2023 SAIS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 SAIS by Author "Ahmad Zaki Bin Salleh"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Rasuah: Inisiatif SPRM Melalui Program Perkasa Antirasuah dalam MasyarakatSejak kebelakangan ini, kes jenayah rasuah dilihat semakin meningkat di kalangan masyarakat di Malaysia mahupun luar negara. Hal ini dapat dilihat dengan jelas daripada catatan statistik yang direkodkan melalui aduan dan penangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan program-program yang bertujuan memperkasakan budaya antirasuah dalam Masyarakat majmuk. Maka, kajian yang dibuat ini meletakkan objektif untuk memberi fokus kepada inisiatif organisasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menyebarkan budaya antirasuah dalam masyarakat melalui program yang dilancarkan. Kajian ini juga membincangkan implikasi memperkasa budaya antirasuah terhadap masyarakat dalam kehidupan semasa. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi untuk melihat isu rasuah serta membandingkan dengan inisiatif kerajaan dalam memupuk budaya antirasuah terhadap kehidupan masyarakat kini. Hasil kajian mendapati inisiatif perkasa budaya dan sikap antirasuah melalui program dapat membantu dalam membendung gejala rasuah di Malaysia seterusnya melahirkan generasi yang berkualiti tinggi. Justeru itu, menjadi satu perkara yang penting bagi kerajaan untuk memberi kesedaran antirasuah melalui program-program berimpak tinggi dan memasukkannya ke dalam agenda utama.61 3581