Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 68
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Sorotan Literatur Skim Agihan Zakat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia Berdasarkan Maqasid Syariah(Penerbit USIM, 2024); ;Muhammad Azhad Al-Bohari ;Muhammad Faiz Abd ShakorMohamad Qamarulzaman Mohd ZaniZakat merupakan salah satu instrumen penting dalam memperkasakan kesejahteraan ummah, khususnya bagi asnaf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Namun, terdapat keperluan untuk memastikan skim zakat IPT di Malaysia diuruskan secara efektif agar mencapai objektif maqasid syariah. Pendekatan maqasid syariah wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan asnaf di IPT. Kajian berkaitan skim agihan zakat IPT di Malaysia adalah penting bagi menjamin hak-hak pelajar dan kakitangan agar tidak diabaikan.Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis sorotan literatur skim agihan zakat IPT di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa sorotan literatur lebih memfokuskan kepada pengurusan zakat IPT secara umum dan terdapat beberapa kajian memfokuskan kepada skim agihan zakat di Majlis Agama Islam Negeri. Kajian lanjutan berkaitan skim agihan zakat di IPT berdasarkan maqasid syariah boleh dilaksanakan bagi memastikan asnaf IPT mendapat hak mereka.17 13 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Wakaf Bertempoh di Malaysia: Isu dan Cabaran(2024) ;Wan Abdul Rahim Wan Abd AzizWakaf muaqqat atau wakaf bertempoh berpotensi menjadi instrumen penting dalam memperluas manfaat wakaf kepada masyarakat Malaysia, khususnya dalam sektor pendidikan, kesihatan, dan kebajikan sosial. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa konsep ini masih kurang diterokai, menyebabkan pelbagai cabaran dalam perlaksanaan dan penerimaannya di peringkat nasional. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui metode kajian kepustakaan dan pemerhatian untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan, seperti kekangan perundangan, kekeliruan pemahaman masyarakat, serta ketidakseragaman dalam pengurusan. Analisis data yang dilakukan menggunakan kaedah induktif dan deduktif mendedahkan bahawa cabaran utama terletak pada kelemahan rangka kerja dasar, kurangnya pendidikan awal tentang konsep wakaf bertempoh, dan keperluan untuk mekanisme pemantauan yang lebih efektif. Untuk menangani cabaran ini, kajian mengemukakan beberapa cadangan praktikal, termasuk penyelarasan perundangan, pengukuhan kerjasama antara institusi wakaf dan badan kerajaan, serta inisiatif pendidikan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat. Di samping itu, model pengurusan wakaf bertempoh yang lebih inovatif dan mampan dicadangkan untuk memastikan pelaksanaan yang lebih sistematik dan efektif. Penemuan kajian ini diharapkan dapat membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam mengenai potensi wakaf bertempoh sebagai instrumen pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia, sekaligus menyumbang kepada usaha memperkasakan sistem wakaf di peringkat nasional.74 74 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Program Sijil Kepakaran Usul Al-Fiqh Bagi Peningkatan Kompetensi Penasihat Syariah di Institusi Kewangan Islam di Brunei Darussalam(Penerbit USIM, 2024)Azme MataliMomentum ekonomi dalam era globalisasi masa kini membawa kesan positif dalam dunia perniagaan, khususnya bagi perkembangan institusi kewangan. Kinerja institusi-institusi kewangan perlu diselaraskan dengan konteks dan keperluan setempat bagi memastikan penerimaan yang meluas dalam dunia perbankan. Brunei Darussalam turut merasai impak perkembangan ini, khususnya dalam kewangan Islam, yang mengutamakan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat tempatan. Dalam memastikan inovasi produk dan perkhidmatan kewangan Islam kekal berlandaskan syariah, pemantauan yang berterusan dan teliti diperlukan oleh pihak berautoriti, termasuk Ahli Lembaga Penasihat Syariah. Kajian ini bertujuan pertama, menilai keperluan Program Sijil Kepakaran Usul al-Fiqh bagi penasihat Syariah, kedua mengkaji persepsi terhadap penguasaan ilmu Usul al-Fiqh dan ketiga menganalisis implikasi kehadiran program ini terhadap kredibiliti institusi kewangan Islam di Brunei. Ilmu Usul al-Fiqh, sebagai asas dalam mengeluarkan hukum syarak, sangat penting untuk memperkuatkan integriti produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Justeru, program kepakaran ini diharapkan dapat menghindari prasangka negatif masyarakat terhadap institusi kewangan Islam. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif, data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual kepada penasihat syariah, pihak pengurusan kewangan, dan pakar akademik tempatan bagi memperoleh maklumat yang jelas dan telus. Hasil kajian menunjukkan satu keperluan mewujudkan program yang signifikan ini bagi memperkukuh kredibiliti penasihat syariah. Kajian ini mencadangkan agar program Sijil Kepakaran Usul al-Fiqh diperkenalkan secara rasmi melalui program akademik di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) khususnya di bawah Fakulti Syariah dan sekaligus memenuhi keperluan institusi kewangan Syariah ke arah memantapkan kinerja Lembaga Penasihat Kewangan Syariah bagi memperkasa struktur institusi kewangan Islam agar lebih mampan seiring dengan peredaran zaman.3 12 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Patients’ Beliefs and the Selection of Periodontal Regenerative Materials Among Periodontal Patients Attending Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): A Pilot Study(Penerbit USIM, 2024); ;Nor Shahira Saroni ;Nur Syahidah Zainal; ; Introduction: Periodontal regenerative materials are required to regenerate the new periodontal supporting apparatus. There are various types of regenerative materials used in this surgery including autografts, allografts, xenografts (bovine and porcine based materials), alloplasts or synthetic materials which derived from many different sources. Aims: This study objective aimed to determine the patient’s acceptance and correlation of patients’ beliefs and types of periodontal regenerative materials. Methods: A total of 60 respondents were gathered in our pilot study to participate in a questionnaire (content validated, pre-tested) in Dental Polyclinic, Faculty of Dentistry, Universiti Sains Islam Malaysia, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Demographic data, patients’ acceptance towards periodontal regenerative materials and the correlations of patients’ beliefs (Religion Orientation Revised scale) and the selection of various periodontal regenerative materials were recorded. Data were analysed using SPSS version 27.0 and P< 0.05 at 95% confident interval is considered as statistically significant. Results: The mean age of respondents was 45.4 (SD 14.92) years old. Most of them were (60.0%) female and (40.0%) male patients had participated in this study with Malay and Islam religion was predominant. The respondents who have strongest beliefs based on internal religious orientation (IRO) highly accepted autologous bone grafts (0.378, 0.003), bovine xenografts (0.279, 0.031), and synthetic grafts (0.244, 0.061) as materials of choice. However, they tend to refuse porcine xenografts (-0.325, 0.011) as periodontal regenerative materials in their treatment modalities. Conclusion: In conclusion, people who have strongest beliefs will be influenced in choosing the various periodontal regenerative material based on their religion.12 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Uli Al-Irbah: Antara Tafsiran Mufassirin dan Fuqaha Serta Perkaitannya dengan Transgender(Penerbit USIM, 2024); ;Nur Fatin Halil; ; ;Mohd Izwan Md YusofUmi Adzlin SilimIstilah Uli al-Irbah yang disebut dalam Surah al-Nūr ayat 31 lazimnya diterjemahkan sebagai lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita. Namun, para mufassirin dan fuqaha memberikan pelbagai penafsiran terhadap istilah ini. Kepelbagaian tafsiran tersebut telah diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk mengaitkan Uli al-Irbah dengan konsep transgender, dengan menyatakan bahawa Al-Quran menyebut dan meraikan golongan tersebut. Justeru, kajian ini meneliti penafsiran ulama tafsir dan fuqaha terhadap Uli al-Irbah serta menganalisis sama ada terdapat perkaitan di antara istilah Uli al-Irbah dengan konsep transgender dalam konteks semasa. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah penelitian teks atau dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mengaitkan dan menyamakan golongan Uli al-Irbah dengan transgender adalah tidak tepat. Para mufassirin dan fuqaha telah menjelaskan bahawa golongan Uli al-Irbah merujuk kepada lelaki yang tidak memiliki nafsu syahwat terhadap wanita, manakala transgender merupakan golongan yang memiliki isu kecelaruan identiti atau melakukan perbuatan menyerupai jantina yang bertentangan. Oleh itu, penerangan yang menyeluruh terhadap konsep transgender dan kedudukannya dalam Islam perlu terus diperkasakan terutamanya oleh para ulama, ahli akademik dan penyelidik Islam agar tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam masyarakat serta tidak dimanipulasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.5 11 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Maqasid Syariah Dalam Pengeluaran Fatwa: Satu SorotanMaqasid Syariah merupakan kerangka umum yang memandu sesuatu fatwa dan ia bukanlah sumber hukum ataupun dalil yang khusus. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan peranan dan kepentingan Maqasid Syariah dalam pengeluaran sesuatu fatwa sama ada oleh individu atau institusi fatwa. Maqasid Syariah yang merangkumi pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta berfungsi sebagai panduan utama dalam memastikan keputusan fatwa bersifat relevan, adil, dan sesuai dengan realiti semasa. Umum mengetahui, fatwa tidak boleh hanya berpandukan teks semata-mata, tetapi harus mempertimbang maslahat umum serta menghindari mafsadah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen untuk menganalisis prinsip Maqasid Syariah yang diterapkan dalam pengeluaran fatwa, dengan mengambil contoh beberapa fatwa dari beberapa institusi fatwa di peringkat nasional dan antarabangsa. Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan Maqasid Syariah membantu dalam mencapai keseimbangan antara keperluan individu, masyarakat, dan tuntutan syarak. Di samping itu, ia memastikan fatwa yang dikeluarkan selari dengan perubahan zaman tanpa mengabaikan asas hukum Islam.9 6 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemberian Hadiah Kepada Golongan Bukan Islam Pada Hari Kebesaran Mereka; Antara Wala Dan Ihsan: Kajian Di Singapura(Penerbit USIM, 2024)Syed Muhammad Adib Termizi al-JafariKeharmonian hubungan antara masyarakat berbilang bangsa dan agama hanya dapat dipertahankan melalui interaksi yang sihat di antara mereka serta saling bertolak ansur. Salah satu bentuk interaksi antara kaum yang terdapat di Republik Singapura adalah memberi hadiah kepada golongan bukan Islam pada hari kebesaran mereka. Bentuk interaksi sebegini tidak dapat di terima oleh sebahagian masyarakat Islam yang berkeyakinan bahawa ia berada di dalam lingkaran wala yang diharamkan. Justeru kertas kerja ini bertujuan menghuraikan perbezaan di antara wala dan juga ihsan supaya ia dapat dijadikan panduan dan batasan dalam interaksi antara agama. Kertas kerja ini menggunakan pendekatan deskriptif dengan mengumpulkan pandanag para ulama bahasa arab dan tafsir dalam menghuraikan perbezaan makna wala dan ihsan. Metode pemerhatian juga diterapkan bagi melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam di Singapura dalam persoalan ini untuk mendapatkan panduan hukum terhadapnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa memberi hadiah kepada golongan bukan Islam pada hari kebesaran mereka adalah daripada perkara keihsanan yang digalakkan dan bukannya daripada wala yang dihramakan.6 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الصومال والتحديات الاقتصادية: دراسة حول استغلال الموارد الطبيعية وتخفيف حدة الفقر(Penerbit USIM, 2024) ;Muktar Shek AbdurahimanMahamud Mohamed Ali2 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fostering the Integration of ‘Aqli and Naqli in Al-Siyasah Alsyar’iyyah Course: The Role of Blended Learning(Penerbit USIM, 2024); ; ; ; ; Al Siyasah al Syariyyah is a compulsory course of the Syariah curriculum for the Quranic and Sunnah Studies program at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). The course aims to provide students with comprehensive knowledge and practical skills in al Siyasah al Syariyyah or known as Islamic public policy knowledge within the Malaysian context. Traditionally, these courses have relied on passive learning methods, leading to reduced engagement and limited interactive discussions. This project employs a qualitative approach, including content analysis and feedback, to introduce an innovative blended learning model for fourth-year students during the first Semester for year 2023/2024 academic session. The restructured course integrates both online and traditional elements to enhance student interest and understanding. Key topics are addressed through a blended learning activity flowchart, incorporating offline lectures, online resources, forums, debates, role-playing simulations, games, and reflective activities. This approach not only deepens students' knowledge of al Siyasah al Syariyyah principles but also emphasizes the integration of aqli (intellectual) and naqli (transmitted) understanding. This integration is crucial for providing a holistic education that balances critical thinking with traditional scriptural knowledge, preparing students for future roles as policymakers, leaders, officers, entrepreneurs, and educators.11 15 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication 15 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Merungkai Polemik Dirayah Hadis Melalui Qawaid Syariah(Penerbit USIM, 2024) ;Yasir RamleeAmir Asyraf RushihiHadis nabawi merupakan sumber utama dalam Perundangan Islam setelah al-Quran al-Karim. Perbahasan berkenaan hadis adalah lebih kompleks jika dibandingkan dengan al-Quran kerana hadis memerlukan keabsahan dari segi periwayatan dan isi kandungannya yang lebih beragam disebabkan peranan Nabi Muhammad SAW yang pelbagai dalam kehidupan seharian. Nas hadis telah dibahaskan secara komprehensif dalam disiplin ilmu hadis (‘Ulum al-Hadīth) yang terbahagi kepada dua bahagian utama, ‘Ilm al-Riwāyah dan ‘Ilm al-Dirāyah. Ulasan yang dibuat terhadap sesuatu hadis tanpa penguasaan ‘Ulum al-Hadīth dan metodologi yang tepat sering kali menimbulkan perdebatan dan polemik di kalangan umat Islam. Dalam hal ini, Qawaid Syariah dapat bertindak sebagai komplementari kepada ‘Ilm al-Dirayah kerana ia membantu merungkai keadaan dan maksud sesuatu hadis. Makalah ini menghuraikan perkaitan di antara disiplin ‘Ilm al-Dirayah dengan Qawaid Syariah serta peranannya dalam menangani polemik yang berlaku disebabkan kesalahfahaman terhadap hadis. Kajian topik dibuat melalui pendekatan analisis teks terhadap beberapa hadis yang dibahaskan oleh para ulama melalui Qawaid Syariah. Hasil menunjukkan, Qawaid Syariah berperanan penting dalam mencapai keselarasan dan konsistensi pemahaman terhadap nas hadis dengan sumber perundangan lainnya.12 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaplikasian Fiqh Al-Waqi’: Asas Revolusi Pembuktian Kesalahan Jenayah Syariah Kontemporari(Penerbit USIM, 2024) ;Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim ;Muhammad Sobri Faisal ;Mohamad Aniq Aiman Alias AhmadFiqh al-Waqi’ adalah cabang penting dalam perundangan Islam yang menekankan keupayaan serta kebolehsuaian hukum syarak bagi menyesuaikan diri dengan cabaran semasa. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerapan fiqh al-waqi’ dalam konteks revolusi pembuktian jenayah syariah kontemporari, khususnya melalui integrasi teknologi moden. Pendekatan ini bertujuan memastikan revolusi pembuktian kesalahan jenayah adalah relevan dan selaras dengan prinsip syarak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui pendekatan dokumentari bagi metode pengumpulan data dan analisis kandungan bagi metode analisis data. Hasil kajian mendapati tiga qawāʿid al-fiqhiyyah utama yang relevan dipilih dalam pengaplikasian terhadap pembuktian jenayah moden, La Yunkar Taghayyur al-Ahkam bi Taghayyur al-Azman wa al-Ahwal (hukum berubah mengikut zaman dan keadaan), Al-Dhararu Yuzal (kemudaratan mesti dihapuskan), dan Tasarruf al-Imam ‘ala al-Ra’iyyah Manutun bi al- Maslahah (tindakan pemimpin bergantung kepada maslahah) sekali gus menunjukkan kesesuaian dan keperluan teknologi moden dalam pembuktian kesalahan jenayah. Akhir sekali, penulis mencadangkan agar penyelidikan masa depan memberi fokus kepada kajian keserasian pembuktian melalui teknologi baharu dengan standard Syariah. Langkah ini penting untuk menangani cabaran penyesuaian perundangan moden secara menyeluruh, sekali gus memperkukuhkan dinamisme prinsip-prinsip Islam dalam menghadapi perubahan realiti semasa.17 17 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Sorotan Literatur Berkenaan Peranan Manhaj Ijtihad dan Perbandingan Fiqh: Tinjauan Terhadap Imam Bukhari dan Imam Syafie(Penerbit USIM, 2024); ;Mohamad Qamarulzaman Mohd Zani ;M. Faiz Ab ShakorMuhamad Azhad Al-BohariArtikel ini membincangkan sorotan literatur berkenaan pemikiran fiqh dan metodologi ijtihad berdasarkan empat subtema utama, iaitu peranan manhaj ijtihad, fiqh muqaran, fiqh Imam Bukhari, dan fiqh Imam Syafie. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dengan meneliti sumber-sumber utama dan sekunder, termasuk karya klasik fiqh, kajian kontemporari, dan artikel jurnal akademik. Pendekatan ini bertujuan untuk mengenal pasti pola pemikiran dan peranan metodologi ijtihad dalam membentuk prinsip fiqh kedua-dua tokoh. Hasil analisis menunjukkan bahawa manhaj ijtihad memainkan peranan penting dalam pembentukan prinsip-prinsip fiqh yang bersifat fleksibel dan dinamik. Fiqh muqaran pula dijadikan alat perbandingan untuk menilai kesinambungan dan perbezaan antara pemikiran fiqh Imam Bukhari dan Imam Syafie. Selain itu, kajian turut mengetengahkan pendekatan Imam Bukhari yang lebih menumpukan kepada deduksi hukum berdasarkan hadis, manakala Imam Syafie lebih cenderung kepada integrasi antara al-Quran, sunnah, dan qiyas. Kajian ini menyimpulkan bahawa kerangka fiqh kedua-dua tokoh ini memberikan asas penting kepada perkembangan tradisi ijtihad dan fiqh muqaran dalam konteks kontemporari. Artikel ini menyarankan agar kajian lanjut dijalankan bagi menilai relevansi metodologi ini dalam menangani cabaran fiqh semasa.10 14 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Respecting Consent in Organ TransplantationDonating organs is a noble and charitable act. It saves people’s lives, and has brought happiness to many. These donors are just like legendary heroes, for as long as the donee still uses their donated organs, their cycle of deed continues to spin. Nevertheless in Malaysia, if one dreams of helping others by donating his organs, he must come forward and declare his intentions. Only by doing so, his organs could be taken and benefited by others when the right time comes. Nevertheless, the problem of organ shortage in Malaysia seems to have no ending. Many have pledged as organ donors but the actual donation taking place is still very scarce. This problem relates to provisions of the the Human Tissues Act 1974 that allows close family members to meddle and interfere, even in the organ procurement procedures. Communication by the potential organ donor with this close family members are also essential, particularly to acknowolege them about his noble intention to become a registered organ donor.5 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemberian Art dan Prep Menurut Perspektif SyariahPemberian PrEP di Malaysia telah menjadi perbahasan apabila telah diberi kepada semua golongan termasuk LGBT. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai pemberian ART dan PrEP dalam mengekang penularan HIV sekaligus menganalisisnya berdasarkan perspektif Syariah. Hasil daripada kajian ini menunjukkan pemberian ART dan PrEP oleh KKM terhadap semua golongan termasuk LGBT dalam memerangi HIV di Malaysia adalah bertepatan dengan prinsip Syariah sesuai dengan tuntutan mencegah dan merawat penyakit serta menghilangkan kemudaratan. Kajian ini mencadangkan pihak KKM memperkasakan lagi usaha pencegahan dan rawatan HIV sementara ahli akademik serta pihak berautoriti agama juga perlu mengambil tanggungjawab untuk menyumbang kepada usaha memperbaiki Kesihatan awam dengan pengintegrasian nilai-nilai Islam dalam program kesihatan di Malaysia. Selain itu, Kerajaan Malaysia digesa untuk menggubal undang-undang khusus berkenaan kesalahan menyebarkan jangkitan HIV kepada orang lain.6 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Child Participation and Parental Alienation Issue from the Maqasid Syariah PerspectiveThis paper examines child participation in parental alienation cases through the maqasid syariah framework, with a focus on protecting al-aql (intellect) and nasab (lineage). Parental alienation, where one parent manipulates a child to reject the other parent, poses significant risks to the child’s psychological well-being and familial bonds. The right of children to be heard, as emphasized in Article 12 of the United Nations Convention on the Rights of the Child (CRC), is critical in mitigating these risks. Article 3 of the CRC further requires that the best interests of the child be a primary consideration, which aligns with the Islamic obligation to preserve mental health and protect family ties. In Malaysia, civil and syariah courts prioritize the welfare of the child in custody disputes. However, the discretion afforded to judges regarding child participation leads to inconsistent practices, particularly in cases involving parental alienation. This research analyzes existing legal frameworks to determine their effectiveness in safeguarding children's rights and well-being. The findings highlight the need for specific guidelines to ensure children's voices are consistently heard in syariah family proceedings. From the maqasid syariah perspective, protecting al-aql involves addressing the psychological harm caused by alienation, while safeguarding nasab requires maintaining healthy parent-child relationships. Establishing clear mechanisms for child participation is essential to achieving justice and preserving the child’s mental and familial well-being in accordance with Islamic principles.9 10 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Tematik Fatwa Negeri Johor dari Tahun 1921-1939(Penerbit USIM, 2024) ;Muaz Muhammad Arif ;Mohammad Naqib Hamdan ;Aminudin Hehsan ;Nasiibah RamliNur Najwa Hanani Abd RahmanAmalan meminta fatwa oleh orang Islam telah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW dan istilah yang digunakan oleh para ulama adalah istifta’. Fatwa yang diputuskan oleh para mufti meliputi pelbagai bidang melibatkan seperti ibadah, muamalah, munakahat dan jinayat, termasuklah isu semasa seperti perubatan dan politik. Di negeri Johor, rekod dan himpunan fatwa Mufti Johor juga boleh diakses seawal tahun 1920an dan ia dipelihara dengan baik di Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor. Rekod Jabatan Mufti mengandungi dokumen pertanyaan daripada orang awam dan jawapan mufti serta urusan-urusan pentadbiran yang lain. Namun, fatwa-fatwa ini masih tersimpan dalam bentuk manuskrip tulisan tangan dan ia masih belum ditahkik, dianalisis dan dikaji dengan lebih mendalam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis senarai fatwa Mufti Negeri Johor dari tahun 1921 sehingga tahun 1939 secara tematik. Pengkaji menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis kandungan dokumen Jabatan Mufti yang disimpan di dalam Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor. Analisis dilakukan secara diskriptif. Hasil kajian mendapati kebanyakan permasalahan yang dialami oleh masyarakat dalam tempoh tersebut adalah berkaitan fara’id dan isu-isu kekeluargaan seperti penceraian dan pernikahan. Ia dijangka membuka peluang penyelidikan baharu terhadap fatwa-fatwa Negeri Johor dengan lebih mendalam. Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pengkaji ilmu Islam untuk memahami isu-isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh mufti.44 17 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Implementation of Hibah in Malaysia: A Systematic Literature ReviewHibah refers to the voluntary giving of property as a management tool for Muslims, aside from faraid and wasiyyah. However, public awareness and understanding of hibah management remain limited, leading to improper management of existing property and an increase in unclaimed property. Therefore, the study aims to expand the existing body of knowledge by highlighting and summarising current studies on hibah regarding the concept of hibah, its implementation in Malaysia and the related issue. Thus, this study presented a map of the research interest and determined primary issues to demonstrate current trends, future research directions and theory development. A systematic literature review (SLR) approach was employed using the four-step reporting standard for the Systematic Evidence Syntheses (ROSES) review: research question formulation, systematic searching, quality assessment, and data extraction. A total of 41 screened articles between 2019 and 2024 were retrieved from two primary databases (Scopus and Emerald and one supporting database, Google Scholar). The factors were categorised into three primary themes: general, motives and preference studies, and determinant analysis. The themes were subsequently divided into nine sub-themes. Notably, most studies have highlighted the absence of specific laws, which consequently affects the effectiveness of hibah practices in Malaysia. This study provides valuable insights into the current research on the subject. The issues and areas explored contribute new knowledge and help advance theoretical development for future research in the field. By addressing empirical gaps, this study serves as an excellent reference for regulators, policymakers, and researchers, aiding in their understanding of the issues and existing solutions related to hibah.9 10 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manhaj Fatwa Dar Al-Ifta' Al-Misriyyah dan Institusi Fatwa Malaysia: Analisis PerbandinganKajian ini bertujuan menganalisis pendekatan manhaj fatwa yang diamalkan oleh Dar al-Ifta' al- Misriyyah di Mesir dan institusi fatwa di Malaysia dalam pengeluaran fatwa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa meskipun kedua-dua institusi berkongsi asas prinsip fiqh yang sama iaitu keutamaan kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan terdapat perbezaan dari segi pendekatan manhaj fatwa. Dar al-Ifta' al-Misriyyah mengamalkan dasar keterbukaan mazhab yang cenderung mengutamakan pendekatan kekuatan dalil, merealisasikan maqasid syariah dan memenuhi maslahah ummah dalam pengeluaran fatwa manakala majoriti institusi fatwa di Malaysia lebih mengutamakan Qaul Muktamad dalam mazhab Syafi’e sebagai manhaj utama dalam pengeluaran fatwa sebelum berpindah kepada Qaul Muktmad mazhab yang lain atau ijtihad berdasarkan maslahah dan maqasid syariah. Selain itu, kajian ini mendapati terdapat beberapa persamaan manhaj fatwa antara Dar al-Ifta' al-Misriyyah dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Kajian ini memberikan sumbangan penting dalam memahami dinamika institusi dan keputusan fatwa dan peranan mereka dalam menyelesaikan isu-isu kontemporari di dunia Islam.8 17 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication مفهوم قاعدة: "حكاية الحال..."، وضوابطها، وتطبيقاتها الفقهية(Penerbit USIM, 2024) ;Walid Mohamed Abdelrahman MihamedMohd Fadzhil Mustsfa2 7