LexForensica: Forensic Justice and Socio-Legal Research Journal
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing LexForensica: Forensic Justice and Socio-Legal Research Journal by Author "Baidar Mohammed Mohammed Hassan"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Terhadap Konsep Penerimaan Dan Pengesahan E-kitabah sebagai Kaedah Pembuktian menurut Perundangan Islam Di Malaysia(usim press, 2024); ; ; ; ; ;Baidar Mohammed Mohammed HassanMohamad Aniq Aiman AliasJika dahulunya al-kitabahatau dokumen dilihat kurang popular pada suatu ketika dahulu, namun kini, al-kitabahtelah digunakan secara meluas merangkumi semua aspek kehidupan. Ini kerana, seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, kepelbagaian bentuk al-kitabahyang baru telah muncul seperti kamera, CCTV, telefon pintar dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti di Mahkamah. Dokumen berbentuk elektronik ini dikenali sebagai 'E-Kitabah'. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperjelaskan berkaitan konsep E-Kitabahsebagai keterangan menurut perspektif fiqh dan perundangan Syariah Malaysia, menganalisis dalil pensyariatan penerimaan E-Kitabahsebagai keterangan, dan kaedah pengesahan bagi memastikan keaslian E-Kitabah. Di akhir perbincangan, penyelidik akan membincangkan mengenai isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan terhadap penerimaan E-Kitabahdi Mahkamah Syariah Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan kepustakaan. Data-data yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan analisis kandungan dan dipersembahkan dalam bentuk subtema. Hasil kajian menunjukkan, E-Kitabahdilihat sebagai salah satu kaedah pembuktian yang popular pada masa kini di mahkamah keadilan. Walaupun bentuk keterangan tersebut boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah Syariah, namun masih tiada peruntukan khusus berkaitan prosedur penerimaan E-Kitabahdi Mahkamah Syariah Malaysia. Selain itu, pengamal undang-undang Syariah juga masih belum terbiasa dalam mengendalikan keterangan sebegini dan ada sesetengah daripadanya menolak pembuktian secara E-Kitabah. Oleh itu, penyelidik mencadangkan untuk meneliti semula peruntukan berkaitan penerimaanE-Kitabah sebagai keterangan di bawah Undang-Undang Keterangan Islam dan mengadakan latihan dan kursus bagi pengamal undang-undang Syariah untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai bukti secara elektronik.37 28 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Autoriti Preskriptif Al-Quran Dalam Pembuktian Syariah: Tinjauan Terhadap Pengakuan, Keterangan Saksi Dan Sumpah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025-07-16); ; ;Baidar Mohammed Mohammed Hassan; ; ;Mohamad Aniq Aiman AliasNorma JusofThe Qur’an is the primary source of Islamic law and holds prescriptive authority in establishing principles and methods of evidence within the Syariah judicial system. This paper focuses on three main evidentiary mechanisms as outlined in the Qur’an: confession (iqrār), witness testimony (shahādah), and oath (al-yamīn). These three instruments are unanimously accepted by scholars and serve as vital means for upholding justice and truth according to Syariah. The main objective of this paper is to critically assess the Qur’anic provisions concerning these evidentiary methods and evaluate their relevance within the practice of Syariah courts in Malaysia. The study employs content analysis of Qur’anic verses, complemented by classical interpretations and a comparison with existing Syariah evidence laws. The findings demonstrate that the Qur’an provides clear and authoritative guidelines for evidence, with specific conditions aimed at ensuring justice and preventing injustice. Confessions must be given voluntarily, witnesses must be trustworthy and of upright character, while oaths function as a complementary measure when other evidence is lacking. This study affirms the effectiveness and coherence of Qur’an-based evidentiary principles in contemporary legal contexts, aligning with Sustainable Development Goal 16, which emphasizes the importance of just, accountable, and inclusive legal systems to ensure justice for all. Abstrak Al-Quran merupakan sumber utama perundangan Islam yang memiliki autoriti preskriptif dalam menetapkan prinsip dan kaedah pembuktian dalam sistem kehakiman Syariah. Penulisan ini menumpukan perhatian terhadap tiga mekanisme pembuktian utama sebagaimana diperuntukkan dalam Al-Quran, iaitu pengakuan (ikrar), keterangan saksi (syahadah) dan sumpah (al-yamin). Ketiga-tiga instrumen ini merupakan kaedah pembuktian yang disepakati ulamak dan merupakan wasilah penting dalam menegakkan keadilan dan kebenaran menurut hukum Syariah. Matlamat utama penulisan ini adalah untuk menilai ketetapan Al-Quran secara kritikal terhadap kaedah pembuktian tersebut serta relevan pemakaiannya dalam amalan Mahkamah Syariah di Malaysia. Penulisan ini dilaksanakan melalui metode analisis kandungan terhadap nas-nas Al-Quran, ditambah dengan pentafsiran ulama dan perbandingan dengan peruntukan undang-undang keterangan Syariah sedia ada. Dapatan menunjukkan bahawa Al-Quran menetapkan garis panduan pembuktian secara jelas dan berautoriti dengan syarat-syarat tertentu bagi menjamin keadilan serta mengelakkan kezaliman. Pengakuan mestilah dilakukan tanpa paksaan, saksi perlu bersifat adil dan berintegriti, manakala sumpah digunakan sebagai pelengkap apabila tiada keterangan lain yang mencukupi. Penulisan ini mengesahkan keberkesanan serta keselarasan prinsip pembuktian Syariah berasaskan Al-Quran dalam konteks perundangan kontemporari, selaras dengan matlamat SDG 16 yang menekankan keperluan kepada sistem perundangan yang adil, berintegriti dan inklusif bagi menjamin keadilan untuk semua.6 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Designer Baby Dan Sempadan Bioteknologi Manusia: Analisis Perundangan Berdasarkan Maqasid Syariah Dan Liabiliti Jenayah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025-12-29) ;Nurul A'ini Zalizan; ; ;Mohamad Aniq Aiman Alias; ; Baidar Mohammed Mohammed HassanThe phenomenon of designer babies represents a form of modern biotechnological innovation that enables genetic modification of human embryos to produce offspring with specific traits such as intelligence, physical appearance, and desired health attributes. While this technology offers significant medical potential, it raises complex ethical, religious, and legal concerns due to human intervention in the divine order of creation. The objective of this paper is to analyze the issue of designer babies from the perspectives of Islamic law and criminal law, and to identify the boundaries established by the Syariah, as well as the relevant legal provisions concerning human genetic modification. This paper also examines the implications of such technology on the principles of Maqasid Syariah, as well as potential criminal liabilities arising from misuse, moral transgression, or exploitation of human life. This study employs a qualitative methodology, utilizing content analysis of classical and contemporary sources, including jurists' opinions, fatwas, scholarly journals, legal maxims (qawaid fiqhiyyah), and medical ethics resolutions. The significance of this study lies in its examination of Islamic perspectives and legal frameworks governing the application of genetic technology on humans, including potential civil and Syariah criminal liabilities. Preliminary findings indicate that Islam permits genetic modification for therapeutic purposes such as treatment and prevention of diseases. However, Islam rejects any form of manipulation intended for cosmetic enhancement, gender selection without medical necessity, or human capability enhancement, deeming such practices as unlawful and potentially constituting a criminal act. This paper contributes to the development of Islamic bioethical discourse and criminal law by proposing that comprehensive Syariah-compliant and legal guidelines be formulated to regulate the use of genetic technologies in a manner consistent with human dignity and the higher objectives of Islamic law (Maqasid Syariah). ABSTRAK Fenomena designer baby merujuk kepada inovasi bioteknologi moden yang membolehkan pengubahsuaian genetik terhadap embrio manusia bagi menghasilkan zuriat dengan ciri tertentu, termasuk aspek kesihatan, kecerdasan dan rupa paras. Walaupun teknologi ini berkembang pesat dalam bidang perubatan reproduktif, penggunaannya menimbulkan persoalan etika dan implikasi perundangan yang serius kerana melibatkan campur tangan manusia terhadap fitrah kejadian yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis isu designer baby daripada perspektif hukum syarak dan undang-undang jenayah dengan meneliti batas-batas keharusan syariah serta implikasi liabiliti jenayah yang berpotensi timbul daripada pengubahsuaian genetik manusia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis kandungan terhadap sumber-sumber primer dan sekunder, termasuk karya fiqh klasik dan kontemporari, pendapat fuqaha, fatwa, qawāʿid fiqhiyyah, resolusi perubatan serta penulisan akademik berkaitan bioetika dan perundangan. Analisis turut dijalankan berdasarkan kerangka Maqasid Syariah dan prinsip undang-undang jenayah Islam serta sivil, khususnya dalam konteks penyalahgunaan teknologi, pelanggaran etika penyelidikan dan eksploitasi terhadap manusia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengubahsuaian genetik dibenarkan dalam Islam secara terhad, iaitu bagi tujuan rawatan dan pencegahan penyakit yang serius serta selari dengan prinsip pemeliharaan nyawa dan keturunan. Namun demikian, sebarang bentuk manipulasi genetik yang bertujuan kosmetik, pemilihan jantina tanpa keperluan perubatan atau peningkatan keupayaan manusia adalah ditolak kerana bercanggah dengan Maqasid Syariah dan berpotensi diklasifikasikan sebagai suatu bentuk kesalahan jenayah. Kajian ini menyumbang kepada pengukuhan wacana bioetika Islam dan perundangan dengan mengemukakan keperluan penggubalan garis panduan syariah serta kerangka undang-undang yang lebih komprehensif bagi mengawal penggunaan teknologi genetik manusia agar selari dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keadilan.1 6 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hukuman Alternatif Berorientasikan Pemulihan Ke Atas Pesalah Jenayah: Analisis Terhadap Kesesuaian Serta Mekanisme Pelaksanaannya Di Mahkamah Syariah(usim, 2024); ; ;Zulfaqar Mamat; ; ;Mohamad Aniq Aiman AliasBaidar Mohammed Mohammed HassanAgenda pelaksanaan hukuman alternatif yang berorientasikan pemulihan pesalah jenayah syariah perlu diberi perhatian sewajarnya kerana sehingga kini tidak diketahui sejauh mana ia dilaksanakan di bawah sistem perundangan syariah negara. Agenda pemulihan inijuga sepatutnya dijadikan sebagai salah satu agenda bagi memperkasakan sistem perundangan syariah negara atau Mahkamah Syariah itu sendiri. Perlu difahami bahawa matlamat hukuman dalam Islam bukanlah sekadar menghukum pesalah, tetapi yang paling utama adalah memastikan pesalah tersebut berjaya dipulihkan. Pelaksanaan program pemulihan mestilah berdasarkan perancangan yang teliti agar bentuk pemulihan yang bersesuaian dapat diberikan berdasarkankepadakesalahan atau jenayah yang dilakukan. Keterbatasan danketidaktahuan tentang sejauh mana kesesuaian dan mekanisme pemulihan pesalah jenayah syariedi bawah sistem perundangan negara pada masa kini membuka persoalan tentang sejauh mana pesalah-pesalah ini mendapat hak mereka untuk dipulihkan dan seterusnya mendapat keadilan. Keadaan ini sepatutnya menjadi desakan kepada pihak berwajib untuk mengambil langkah yang sewajarnya untukmengkaji dan menanganinya. Dalam kajian ini, penyelidik telahmenggunakan kaedah kualitatifbagimerungkai permasalahan tersebut serta mencadangkan penambahbaikan terhadap beberapa aspek yang dilihat penting sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan hukuman alternatif yang lebih tersusun di Mahkamah Syariah. Kajian mendapati bahawa aspek pemulihan pesalah adalah salah satu matlamat utamahukuman dalam Islam dan aspek yang berkaitan dengan matlamat tersebut tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Kajian ini juga mendapati bahawa hukuman alternatif berorientasikan pemulihan yang diaplikasikan di Mahkamah Syariah pada masa ini adalah amat kecil skopnya dan masih ‘kabur’dari segi pelaksanaannya berbanding di Mahkamah Sivil. Oleh itu, perbincangan mengenai perkara ini diharapkandapat membuka mata pihak-pihak berkaitan agar dapat memberikan perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang drastik untuk melihat dan mengkaji aspek pemulihan pesalah jenayah syariah sedia ada supaya penambahbaikan dapat dilakukan.21 24 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kewajipan Berpegang Kepada Mazhab: Memahami Bahaya Pemahaman “La Mazhaby” Dalam Konteks Masyarakat Era Globalisasi Dan Digitalisasi(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025-12-05); ; ; ;Baidar Mohammed Mohammed Hassan; ; In this study, the term madhhab refers to a school of thought or a particular framework of legal reasoning developed through a distinct methodology, approach, and scholarly discipline. Emerging in the early first century Hijri, the madhhab tradition expanded significantly and reached its maturity by the end of the third century Hijri. The four major Sunni madhāhib—Hanafi, Maliki, Shafi‘i, and Hanbali—remain influential to this day. Over several centuries, the development of madhhab-based scholarship gave rise to a highly systematic and integrated methodology of legal derivation (istinbāṭ al-aḥkām). In the contemporary era of information revolution, religious knowledge has become easily accessible at one’s fingertips. The convenience of the internet and artificial intelligence (AI) has led to a decline in traditional text-based learning, particularly the reading of classical turāth works. Consequently, many learners increasingly rely on online platforms that offer instant answers, often neglecting the essential legacy of Islamic legal scholarship—namely, the methodological framework of the fuqahā’ in deriving legal rulings. This leads to a weakening of madhhab identity and an unanchored approach to understanding Islamic law. This paper examines the importance of adhering to a madhhab and the dangers of combining rulings from multiple madhāhib without proper scholarly methodology. The findings indicate that abandoning madhhab-based discipline may cause individuals to drift into misconceptions under the pretext of returning to the salaf al-ṣāliḥ, while in reality exposing them to the risk of issuing rulings based on personal inclinations due to their inability to derive legal rulings accurately from the primary sources. Abstrak Mazhab dalam konteks kajian ini merujuk kepada aliran pemikiran atau kerangka pandangan dalam persoalan hukum yang terbina melalui metodologi, pendekatan dan disiplin ilmu yang tersusun. Bermula kemunculannya pada awal kurun pertama Hijrah, tradisi bermazhab berkembang secara signifikan dan mencapai tahap kematangan pada akhir kurun ketiga Hijrah. Antara mazhab fikah yang terus kekal berpengaruh hingga kini ialah Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali. Perkembangan ilmu berasaskan mazhab pula berlangsung secara berterusan selama ratusan tahun sehingga membentuk satu manhaj istinbāṭ hukum yang sistematik, terperinci dan sangat bersepadu. Dalam era revolusi maklumat hari ini, ilmu agama khususnya boleh dicapai dengan mudah hanya melalui hujung jari. Kemudahan internet dan teknologi kecerdasan buatan (AI) mengakibatkan budaya pembelajaran berkitab semakin berkurangan, apatah lagi merujuk kepada karya-karya turath ulama silam. Keadaan ini mendorong sebahagian pengkaji dan masyarakat untuk bergantung kepada sumber segera di alam maya, sehingga mengabaikan satu elemen penting dalam tradisi keilmuan Islam, iaitu manhaj fuqaha’ dalam mengistinbāṭ hukum. Natijahnya, berlakulah krisis jati diri dalam bermazhab dan kecenderungan untuk memahami agama secara terpisah daripada disiplin ilmu yang sahih. Kajian ini membincangkan kepentingan berpegang kepada mazhab serta bahaya mencampuradukkan pandangan mazhab tanpa panduan metodologi yang betul. Hasil kajian mendapati bahawa meninggalkan mazhab boleh menyebabkan seseorang terperangkap dalam prasangka salah kononnya untuk kembali kepada amalan salaf al-ṣāliḥ, sedangkan hakikatnya ia berpotensi membawa kepada berhukum dengan hawa nafsu akibat ketidakmampuan mengistinbāṭ hukum daripada dalil-dalil syarak secara tepat.