2025 CFORSJ i-CONF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 CFORSJ i-CONF by Title
Now showing 1 - 20 of 45
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A Legal Analysis of Xenotransplantation in MalaysiaXenotransplantation is the transplantation of living cells, tissues, or organs from animals to humans which has emerged as a potential solution to the persistent organ shortage in Malaysia. As demand for human organs continues to exceed supply, xenotransplantation offers a promising alternative to alleviate the critical gap and reduce mortality among patients awaiting transplantation. This study adopts a library research method, examining statutory materials, scholarly literature, and policy documents to assess the existing Malaysian legal framework relevant to xenotransplantation. The analysis highlights that although Malaysia has enacted laws such as the Animal Welfare Act 2015, which regulates ethical treatment of animals, and the Biosafety Act 2007, which governs genetically modified organisms, these laws only provide fragmented and indirect regulation. They do not comprehensively address the complex ethical, biosafety, medical, religious, and liability issues uniquely associated with xenotransplantation. The findings reveal a significant regulatory gap, particularly in areas such as source animal requirements, genetic modification controls, infection risk management, consent standards, clinical trial governance, and post-transplant monitoring. In view of these shortcomings, this study proposes the establishment of a dedicated Xenotransplantation Act to provide a holistic and specialised legal framework. Such legislation would ensure patient safety, uphold ethical standards, support scientific advancement, and align Malaysia with international best practices as xenotransplantation moves closer to clinical application32 16 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication An Overview of Parental Alienation on Child Custody and Ḥadanah Cases(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2027) ;Sarah Sakinah AzmanAsmidah AhmadParental alienation (PA) can be defined as a mental condition involving the rejection from a child towards one parent under custody matter. Parental alienation has been discussed widely by international scholars however this matter seems less known in Malaysian society. The purpose of this study is to understand the extent of discussion regarding parental alienation on determining the right of custody in court in Malaysia and to identify whether it is a crime along with-it consequences on children involved. Various discussions on parental alienation have led to different opinions and views. Some argued that parental alienation is one of the forms of child abuse reasoning the act tends to be committed by a party who wants to dominate his right using the child to oppose another party. Nonetheless, in Malaysia, this issue has not been discussed in detail hence this study mostly manages to refer to writings from the United States and other countries. The methodology used is qualitative where it focuses on library-based research and related provisions from statues, cases regarding child custody from both civil court and Syariah court and selected materials from books, journals, articles. The findings indicate parental alienation is not an offence in Malaysia and there is no specific law regarding parental alienation. Although parental alienation cannot be considered as a crime, the court has recognized the existence of it and one party can take a legal action against another party under civil litigation separately. Therefore, through this writing, it is hoped to provide an enlightenment on the issue of parental alienation in child custody and ḥaḍānah cases.4 10 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisa Kes-Kes Berkaitan Hibah-Permasalahan dan Keputusan Mahkamah(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025); ; ; ; ; ;Aiman Izzuddin Jamaluddin ;Mohd Amirul Fifie Alias ;Mohd Amirul Aman ;Tengku Nur Nabella Tengku NorizanLina Mysarah AmiyaminMenurut undang-undang Islam, hibah merupakan salah satu instrumen penting dalam perancangan harta. Hibah membawa maksud pemberian hadiah yang diberikan kepada seseorang atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan daripada orang tersebut. Hibah dilihat sebagai satu instrumen yang amat digalakkan jika ia dipraktikkan dengan cara yang betul mengikut kehendak syarak, maka ia mampu mengelakkan berlaku pertelingkahan dan perebutan harta. Selain itu, hibah juga dapat membantu golongan yang memerlukan dan golongan yang mungkin tidak berhak melalui faraid. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah maka ia telah menyalahi ketetapan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Walau bahagaimanapun instrumen hibah ini agak kurang dikenali berbanding dengan perancangan harta yang lain. Tambahan pula, segelintir masyarakat Islam menyangkakan bahawa hanya wasiat dan faraid sahaja cara yang terbaik dalam menguruskan dan merancang harta pusaka maka cara hibah ini kurang mendapat perhatian.30 33 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Etika, Keadilan dan Pembuktian Forensik dalam Sistem Kehakiman Moden: Kajian Terhadap Filem Yargi (The Judgment) Berdasarkan Undang-Undang Sivil dan Syariah(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025)Hazim bin ZusaimiFilem bersiri Yargı (The Judgment) merupakan drama jenayah dan kehakiman Türkiye yang mempunyai 95 episod dalam tiga musim disiarkan antara tahun 2021 hingga 2024. Karya arahan Ali Bilgin dan Sema Ergenekon ini bukan sekadar tontonan popular, tetapi refleksi falsafah terhadap dilema keadilan, etika profesional dan konflik moral dalam sistem perundangan moden. Kajian ini menganalisis representasi keadilan, etika kehakiman dan pembuktian forensik dalam Yargı dengan menilai hubungan antara undang-undang sivil Turkiye yang berakar daripada tradisi Eropah dan prinsip Syariah menegakkan keseimbangan nilai insani dan ketuhanan. Kajian ini meneliti adegan berkaitan prosedur kehakiman, bukti saintifik, dan dilema moral watak utama bagi memahami sejauh mana keadilan digambarkan dalam kerangka sivil dan Islam menggunakan reka bentuk kualitatif berasaskan analisis kandungan dan perbandingan doktrinal. Dapatan kajian menunjukkan sistem kehakiman moden digambarkan dalam Yargı sangat bergantung kepada rasionalisme undang-undang dan bukti forensik seperti DNA, laporan autopsi serta analisis makmal sebagai asas kebenaran. Namun, dalam perspektif Syariah, keadilan tidak hanya bersifat prosedural, tetapi juga bersumber daripada kejujuran niat, integriti dan prinsip al-bayyinah menuntut keseimbangan antara bukti zahir dan nilai batin. Rentetan itu, kajian ini menegaskan keadilan hakiki menuntut integrasi antara sains forensik dan nilai moral Syariah agar sistem kehakiman moden tidak terpisah daripada asas kemanusiaan dan dimensi spiritual.4 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Perbandingan Aplikasi Bilangan Saksi di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Jamadi bin Saleh ;Muhammad Mujiburrahman bin Amir PaisalSuhaizad bin SaifuddinKeterangan saksi merupakan salah satu asas penting dalam undang-undang keterangan Islam yang berperanan sebagai mekanisme utama untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan konsep kesaksian dan syarat bilangan saksi di Mahkamah Syariah dalam undang-undang keterangan serta perbandingannya dengan Mahkamah Sivil di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menumpukan kepada kajian kepustakaan dan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah yang berpandukan kepada hukum syarak menetapkan bilangan saksi tertentu mengikut jenis kes. Manakala Mahkamah Sivil yang berpandukan kepada Akta Keterangan 1950 tidak menetapkan bilangan saksi tertentu, sebaliknya menilai keterangan berdasarkan kebolehpercayaan dan nilai probatif. Keunikan undang-undang keterangan Syariah juga menekankan aspek integriti rohani melalui mekanisme sumpah (yamin) sebagai jaminan kejujuran dan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Tambahan pula, syarat ketat terhadap saksi seperti adil, jujur, kuat ingatan dan bebas prasangka menjadikan keterangannya lebih bernilai dalam proses pembuktian. Mahkamah Sivil pula menilai kredibiliti saksi melalui proses pemeriksaan balas tanpa pensyaratan khusus terhadap status atau bilangan saksi. Oleh yang demikian, undang-undang keterangan Mahkamah Sivil lebih fleksibel dan praktikal dengan menumpukan kepada kebolehpercayaan saksi, manakala undang-undang keterangan Mahkamah Syariah lebih berhati-hati dan menyeluruh kerana menggabungkan unsur zahir dan spiritual bagi memastikan kemurnian serta kejujuran keterangan dalam usaha menegakkan keadilan. Kajian ini mencadangkan agar penambahbaikan undang-undang keterangan Syariah dilaksanakan di samping menyeragamkan aplikasi kesaksian di Mahkamah Syariah di seluruh negeri.5 1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Perbandingan Kerangka Perundangan dan Pemakaian Keterangan Digital di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Suhaizad Saifuddin ;Mervyn @ Hasan SainyNurul Rafeeqa Afdul MutolipKemajuan teknologi digital telah merevolusikan sistem perundangan, terutamanya dalam aspek penerimaan dan penggunaan keterangan dokumen digital di mahkamah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara perbandingan pemakaian keterangan dokumen digital di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di Malaysia dengan meneliti rangka kerja perundangan dan prinsip pembuktian yang diguna pakai oleh kedua-dua sistem perundangan tersebut. Metodologi kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen terhadap peruntukan undang-undang substantif termasuk Akta Keterangan 1950, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah, serta keputusan-keputusan kes terpilih dari kedua-sistem. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua sistem mahkamah menerima dokumen digital sebagai alat bukti, terdapat perbezaan signifikan dari segi tahap penerimaan, standard pembuktian, dan prosedur verifikasi ketulenan. Kajian ini juga mendedahkan bahawa integriti keterangan digital semakin terancam dengan kemunculan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan deepfake yang mampu memanipulasi elemen multimedia sehingga menyukarkan proses pengesahan kesahihan. Sebagai penutup, kajian ini mencadangkan proses harmoni kerangka perundangan Mahkamah Syariah dengan Akta Keterangan 1950, disertai dengan pemerkasaan garis panduan teknikal untuk pengesahan dokumen digital dan penambahbaikan peruntukan undang-undang khusus bagi menangani cabaran teknologi semasa. Langkah-langkah ini diharapkan dapat memastikan keterangan digital diiktiraf secara konsisten dan efektif di Mahkamah Syariah.5 6 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Artificial Intelligence (AI) as a Fatwa Assistance Tool(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Tengku Balqis Tengku ShahrolnizamMuhammad Adib bin SamsudinThis Artificial Intelligence (AI) is increasingly utilised across various fields, including the domain of fatwa issuance. Its ability to collect, organise, and analyse information positions it as a relevant supportive tool. However, its use remains debated due to concerns related to epistemology, scholarly authority, and ethics. Algorithm-based AI lacks the capability to grasp maqāṣid al-sharīʿah, public interest (maṣlaḥah), and social context—elements essential to the process of ijtihad. Accordingly, this study aims to analyse the potential of AI as a supportive tool in ijtihad and to identify guidelines for its use that align with Sharīʿah principles and ethical standards. This research employs content analysis of journal articles, books, expert interviews, and official guidelines. The data are analysed descriptively to identify the advantages and challenges of AI within the context of fatwa deliberation. The findings indicate that AI holds significant potential as a research assistant that aids in information gathering and the organisation of fatwa-related materials. AI, however, does not possess the qualifications required for ijtihad and therefore cannot replace a mufti. Its role is limited to functioning as a fatwa assistance tool that supports the processes of collecting, structuring, and analysing information. Consequently, AI must be utilised within a regulated framework established by religious authorities to ensure that its benefits align with maqāṣid al-sharīʿah without compromising the authority of Islamic scholars.4 6 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Pendakwaan Jenayah Sihir Di Mahkamah Syariah: Kajian Khusus Menurut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Negeri Kelantan(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Ainnur Sofia Mohd Nor AzmanMohd Sabree NasriKajian ini meneliti cabaran pendakwaan jenayah sihir di Mahkamah Syariah Kelantan berdasarkan kepada perspektif Islam dan perundangan semasa. Umum mengetahui bahawa, terdapat cabaran dalam pendakwaan jenayah sihir atas faktor ketiadaan bukti fizikal dan ia bersifat ghaib. Pendakwaan jenayah sihir di Mahkamah Syariah Kelantan menghadapi kesukaran dalam mencari bahan bukti yang kukuh. Objektif kajian ini adalah untuk memahami konsep asas jenayah sihir menurut Islam, mengenal pasti cabaran utama dalam pendakwaan jenayah sihir, dan mencadangkan penambahbaikan pada peruntukan statut jenayah sihir. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif, melibatkan pengumpulan data melalui temubual, kajian kepustakaan, dan analisis kandungan (jurisprudens Islam). Hasil kajian menunjukkan cabaran utama termasuk ketiadaan peruntukan khas bagi pakatjahat jenayah, kesukaran membuktikan penyubahat dan penyihir, kekangan dalam sistem perundangan dan kehakiman, serta kesukaran dalam menetapkan definisi 'sihir' yang konklusif. Kajian ini mencadangkan pembinaan garis panduan yang standard bagi pembuktian jenayah sihir di Mahkamah Syariah dan penambahbaikan pada peruntukan statut jenayah sihir. Cadangan termasuk penyediaan panduan terperinci untuk hakim syarie dalam menangani kes-kes jenayah sihir. Dengan penambahbaikan ini, dapat meningkatkan kecekapan sistem perundangan Syariah di Malaysia dalam menangani jenayah sihir serta memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pengamal undang-undang dan masyarakat mengenai isu ini.10 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Peruntukan Pelaksanaan Diyat dalam Undang- Undang Jenayah Syariah: Analisis Terhadap Enakmen Negeri Kelantan(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Putri Nurhaziqah SaifulhizamAbdul Karim IbrahimKajian ini membincangkan isu pelaksanaan diyat sebagai salah satu bentuk hukuman dalam undang-undang jenayah Syariah di Malaysia dengan memberi fokus kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015). Walaupun diyat mempunyai asas yang kukuh dalam hukum Islam dan telah diperuntukkan secara jelas dalam enakmen Kelantan, pelaksanaannya masih terhalang oleh kekangan bidang kuasa Mahkamah Syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) serta peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti konsep dan asas pelaksanaan diyat menurut hukum Syariah serta bentuk penerjemahannya dalam sistem perundangan jenayah Syariah di Malaysia, menilai sejauh mana cabaran enakmen negeri Kelantan memperuntukkan diyat secara konsisten dan jelas, dan mencadangkan penambahbaikan terhadap pelaksanaan diyat dan prosedur kehakiman terlibat. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konsep dan asas diyat menurut Syariah, menilai cabaran substantif serta teknikal dalam peruntukan enakmen negeri, dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan agar diyat dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Melalui metodologi kualitatif berbentuk analisis doktrinal terhadap sumber primer seperti enakmen negeri, akta persekutuan, al-Quran, hadis dan pandangan fuqaha serta sumber sekunder termasuk jurnal, artikel, tesis dan temu bual bersama pakar Syariah, kajian ini mendapati bahawa wujud ketidakseragaman yang ketara antara negeri-negeri di Malaysia dalam memperuntukkan hukuman diyat. Keadaan ini menimbulkan implikasi serius terhadap prinsip keadilan apabila hak mangsa dan waris bergantung kepada negeri di mana kes berlaku, bukannya kepada prinsip undang-undang Islam yang konsisten. Selain itu, ketiadaan garis panduan standard mengenai kadar, bentuk pembayaran serta mekanisme pelaksanaan diyat telah menyulitkan proses kehakiman Syariah. Kajian ini mencadangkan agar diwujudkan suatu model penyelarasan undang-undang di peringkat nasional dengan mengambil kira realiti sosioekonomi masyarakat Malaysia, termasuk penggunaan instrumen moden seperti emas, perak atau kadar kewangan semasa bagi menggantikan unta yang disebut dalam nas klasik. Hasil kajian ini diharap dapat memberi sumbangan penting kepada pembuat dasar, institusi kehakiman Syariah dan penggubal undang-undang dalam menilai semula kedudukan diyat sebagai mekanisme keadilan Islam yang bersifat pemulihan dan berperikemanusiaan, di samping memperkukuhkan lagi integriti sistem perundangan Syariah di Malaysia. References7 3 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Developing a Structured Framework of Mediation Language (MedL) for Syariah Court Mediators in Malaysia(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Rafidah Mohamad CusairiMunif Zarirruddin Fikri NordinLanguage becomes vital and integral in all aspects of mediation process. The competencies of the mediator in language contribute to the success of a negotiation process. The success of the mediation process not only depends on a well-structured process but also on the skills of mediators. Apart from being bounded to the basic principles of mediation, which are, fair, just (impartial) and neutral, a mediator needs verbal communication skills. In linguistics, it is called negotiation language. Negotiation language in mediation is unique, different from the negotiation language of other dispute resolution methods such as arbitration and litigation. This uniqueness becomes the main key to successful mediation process. It emphasises on the mediator’s competency as the third party in creating a positive communication environment for both conflicting parties. The mediator must be trained with verbal skills, have the ability to change the negative elements into positive connotations without changing the real meanings conveyed by both parties through the right usage of diction, language and sentences. This study, therefore, seeks to identify the elements of negotiation language in mediation. Manuals of Sulh (Islamic mediation) that is used in the Syariah Courts of Malaysia are analysed using a linguistic, namely Lepsin Model. Following the Lepsin Model, a MedL Handbook / Manual will be developed. The result shows that a mediation language for specific purpose can be systematically developed for specific used such that at Syariah Court during mediation session and the like. This model will strengthen mediator’s capability as negotiator as well as lead to a more successful process and achieve settlement. This study hopes to develop a negotiation language corpus in mediation that can be utilised as reference by mediators. As a dynamic process mediation should be strengthened in all aspects to become an effective platform of dispute resolution that contribute to a successful negotiation.6 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Facial Soft Tissue Thickness (FSTT) and its Sexual Dimorphism in a Malaysian Sample: A CT-Based Approach(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025); ; ;Ker Woon Choy ;Helmi Mohd Hadi Pritam ;Eric Chung ;Ng Wei Lin ;Arofi Kurniawan ;Khalid Ayidh AlqahtaniNur Azwa Syuhada SamshuddinFacial soft tissue thickness (FSTT) is a crucial element in forensic identification and facial reconstruction. Exploring its variations according to different sexes provides valuable information that is needed for an accurate identification. This study aimed to investigate FSTT variations between males and females of adult Malaysian populations. A total of 413 head and neck computed tomography (CT) scans (208 males, 205 females) of patients aged 18–65 years were selected. Four mid-sagittal landmarks; nasion, mid-philtrum, subnasale, and upper lip were involved in the measurement, using 3D-Slicer software. The effect of sex on FSTT was analysed using multivariate analysis of variance (MANOVA). MANOVA showed a statistically significant difference in FSTT between sexes (Wilks’ Lambda = 0.020, p < 0.001). All four landmarks demonstrated significant variations between males and females (all p < 0.001). Males have greater FSTT compared to females at all landmarks. In conclusion, there were significant FSTT variations between the sexes of adult Malaysian population. This population-specific data could be applied as forensic reference that tailored to Malaysian population.7 8 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Geometric Morphometric Study of Mandibular Body Morphology in Children: Implications for Forensic Age and Sex Estimation(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Pande Made Maha Prathanika ;Ammar Rezadin ;Siti Aisyah Aminah Rosli ;Nurjehan Mohamed Ibrahim ;Fahmi Oscandar ;Niwa Hafrina ;Arofi KurniawanThe mandible is one of the bones that have special characteristics in comparison to other bones. The mandible is the strongest bone on the face and an important part of the forensic profile. The purpose of this study was to identify differences in the morphology of the mandible body related to age and sex in children used on the panoramic radiograph. Eight anatomical landmarks were digitised on 305 panoramic radiographs (159 male and 146 female) using TPSdig2 software. The shape data were analysed with MorphoJ using Generalised Procrustes Analysis (GPA), Principal Component Analysis (PCA), Canonical Variate Analysis (CVA), and Discriminant Function Analysis (DFA). The shape and size differences were tested by Procrustes ANOVA. Two groups (G1 male and G2 female) were used for the determination of sex, while three age groups (3 to 6, 7 to 9 and 10 to 12 years) were tested for age prediction. Morphological variation was visualised with wireframe and lollipop diagrams. The total shape variation was explained by the first four principal components (PC1–PC4) covering 82%. DFA accuracy to classify sex was 64.15% (G1) and 67.12% (G2), and of cross validation was 61.63%, and 63.69%. Inequalities based on age group were generally more accurate: 81 to 87% (Age Group 1) and even up to 93.68% for the older subgroups. Procrustes ANOVA revealed no difference in centroid size for the sexes, but significant differences in shape (p < 0.001). Shape and size variations were both significant between age groups (p < 0.001). Geometric morphometric techniques can demonstrate discriminatory features in mandibular body shape for age and sex. It's a useful screening tool for forensics in cases involving children.10 15 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hak Pengurusan Harta oleh Lembaga Zakat: Perspektif Undang-Undang Islam dan Implikasi Sosial(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025); ; ; ; ; ;Wan Nur A’aina Farhana Meor Amir Hamzah ;Nur Syazwana Shaharom ;Ahmad Sulhiy Ahmad Nasfy ;Muhammad ‘Arif Azri BahamanMuhammad Aqil Farhan BahrinTujuan utama zakat adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin melalui pengagihan yang adil. Lembaga zakat merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengendali proses pengurusan harta ini. Setiap negeri mempunyai badan autoriti tersendiri. Namun, tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat di Malaysia semakin merosot, terutamanya akibat pengurusan yang kurang telus. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan hak pengurusan harta oleh lembaga zakat termasuk konsep zakat, peranan dan tanggungjawab lembaga zakat, implikasi sosial dan konflik-konflik yang berkaitan dengan pengurusan zakat oleh lembaga zakat. Berdasarkan kajian literatur, artikel ini membentangkan cadangan penambahbaikan untuk institusi zakat untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan zakat. Hasil artikel ini berpotensi memberi panduan kepada institusi zakat di Malaysia dan negara-negara Islam lain dalam mencapai matlamat utama zakat, iaitu mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial. Selain itu, ia juga diharap menjadi pencetus kepada kajian empirikal lanjut dalam bidang pengurusan zakat.8 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Humanizing Technology: The Role of Quranic Etiquettes and Shariah Ethics in AI-Based Learning Environments(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025)Ayesha SiddikaArtificial intelligence brings innovation to every sector of life. However, concerns are growing alongside AI’s popularity that moral literacy may decline as a result of the rapid expansion and over-dependency of technology. This research is designed to rethink the use of technology and to investigate a conceptual framework for humanizing AI through the incorporation of etiquettes mentioned in the Quran and Shariah-based moral principles. In addition, the research aims to suggest pedagogical strategies that promote transparency, accountability, and moral responsibility in the context of AI-assisted education. To meet the objectives, this paper employed a convergent parallel mixed-method design to collect information from people with relevant expertise. Most respondents emphasized the humane aspects of knowledge over machine learning. The findings also recommend redesigning and modifying AI algorithms to incorporate etiquette from the Quran and Shariah-based principles. The current study presents the emphasis of etiquettes mentioned in the Quran and Islamic principles to administrate AI-based education.5 14 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi Etika, Syariah, dan Perundangan Bagi Gelatin dalam Perekat Perubatan: Pendekatan Forensik Berasaskan Kecerdasan Buatan(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Al ‘Uyuna Mohd Amin; Penggunaan gelatin yang semakin meluas dalam pelekat perubatan menimbulkan pelbagai cabaran etika, perundangan dan agama, khususnya berkaitan sumber dan pematuhannya terhadap prinsip Syariah. Seiring dengan kemajuan inovasi bioperubatan, kebimbangan timbul terhadap aspek ketelusan, kebolehkesanan rantaian bekalan, serta jaminan integriti halal dalam bahan berasaskan gelatin. Kertas ini meneliti isu semasa dan jurang dasar dalam pengawal seliaan penggunaan gelatin dalam pelekat perubatan daripada perspektif Syariah dan perundangan. Ia turut meneroka peranan baharu kecerdasan buatan (AI) dan sains forensik dalam mengesahkan asal-usul bahan, meningkatkan kebolehkesanan, serta menyokong proses verifikasi halal berasaskan bukti. Dengan mengintegrasikan rangka kerja etika Islam bersama pemantauan forensik berasaskan AI, kajian ini mencadangkan model tadbir urus yang memupuk inovasi bertanggungjawab, perlindungan pengguna, dan pematuhan terhadap piawaian agama serta bioperubatan. Perbincangan ini menyumbang ke arah pembentukan hala tuju dasar holistik bagi bahan bioperubatan halal dalam era teknologi pintar.11 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Jurisdictional Overlap Between the Civil Courts and the Syariah Courts: Analysis and Solutions(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Jamadi bin Saleh ;Muhammad Mujiburrahman Amir Paisal ;Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip ;Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu ;Mervyn @ Hasan Sainy ;Hairul Vaiyron bin Othman ;Ritchie Jay Cheng ;Mohd Zulfadhli Darman ShahAsmidah AhmadMalaysia adopts a dual judicial system which separates the jurisdiction of the Civil Courts and the Syariah Courts as provided under the Federal Constitution. This division is primarily based on Article 121(1A) and the State List in the Ninth Schedule, which empowers the State Legislative Assemblies to enact laws relating to Islamic affairs. However, in practice, the separation is not without overlap, particularly in matters involving religious status, marriage and divorce, child custody, and Syariah criminal offences. Such overlap arises when the jurisdictional conditions of the Syariah Courts—namely that the parties must be Muslims and the subject matter must fall within Paragraph 1 of the State List—intersect or conflict with the jurisdiction of the Civil Courts. This has led the Courts, especially the Federal Court, to resolve interpretative conflicts through case law, as seen in Latifah bte Mat Zin, Indira Gandhi, Iki Putra Mubarrak and Nik Elin Zurina. This study examines the historical basis of the judicial division, clarifies the jurisdictional scope of both Courts, evaluates the issues of overlap that arise, and proposes recommendations for harmonising the judicial system to ensure clarity, coherence, and effective administration of justice in Malaysia’s plural society.41 28 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebolehterimaan dan Cabaran Keterangan Kesaksian Kanak-Kanak di Mahkamah Syariah di Malaysia(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Siti Nuraimi Yazulla @ Yusni ;Noor Ilienna Rahayu IbrahimSuhaizad SaifuddinKajian ini meneliti kebolehterimaan keterangan saksi kanak-kanak serta peranan mereka dalam prosiding mahkamah di Malaysia. Kewujudan sistem undang-udang dualistik, iaitu undang-undang sivil dan syariah, yang masing-masing mempunyai peruntukan berbeza berkenaan keterangan kanak-kanak, menimbulkan persoalan tentang keseragaman prinsip berkaitan isu ini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kedudukan keterangan saksi kanak-kanak dari perspektif Islam dan seterusnya membandingkan kerangka undang-undangnya di bawah sistem sivil dan syariah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen terhadap sumber perundangan primer dan sekunder, termasuk statut, laporan kes, dan karya akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prinsip, klasifikasi, dan kebolehterimaan keterangan saksi kanak-kanak adalah berbeza secara signifikan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Perbezaan ini adalah berpunca daripada perundangan substantif dan prosedural yang berlainan yang diguna pakai oleh setiap mahkamah. Kajian ini merumuskan dengan mencadangkan supaya suatu kerangka perundangan khusus yang komprehensif digubal untuk Mahkamah Syariah. Perundangan baru ini perlu melangkaui aspek kebolehterimaan keterangan semata-mata dengan merangkumi tatacara pembuktian dan mekanisme perlindungan khas untuk saksi kanak-kanak.8 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebolehterimaan Rakaman Audio dan Video Sebagai Keterangan di Mahkamah Syariah dan Sivil Di Malaysia: Analisis Perundangan Perbandingan(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Malai Nurfarhanah Ilyana Malai Hashim ;Siti Zaidah ZakariaSuhaizad SaifuddinPenerimaan keterangan berbentuk rakaman audio dan video dalam prosiding Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia menunjukkan perkembangan signifikan seiring kemajuan teknologi digital. Bukti berasaskan multimedia kini memainkan peranan penting dalam memperkukuh fakta kes, namun menimbulkan persoalan berkaitan ketulenan, kebolehpercayaan, serta kesahihan prosedur pembuktian di sisi undang-undang. Kajian ini meneliti isu dan implikasi perundangan berhubung kebolehterimaan rakaman audio dan video sebagai bahan keterangan, dengan tumpuan khusus terhadap amalan di Mahkamah Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen kualitatif melibatkan perbandingan antara peruntukan undang-undang, keputusan kes mahkamah, serta pandangan sarjana hukum Syariah dan sivil. Dapatan kajian menunjukkan bahawa meskipun Mahkamah Sivil memperuntukkan mekanisme khusus melalui Seksyen 90A hingga 90C Akta Keterangan 1950, Mahkamah Syariah pula masih bergantung kepada tafsiran umum di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Sabah) 2004. Perbezaan ini menimbulkan cabaran dari segi ketulenan bukti digital, dan keperluan kepakaran teknikal. Kajian ini juga menekankan kepentingan peranan pakar forensik digital dalam menilai bukti berasaskan teknologi agar keputusan kehakiman tidak terjejas oleh manipulasi digital atau kelemahan teknikal. Justeru, kajian mencadangkan penambahbaikan melalui pewujudan garis panduan pengesahan teknikal, latihan digital kepada pegawai kehakiman, serta harmonisasi perundangan antara sistem sivil dan Syariah. Implikasi kajian ini diharap dapat memperkukuh integriti sistem perundangan dan memastikan keadilan Islam terpelihara dalam era digital.38 17 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Nafkah Sebagai Hutang Menurut Hukum Syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam: Analisis Penguatkuasaan Oleh Bahagian Sokongan Keluarga di Malaysia(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025); ;Nadiatul Jannah Nazaruddin ;Wan Nurfaqihah Husna Wan Mazlan ;Aufa Zamri ;Wafa Syahmina Mohamad Sabir ;Nur Alia Alina Izham HaniffKhairul Anam DahalanPenguatkuasaan perintah nafkah merupakan antara cabaran utama dalam sistem perundangan keluarga Islam di Malaysia, khususnya apabila pihak yang diperintahkan gagal mematuhi arahan mahkamah. Bagi menangani isu ini, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai mekanisme institusi bagi membantu pelaksanaan dan pemantauan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Artikel ini bertujuan mengkaji tanggungjawab nafkah menurut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam di Malaysia Ia juga membincangkan prosedur berkaitan penguatkuasaan perintah nafkah oleh mahkamah syariah dengan memfokuskan kepada perananan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi agensi ini dalam pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang memfokuskan kepada kajian kepustakaan melalui analisis dokumen perundangan, arahan amalan Mahkamah Syariah serta kajian kes dan penulisan terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kewujudan BSK telah memberi impak positif dalam meningkatkan kadar pematuhan perintah nafkah, terutamanya melalui fungsi bantuan interim, rundingan, dan pemantauan berterusan terhadap penghutang nafkah. Namun demikian, kajian ini juga mendapati wujud pelbagai kekangan termasuk keterbatasan kuasa penguatkuasaan, isu ketidakpatuhan berulang, kelewatan proses, serta faktor sosioekonomi pihak yang terlibat. Artikel ini mencadangkan penambahbaikan dari segi pengukuhan kuasa perundangan, penyelarasan antara agensi, serta peningkatan kesedaran masyarakat bagi memastikan hak nafkah isteri dan anak dapat dilindungi secara lebih berkesan dan berterusan.15 6 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Keterangan Lisan Saksi dalam Proses Perbicaraan Mahkamah Syariah(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Noor Hafizah Anggu ;Ridduan NapingSuhaizad SaifuddinPenulisan ini meneliti kepentingan keterangan lisan saksi dalam proses perbicaraan di Mahkamah Syariah dengan memberi tumpuan kepada dua kategori saksi iaitu saksi tohmah yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan saksi bukan Islam. Isu utama yang lazim berlaku di Mahkamah Syariah ialah kesukaran pihak-pihak untuk mengemukakan saksi yang memenuhi tahap syahadah sebagaimana ditetapkan oleh hukum syarak sehinggakan wujud keperluan untuk mengkaji penerimaan keterangan lisan bayyinah sebagai alternatif bagi menjamin kelancaran proses keadilan. Objektif utama penulisan ini adalah untuk menganalisis pendekatan dan pertimbangan Mahkamah Syariah dalam menerima keterangan daripada kategori saksi ini ekoran kebolehterimaan kesaksian mereka sering dipersoalkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, sekaligus mengenal pasti prinsip perundangan yang diaplikasikan oleh mahkamah. Penulisan ini bersifat kualitatif dengan meneliti sumber-sumber perundangan Islam termasuk analisis kes berkaitan penerimaan keterangan lisan saksi tohmah dan saksi bukan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah secara berhati-hati menilai setiap kes berdasarkan prinsip keadilan dan maslahah serta terdapat ruang fleksibiliti dalam penerimaan keterangan bayyinah apabila saksi yang memenuhi syarat syahadah tidak dapat dikemukakan. Kajian ini mencadangkan agar pindaan undang-undang dilakukan, peranan lebih proaktif daripada pengamal undang-undang syariah dalam menilai dan memilih saksi, pemerkasaan masyarakat melalui program pendidikan dan kesedaran untuk menghapuskan stigma salah dan pengekalan kuasa budi bicara hakim bicara membuat keputusan penerimaan keterangan daripada saksi tohmah dan saksi bukan Islam. Kesimpulannya, penulisan ini menegaskan bahawa Mahkamah Syariah beradaptasi dengan perubahan sosial semasa dan sama sekali tidak mendiskriminasi mana-mana saksi atas faktor kekeluargaan atau agama.18 18
- «
- 1 (current)
- 2
- 3
- »