Al-Azkiya : International Journal Languages and Education
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Al-Azkiya : International Journal Languages and Education by Author "Azlan Shaiful Baharum"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Luaran Yang Mempengaruhi Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Pembelajaran Bahasa Arab: Kajian Perspektif Pelajar(USIM PRESS, 2024) ;Wan Muhammad Shaker Wan Adnan ;Azlan Shaiful BaharumMohd Nizwan MuslingKaedah nyanyian adalah kaedah pengajaran yang menggunakan lagu dan irama sebagai alat bantuan bagi mencapai objektif sesi pembelajaran. Kaedah nyanyian mempunyai keberkesanan dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam subjek Bahasa Arab. Terdapat perbezaan yang ketara dihadapi oleh pelajar setelah diterapkan kaedah nyanyian dalam kelas, yang mana mereka dapat menguasai topik yang diajarkan dengan lebih baik dan efisien hanya setelah menggunakan kaedah nyanyian. Maka, secara umumnya jelas bahawa kaedah pengajaran menggunakan teknik nyanyian ini memberikan impak positif kepada pelajar secara khususnya dalam pembelajaran Bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pandangan pelajar tentang faktor-faktor lain yang memainkan peranan dalam membantu meningkatkan keberkesanan sesi pembelajaran selain daripada modul dan kaedah pengajaran itu sendiri. Pengumpulan data dijalankan secara temu bual bersemuka dan analisis tematik digunakan bagi menganalisis data kajian. Pengkaji menjalankan temubual ke atas sepuluh orang responden kajian yang merupakan pelajar tahun satu program Sarjana Muda Pendidikan Islam, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Pelajar-pelajar ini mengaplikasikan kaedah nyanyian bagi menguasai kursus Nahu Gunaan 1 dalam Bahasa Arab. Hasil kajian menyimpulkan terdapat empat faktor luaran lain yang memberi kesan kepada keberkesanan kaedah nyanyian iaitu i) peranan guru, ii) peranan rakan-rakan, iii) peranan alat pengajaran (lagu), iv) peranan topik pembelajaran. Kesimpulannya, kaedah nyanyian ini mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza ke atas pelajar bergantung kepada cara peranan-peranan ini dimainkan.10 29