Nasimah AbdullahLubna Abd. RahmanNorfazila Ab. HamidMurni Syakirah Musa2024-05-282024-05-2820172289-7909http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/05/DR-NASIMAH-160-172.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6886Volume: 4 No:1Masyarakat Melayu Islam yang tidak ada latar belakang pengetahuan dalam bahasa Arab akan membaca dan merujuk kepada terjemahan makna al-Quran dalam bahasa Melayu sebagai salah satu usaha untuk memahami isi kandungan dan mesej yang terdapat dalam al-Quran. Apa sahaja yang dipaparkan dalam teks terjemahan yang mereka baca akan memberi kesan kepada tahap pemahaman mereka daripada mesej al-Quran. Tahap pemahaman pembaca teks terjemahan secara signifikannya akan dipengaruhi oleh unsur linguistik yang terkandung dalam teks sasaran yang menjadi rujukan mereka. Selain itu, penterjemahan juga perlu mengambilkira kepatuhan kepada peraturan sosiolinguistik sesebuah masyarakat kerana ia kadang-kadang menjadi ukuran kepada kesantunan berbahasa. Dalam hal ini, penterjemah bukan sahaja perlu melihat struktur morfologi dan sintaksis, malah mereka juga perlu memberi perhatian kepada unsur semantik dan keperihalan keadaan atau konteks sebelum memindahkan teks bahasa sumber ke bahasa sasaran. Oleh itu, kertas kerja ini cuba menganalisis penggunaan kata panggilan kekeluargaan dalam menterjemahkan kata ganti nama Arab ke bahasa Melayu dan membandingkan antara dua (2) teks terjemahan makna al-Qur'an ke bahasa Melayu dengan tujuan melihat kaedah yang digunakan oleh para penterjemah dalam usaha menyampaikan makna ayat al-Quran dan melihat kesesuaian terjemahan dengan konteks masyarakat Melayu daripada aspek sosiolinguistik. Dalam kajian ini, dua buah teks terjemahan yang dikaji adalah "Tafsir Pimpinan ar-Rahman" yang diterjemahkan oleh Abdullah Basmeih dan "al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan" yang diterbitkan oleh Yayasan Restu dengan hanya melihat ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi dialog antara Nabi Ibrahim a.s. dan ayahandanya. Berdasarkan data yang dikaji, tiada perbezaan yang ketara antara dua (2) teks terjemahan tersebut dari segi cara menterjemah kata ganti nama diri ke bahasa Melayu yang mana terdapat sebahagian cara terjemahan adalah sesuai dengan konteks sosiolinguistik masyarakat Melayu walaupun terjemahannya secara harfiah tidak sepadan. Ini membuktikan bahawa penterjemah tidak menggunakan pendekatan kata demi kata dalam menterjemah kata ganti nama diri kerana meraikan unsur kesopanan dalam konteks dialog antara ahli keluarga.otherKata Panggilan Keluarga, Kata Ganti Nama, Terjemahan Makna al- Quran.Terjemahan Al-Quran Ke Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Kata Panggilan KekeluargaanArticle16017241