Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 by Author "Akli Ahmad"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Unsur-Unsur Ideologi Songsang dalam Filem Mentega Terbang (2023) Berdasarkan Pandangan Syariah(Penerbit USIM, 2024) ;Iswandi Harahap Burhanuddin ;Akli Ahmad ;Nur Sarah Tajul Urus ;Abdul Salam Muhamad Shukri ;Mohd Bakri Abu BakarMohd Adlin SallehFilem Mentega Terbang merupakan sebuah filem indie kontroversi terbitan Khairi Anwar yang mewarnai pembukaan tirai 2023. Ia mengisahkan konflik ‘Aisyah, seorang remaja berusia belasan tahun yang masih bersekolah dan sangat menyayangi ibunya yang menderita kanser terminal tahap kritikal. ‘Aisyah berharap selepas mati, ruh ibunya akan tetap bersamanya meskipun dalam transformasi lain. Pemikiran itu muncul selepas dia mempelajari ilmu perbandingan agama. Selain itu, gaya kehidupan moderat dan liberal serta pengetahuan bapanya yang longgar tentang Islam turut mempengaruhi fikiran dan tindakannya. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis unsur-unsur ideologi songsang yang terselit dalam filem Mentega Terbang dengan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Analisis kandungan filem dilakukan berdasarkan pandangan syariah yang meliputi tema, teks dan watak. Pengekodan tema dan kategori digunakan sebagai instrument kajian bagi tujuan pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa filem ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi unsur-unsur ideologi songsang yang tergolong dalam liberalisme dan pluralisme seperti mempercayai konsep reinkarnasi, meredai perbuatan murtad dan tidak meyakini ajaran Islam. Walaupun filem ini memuatkan falsafah kasih sayang, kekeluargaan dan keharmonian kaum namun ia juga memuatkan elemen songsang yang tidak sesuai dengan adat, budaya dan agama masyarakat Melayu di Malaysia. Kajian lanjut unsur-unsur songsang terhadap filem-filem tempatan dan antarabangsa yang membawa kepada perpecahan, konflik kepercayaan dan fahaman yang tidak selari dengan prinsip Islam wajar di kaji bagi menjaga kemurnian dan kesucian Islam.49 13