Helimy ArisAhmad Sanusi AzmiAmran Abdul Halim2025-12-182025-12-182025Helimy Aris, Ahmad Sanusi Azmi, Amran Abdul Halim. (2025). Pengaruh Kriteria Tematik Surah Madanīyah dalam Pengklasifikasian Hadith Madanī. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 582–592. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28293International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Kriteria tematik surah adalah sebahagian daripada identiti umum surah al-Quran yang merangkumi aspek struktur, uslub dan tema. Ia juga adalah sebahagian daripada proses penjejakan maqāṣid (objektif umum) al-Quran. Terdapat perbezaan antara surah makkīyah dan madanīyah dalam beberapa aspek seperti struktur ayat, uslub dan tema. Ia sering dijadikan bukti sokongan dalam menentukan identiti sesuatu surah khususnya yang diperselisihkan adakah ia dalam kategori makkīyah atau madanīyah. Kriteria-kriteria ini diperolehi hasil daripada penelitian menyeluruh (induktif) dan kajian perbandingan antara surah-surah al-Quran. Namun, belum ada kajian yang mengaplikasikan kriteria-kriteria tersebut terhadap hadith Nabi. Mutakhir ini, terdapat beberapa kajian mengenai kewajaran pengumpulan hadith-hadith Nabi mengikut tema Makkah dan Madinah atau juga disebut hadith makkī dan madanī. Ia dilihat selaras dengan pengkategorian surah-surah al-Quran kepada makkīyah dan madanīyah. Namun, tema hadith makkī dan madanī secara khususnya belum pernah dibincangkan dalam ilmu Hadith. Kajian ini bertujuan meninjau pengaruh kriteria tematik surah madanīyah secara khusus dalam pengkategorian hadith madanī. Penulis telah mengguna pakai kajian kepustakaan dan analisis dokumen bagi menjawab persoalan di atas. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara hadith madanī dan kriteria surah madanīyah. Diharapkan kajian ini dapat memberi inpak yang positif dalam penyelidikan al-Quran dan Hadith.msMaqāṣid Al-Quranal-Makkī Dan al-MadanīKriteria Surah al-QuranHadith MadanīPemahaman Secara KontekstualCriteria of Surah al-QuranUnderstanding ContextuallyPengaruh Kriteria Tematik Surah Madanīyah dalam Pengklasifikasian Hadith Madanītext::conference output::conference proceedings::conference paper582592