Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 by Author "Akmal Hazim Bahrin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Syariah Terhadap Penubuhan Bank Susu di Malaysia(Penerbit USIM, 2024) ;Ahmad Muaz Mohamad ;Akmal Hazim Bahrin ;Ahmad Najwan Akmal Zainuddin ;Muhammad Khalishan Zharfan Mohd ZamriPenubuhan bank susu merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk menyediakan susu ibu kepada bayi yang memerlukannya, terutamanya bayi pramatang atau bayi yang tidak dapat disusukan oleh ibu kandung mereka yang mengalami masalah kesihatan dan lain-lain. Walaupun ia membawa manfaat dari segi kesihatan, terutamanya dalam meningkatkan peluang kelangsungan hidup bayi berisiko, isu-isu syariah perlu diambil kira, terutamanya berkaitan dengan hubungan mahram dan status hukum penyusuan. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis aspek syariah terhadap penubuhan bank susu di Malaysia, dengan memberi fokus kepada beberapa isu utama, termasuk khilaf ulama mengenai status hukum penyusuan melalui bank susu dan kaedah pengendalikan bank susu yang patuh syariat. Analisis ini melibatkan penerangan tentang prinsip-prinsip dasar Islam berkaitan penyusuan, risiko penyusuan yang boleh menyebabkan hubungan mahram yang tidak diingini, serta cadangan penyelesaian untuk memastikan penubuhan bank susu dilaksanakan dengan mematuhi hukum syarak. Melalui pendekatan yang berhati-hati dan sistematik, bank susu boleh diterima sebagai inisiatif yang bermanfaat tanpa menjejaskan prinsip agama. Kertas kerja ini diharap dapat memberi panduan bagi pihak berwajib, termasuk pengamal perubatan dan pihak berkuasa agama, dalam merangka dasar yang sesuai untuk mengendalikan bank susu secara sah dan beretika mengikut perspektif syariah.23 59