2023 SAIS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 SAIS by Author "Anis Nabilah"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Rasuah: Inisiatif SPRM Melalui Program Perkasa Antirasuah dalam MasyarakatSejak kebelakangan ini, kes jenayah rasuah dilihat semakin meningkat di kalangan masyarakat di Malaysia mahupun luar negara. Hal ini dapat dilihat dengan jelas daripada catatan statistik yang direkodkan melalui aduan dan penangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan program-program yang bertujuan memperkasakan budaya antirasuah dalam Masyarakat majmuk. Maka, kajian yang dibuat ini meletakkan objektif untuk memberi fokus kepada inisiatif organisasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menyebarkan budaya antirasuah dalam masyarakat melalui program yang dilancarkan. Kajian ini juga membincangkan implikasi memperkasa budaya antirasuah terhadap masyarakat dalam kehidupan semasa. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi untuk melihat isu rasuah serta membandingkan dengan inisiatif kerajaan dalam memupuk budaya antirasuah terhadap kehidupan masyarakat kini. Hasil kajian mendapati inisiatif perkasa budaya dan sikap antirasuah melalui program dapat membantu dalam membendung gejala rasuah di Malaysia seterusnya melahirkan generasi yang berkualiti tinggi. Justeru itu, menjadi satu perkara yang penting bagi kerajaan untuk memberi kesedaran antirasuah melalui program-program berimpak tinggi dan memasukkannya ke dalam agenda utama.61 3581 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Terhadap Pencegahan Rasuah Melalui Amalan Sifat dan Akhlak Nabi Muhammad SAW dalam Kehidupan MasyarakatPada era globalisasi di zaman moden ini, gejala rasuah dilihat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sama ada di Malaysia mahupun luar negara. Hal ini terbukti melalui peningkatan yang ketara pada statistik pemberian dan penerimaan rasuah di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh yang demikian, bagi menangani kegiatan rasuah dalam kalangan masyarakat, sifat dan keperibadian Nabi Muhammad SAW dilihat sebagai satu aspek yang penting untuk memupuk nilai yang murni dalam pembangunan jati diri individu. Objektif kajian memfokuskan kepada pendekatan pencegahan rasuah melalui amalan dan sifat akhlak Nabi Muhammad SAW. Kajian juga akan membincangkan impak pemerkasaan sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan semasa. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi untuk menganalisis isu rasuah serta mengenalpasti amalan sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW merupakan penyelesaian yang tuntas dalam membendung gejala rasuah di Malaysia seperti yang sangat ditekankan oleh agama Islam. Justeru menjadi satu perkara yang penting bagi masyarakat hari ini untuk menyedari akan kepentingan dalam mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh akhlak Nabi Muhammad SAW sebagai teladan dalam menjalani kehidupan bagi mengelakkan rasuah berleluasa.78 1175