2025 CFORSJ i-CONF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 CFORSJ i-CONF by Author "Afiqah Mohd Fauit"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Menangani Konflik Nilai dan Etika: Peranan Institusi Pendidikan, Keluarga, dan Penguatkuasaan Undang-Undang dalam Mencegah Fenomena Sugar Dating di Kalangan Generasi MudaFenomena ‘Sugar Dating’ merupakan isu hubungan terlarang yang semakin menular dalam kalangan mahasiswa di Malaysia, di mana individu yang lebih muda ('Sugar Baby'), seringkali pelajar, menerima sokongan kewangan atau material daripada individu yang lebih tua ('Sugar Daddy'/'Sugar Mommy'). Keterlibatan ini didorong oleh faktor-faktor utama seperti tekanan menampung kos sara hidup yang meningkat, terutamanya sejak Pandemik COVID-19, kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada keluarga, serta keinginan untuk mengejar trend gaya hidup mewah. Walaupun dipromosikan sebagai hubungan yang saling menguntungkan (mutual benefit), amalan ini menimbulkan implikasi negatif yang serius, termasuk risiko trauma psikologi seperti kemurungan dan sindrom Stockholm akibat ketidakseimbangan kuasa, isu keselamatan seperti penyalahgunaan maklumat peribadi dan pendedahan kepada jenayah seksual, dan penularan Penyakit Jangkitan Seksual (STD). Dari sudut pandangan perundangan, meskipun tiada undang-undang khusus untuk 'Sugar Dating', aktiviti ini boleh disabitkan di bawah peruntukan undang-undang Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan pelacuran dan persundalan. Secara syarak, amalan yang menggalakkan pergaulan bebas (ikhtilat) dan membawa kepada perzinaan (zina) adalah dilarang keras. Oleh yang demikian, penyelesaian holistik yang melibatkan kempen kesedaran meluas, pengukuhan peranan keluarga dalam pendidikan agama dan moral, serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadap platform promosi 'sugar dating' adalah kritikal untuk menangani isu ini dan melindungi kesejahteraan sosial dan etika masyarakat Malaysia.36 18