatian serta melaksanakan temubual bersama semua pelajar. Semua maklumat asas yang diperlukan diperolehi daripada pensyarah. Taklimat ringkas diberikan kepada semua pelajar untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada mereka. Kemudian Borang Sesi Perkongsian Maklumat 1, 2 dan 3 diedarkan kepada pensyarah dan pelajar-pelajar. Satu Jadual Pelaksanaan Kajian disediakan untuk memudahkan pelaksanaan intervensi yang dirancang iaitu pelaksanaan Gelung Pertama Penarafan Sijil ‘Star Rating’ bagi projek solekan komersial dan pelaksanaan Gelung Kedua Penarafan Sijil ‘Star Rating’ bagi projek solekan siang dan malam. Satu Analisa Dapatan serta Unjuran Penarafan Sijil ‘Star Rating’ dibuat untuk melihat keberhasilan kajian ini. Dapatan – Ringkasnya kajian ini menunjukkan bahawa Penarafan Sijil ‘Star Rating’ ini dapat meningkatkan kualiti hasil projek solekan pelajar dan meningkatkan kesungguhan pelajar menghasilkan solekan yang terbaik. Seorang pelajar telah berjaya mendapat Anugerah Emas dan seorang pelajar mendapat Anugerah Gangsa di dalam Pertandingan MyCC Skills peringkat kebangsaan Tahun 2019 anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain daripada itu kesemua pelajar mendapatkan tempat bagi menjalani latihan industri dengan mudah berbanding pelajarpelajar semester yang lalu. Kepentingan - Kajian ini turut menyumbang kepada pendidikan holistik di mana kecemerlangan pelajar yang menguasai kemahiran ini akan menjadi aset sepanjang hayat buat diri mereka.otherSijil ‘Star Rating’ (SSR), penarafan kualiti solekan, pelajar Terapi Kecantikan dan Spa, Kajian Tindakan.Sijil ‘Star Rating’ (SSR) Penarafan Kualiti Solekan pelajar Terapi Kecantikan Dan Spa, Kolej Komuniti Muar, JohorArticle5266