2025 CFORSJ i-CONF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 CFORSJ i-CONF by Author "Ainnur Sofia Mohd Nor Azman"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Pendakwaan Jenayah Sihir Di Mahkamah Syariah: Kajian Khusus Menurut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Negeri Kelantan(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Ainnur Sofia Mohd Nor AzmanMohd Sabree NasriKajian ini meneliti cabaran pendakwaan jenayah sihir di Mahkamah Syariah Kelantan berdasarkan kepada perspektif Islam dan perundangan semasa. Umum mengetahui bahawa, terdapat cabaran dalam pendakwaan jenayah sihir atas faktor ketiadaan bukti fizikal dan ia bersifat ghaib. Pendakwaan jenayah sihir di Mahkamah Syariah Kelantan menghadapi kesukaran dalam mencari bahan bukti yang kukuh. Objektif kajian ini adalah untuk memahami konsep asas jenayah sihir menurut Islam, mengenal pasti cabaran utama dalam pendakwaan jenayah sihir, dan mencadangkan penambahbaikan pada peruntukan statut jenayah sihir. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif, melibatkan pengumpulan data melalui temubual, kajian kepustakaan, dan analisis kandungan (jurisprudens Islam). Hasil kajian menunjukkan cabaran utama termasuk ketiadaan peruntukan khas bagi pakatjahat jenayah, kesukaran membuktikan penyubahat dan penyihir, kekangan dalam sistem perundangan dan kehakiman, serta kesukaran dalam menetapkan definisi 'sihir' yang konklusif. Kajian ini mencadangkan pembinaan garis panduan yang standard bagi pembuktian jenayah sihir di Mahkamah Syariah dan penambahbaikan pada peruntukan statut jenayah sihir. Cadangan termasuk penyediaan panduan terperinci untuk hakim syarie dalam menangani kes-kes jenayah sihir. Dengan penambahbaikan ini, dapat meningkatkan kecekapan sistem perundangan Syariah di Malaysia dalam menangani jenayah sihir serta memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pengamal undang-undang dan masyarakat mengenai isu ini.10 4