Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 by Author "Ahmad Salman Mohammad Yusof"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaplikasian Artifical Intelligent dalam Pembuktian di Mahkamah Syariah: Tinjauan Awal Berdasarkan Perspektif Fiqh(Penerbit USIM, 2024) ;Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim ;Ahmad Salman Mohammad Yusof ;Mohamad Aniq Aiman Alias Ahmad ;Muhammad Sobri FaisalArtificial Intelligent (AI) merupakan salah satu inovasi teknologi yang semakin berkembang pesat dalam pelbagai sektor, termasuk perundangan. Walaupun penggunaannya dalam konteks Mahkamah Syariah masih jarang dibincangkan, AI mempunyai potensi besar untuk menyokong proses pembuktian. Artikel ini bertujuan untuk meninjau penggunaan AI dalam pembuktian di Mahkamah Syariah berdasarkan perspektif fiqh. Pendekatan kajian ini menggunakan analisis kandungan dokumen sebagai kaedah utama untuk mengenal pasti prinsip-prinsip syariah yang relevan dan bagaimana ia dapat diaplikasikan dalam teknologi moden. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun AI tidak memenuhi kriteria sebagai entiti dengan kapasiti undang-undang penuh di bawah syariah (ahliyyah), ia boleh berfungsi sebagai alat sokongan yang sah dalam proses pembuktian. Prinsip fiqh seperti al-aslu fi al-ashyā’ al-ibāhah (hukum asal sesuatu adalah harus) memberi justifikasi bahawa AI boleh diterima selagi ia membantu menegakkan keadilan dan tidak bercanggah dengan syarak. Penulis turut mencadangkan kajian-kajian berkaitan pengharmonian teknologi moden seperti AI dengan perundangan Islam perlu dikembangkan sebagai bidang penyelidikan dan integrasi inter-disiplin agar konsep dualisme yang menyempitkan dua bidang tersebut tidak dijadikan alasan kemunduran sistem perundangan syariah pada masa akan datang.4 11