Muhammad Nawwar NasrullahAhmad Bazli Ahmad Hilmi2024-05-302024-05-302021-02-18https://geniusinsan.usim.edu.my/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16393E-Proceeding: Insan Junior Researcher International Conference (iJURECON) 2020 Date: 17-18 November 2020 Organized by: Kolej Genius Insan Virtual Conference Page : 268-270Kelahiran anak luar nikah merupakan perkara yang berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kepentingan perkara ini dibuktikan apabila terdapat peruntukan khas berkaitan anak luar nikah dalam undang- undang kehakiman. Kajian yang dilakukan bertujuan mengenal pasti kedudukan anak luar nikah dalam sistem perundangan tiga buah negara iaitu China, England and Wales dan Malaysia. Fokus kajian adalah dari sudut pewarisan harta pusaka, hak penjagaan ke atas anak, dan pengambilan anak luar nikah sebagai anak angkat. Hasil kajian mendapati China dan England and Wales membenarkan anak luar nikah untuk mewarisi harta ibu bapa namun di Malaysia perwarisan harta hanya boleh diambil daripada ibunya dan keluarga ibunya. Dari aspek penjagaan anak pula, undang-undang di China tidak mempunyai peruntukan terperinci, di England and Wales hak tersebut tidak boleh diletakkan ke atas bapa yang belum berkahwin dan di Malaysia pula, tanggungjawab penjagaan terletak pada ibu dan saudara-mara sebelah ibunya. Bagi undang-undang berkaitan pengambilan anak luar nikah sebagai anak angkat di China tidak diberi penekanan oleh undang-undang manakala di England and Wales dan Malaysia, mahkamah yang berperanan untuk menentukannya.otherpewarisan harta, hak penjagaan, anak angkatUndang-Undang Kehakiman di Malaysia dan Luar Negara: Analisis Kedudukan Anak Luar NikahOther268270