Norwardatun Mohamed Razali2024-05-302024-05-302019-10-08978-967-440-682-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16795THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019 “AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES” 8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Perbuatan menyandarkan sesuatu dengan sumpah telah menjadi kebiasaan masyarakat sejak zaman dahulu lagi, sama ada dilafazkan untuk menegakkan hak individu, menguatkan kata-kata, atau sekadar kebiasaan agar diyakini kata-katanya. Seiring dengan peredaran zaman, ada di kalangan masyarakat yang menyalahgunakan sumpah untuk kepentingan individu atau pihak tertentu berpunca kejahilan dan kurangnya pendedahan terhadap adab-adab berkaitan sumpah sepertimana yang telah digariskan di dalam al-Quran. Di dalam kajian ini, penulis akan mengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan sumpah serta perlaksanaannya, kemudian ayat-ayat ini akan dianalisis dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir mu’tabar bagi membantu kita melihat bagaimana al-Quran memberikan panduan berkaitan perkara ini. Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa al-Qur’an menjelaskan dengan terperinci bagaimana adab-adab bersumpah serta peraturan yang perlu dipatuhi oleh kita di dalam tiga keadaan berbeza iaitu; sebelum sumpah dilaksanakan, ketika sumpah dilaksanakan dan selepas sumpah dilaksanakan. Perkara ini sekaligus mendidik masyarakat untuk lebih berhati-hati sebelum melafazkan sumpah kerana ia melibatkan ketinggian dan kesucian nama Allah Subhanahu wa ta’ala agar tidak terjatuh ke lembah yang Allah murka.otherSumpah, Adab-adab bersumpah, mendidik masyarakat.Perlaksanaan Sumpah dan Adab-adabnya Menurut Perspektif Al-QuranArticle611620