LexForensica: Forensic Justice and Socio-Legal Research Journal
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing LexForensica: Forensic Justice and Socio-Legal Research Journal by Author "Mohamad Aniq Aiman Alias"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Terhadap Konsep Penerimaan Dan Pengesahan E-kitabah sebagai Kaedah Pembuktian menurut Perundangan Islam Di Malaysia(usim press, 2024); ; ; ; ; ;Baidar Mohammed Mohammed HassanMohamad Aniq Aiman AliasJika dahulunya al-kitabahatau dokumen dilihat kurang popular pada suatu ketika dahulu, namun kini, al-kitabahtelah digunakan secara meluas merangkumi semua aspek kehidupan. Ini kerana, seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, kepelbagaian bentuk al-kitabahyang baru telah muncul seperti kamera, CCTV, telefon pintar dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti di Mahkamah. Dokumen berbentuk elektronik ini dikenali sebagai 'E-Kitabah'. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperjelaskan berkaitan konsep E-Kitabahsebagai keterangan menurut perspektif fiqh dan perundangan Syariah Malaysia, menganalisis dalil pensyariatan penerimaan E-Kitabahsebagai keterangan, dan kaedah pengesahan bagi memastikan keaslian E-Kitabah. Di akhir perbincangan, penyelidik akan membincangkan mengenai isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan terhadap penerimaan E-Kitabahdi Mahkamah Syariah Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan kepustakaan. Data-data yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan analisis kandungan dan dipersembahkan dalam bentuk subtema. Hasil kajian menunjukkan, E-Kitabahdilihat sebagai salah satu kaedah pembuktian yang popular pada masa kini di mahkamah keadilan. Walaupun bentuk keterangan tersebut boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah Syariah, namun masih tiada peruntukan khusus berkaitan prosedur penerimaan E-Kitabahdi Mahkamah Syariah Malaysia. Selain itu, pengamal undang-undang Syariah juga masih belum terbiasa dalam mengendalikan keterangan sebegini dan ada sesetengah daripadanya menolak pembuktian secara E-Kitabah. Oleh itu, penyelidik mencadangkan untuk meneliti semula peruntukan berkaitan penerimaanE-Kitabah sebagai keterangan di bawah Undang-Undang Keterangan Islam dan mengadakan latihan dan kursus bagi pengamal undang-undang Syariah untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai bukti secara elektronik.37 28 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Autoriti Preskriptif Al-Quran Dalam Pembuktian Syariah: Tinjauan Terhadap Pengakuan, Keterangan Saksi Dan Sumpah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025-07-16); ; ;Baidar Mohammed Mohammed Hassan; ; ;Mohamad Aniq Aiman AliasNorma JusofThe Qur’an is the primary source of Islamic law and holds prescriptive authority in establishing principles and methods of evidence within the Syariah judicial system. This paper focuses on three main evidentiary mechanisms as outlined in the Qur’an: confession (iqrār), witness testimony (shahādah), and oath (al-yamīn). These three instruments are unanimously accepted by scholars and serve as vital means for upholding justice and truth according to Syariah. The main objective of this paper is to critically assess the Qur’anic provisions concerning these evidentiary methods and evaluate their relevance within the practice of Syariah courts in Malaysia. The study employs content analysis of Qur’anic verses, complemented by classical interpretations and a comparison with existing Syariah evidence laws. The findings demonstrate that the Qur’an provides clear and authoritative guidelines for evidence, with specific conditions aimed at ensuring justice and preventing injustice. Confessions must be given voluntarily, witnesses must be trustworthy and of upright character, while oaths function as a complementary measure when other evidence is lacking. This study affirms the effectiveness and coherence of Qur’an-based evidentiary principles in contemporary legal contexts, aligning with Sustainable Development Goal 16, which emphasizes the importance of just, accountable, and inclusive legal systems to ensure justice for all. Abstrak Al-Quran merupakan sumber utama perundangan Islam yang memiliki autoriti preskriptif dalam menetapkan prinsip dan kaedah pembuktian dalam sistem kehakiman Syariah. Penulisan ini menumpukan perhatian terhadap tiga mekanisme pembuktian utama sebagaimana diperuntukkan dalam Al-Quran, iaitu pengakuan (ikrar), keterangan saksi (syahadah) dan sumpah (al-yamin). Ketiga-tiga instrumen ini merupakan kaedah pembuktian yang disepakati ulamak dan merupakan wasilah penting dalam menegakkan keadilan dan kebenaran menurut hukum Syariah. Matlamat utama penulisan ini adalah untuk menilai ketetapan Al-Quran secara kritikal terhadap kaedah pembuktian tersebut serta relevan pemakaiannya dalam amalan Mahkamah Syariah di Malaysia. Penulisan ini dilaksanakan melalui metode analisis kandungan terhadap nas-nas Al-Quran, ditambah dengan pentafsiran ulama dan perbandingan dengan peruntukan undang-undang keterangan Syariah sedia ada. Dapatan menunjukkan bahawa Al-Quran menetapkan garis panduan pembuktian secara jelas dan berautoriti dengan syarat-syarat tertentu bagi menjamin keadilan serta mengelakkan kezaliman. Pengakuan mestilah dilakukan tanpa paksaan, saksi perlu bersifat adil dan berintegriti, manakala sumpah digunakan sebagai pelengkap apabila tiada keterangan lain yang mencukupi. Penulisan ini mengesahkan keberkesanan serta keselarasan prinsip pembuktian Syariah berasaskan Al-Quran dalam konteks perundangan kontemporari, selaras dengan matlamat SDG 16 yang menekankan keperluan kepada sistem perundangan yang adil, berintegriti dan inklusif bagi menjamin keadilan untuk semua.6 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Designer Baby Dan Sempadan Bioteknologi Manusia: Analisis Perundangan Berdasarkan Maqasid Syariah Dan Liabiliti Jenayah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025-12-29) ;Nurul A'ini Zalizan; ; ;Mohamad Aniq Aiman Alias; ; Baidar Mohammed Mohammed HassanThe phenomenon of designer babies represents a form of modern biotechnological innovation that enables genetic modification of human embryos to produce offspring with specific traits such as intelligence, physical appearance, and desired health attributes. While this technology offers significant medical potential, it raises complex ethical, religious, and legal concerns due to human intervention in the divine order of creation. The objective of this paper is to analyze the issue of designer babies from the perspectives of Islamic law and criminal law, and to identify the boundaries established by the Syariah, as well as the relevant legal provisions concerning human genetic modification. This paper also examines the implications of such technology on the principles of Maqasid Syariah, as well as potential criminal liabilities arising from misuse, moral transgression, or exploitation of human life. This study employs a qualitative methodology, utilizing content analysis of classical and contemporary sources, including jurists' opinions, fatwas, scholarly journals, legal maxims (qawaid fiqhiyyah), and medical ethics resolutions. The significance of this study lies in its examination of Islamic perspectives and legal frameworks governing the application of genetic technology on humans, including potential civil and Syariah criminal liabilities. Preliminary findings indicate that Islam permits genetic modification for therapeutic purposes such as treatment and prevention of diseases. However, Islam rejects any form of manipulation intended for cosmetic enhancement, gender selection without medical necessity, or human capability enhancement, deeming such practices as unlawful and potentially constituting a criminal act. This paper contributes to the development of Islamic bioethical discourse and criminal law by proposing that comprehensive Syariah-compliant and legal guidelines be formulated to regulate the use of genetic technologies in a manner consistent with human dignity and the higher objectives of Islamic law (Maqasid Syariah). ABSTRAK Fenomena designer baby merujuk kepada inovasi bioteknologi moden yang membolehkan pengubahsuaian genetik terhadap embrio manusia bagi menghasilkan zuriat dengan ciri tertentu, termasuk aspek kesihatan, kecerdasan dan rupa paras. Walaupun teknologi ini berkembang pesat dalam bidang perubatan reproduktif, penggunaannya menimbulkan persoalan etika dan implikasi perundangan yang serius kerana melibatkan campur tangan manusia terhadap fitrah kejadian yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis isu designer baby daripada perspektif hukum syarak dan undang-undang jenayah dengan meneliti batas-batas keharusan syariah serta implikasi liabiliti jenayah yang berpotensi timbul daripada pengubahsuaian genetik manusia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis kandungan terhadap sumber-sumber primer dan sekunder, termasuk karya fiqh klasik dan kontemporari, pendapat fuqaha, fatwa, qawāʿid fiqhiyyah, resolusi perubatan serta penulisan akademik berkaitan bioetika dan perundangan. Analisis turut dijalankan berdasarkan kerangka Maqasid Syariah dan prinsip undang-undang jenayah Islam serta sivil, khususnya dalam konteks penyalahgunaan teknologi, pelanggaran etika penyelidikan dan eksploitasi terhadap manusia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengubahsuaian genetik dibenarkan dalam Islam secara terhad, iaitu bagi tujuan rawatan dan pencegahan penyakit yang serius serta selari dengan prinsip pemeliharaan nyawa dan keturunan. Namun demikian, sebarang bentuk manipulasi genetik yang bertujuan kosmetik, pemilihan jantina tanpa keperluan perubatan atau peningkatan keupayaan manusia adalah ditolak kerana bercanggah dengan Maqasid Syariah dan berpotensi diklasifikasikan sebagai suatu bentuk kesalahan jenayah. Kajian ini menyumbang kepada pengukuhan wacana bioetika Islam dan perundangan dengan mengemukakan keperluan penggubalan garis panduan syariah serta kerangka undang-undang yang lebih komprehensif bagi mengawal penggunaan teknologi genetik manusia agar selari dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keadilan.1 6 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Digital Forensics And The Admissibility Of Electronic Evidence In Malaysian Syariah Courts: Towards A Standardised Legal Framework(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025-07-31) ;Mohamad Aniq Aiman Alias; ; ; Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan IbrahimThe advancement of digital technology has introduced significant challenges to evidentiary processes, particularly within the Syariah judiciary in Malaysia. Electronic evidence—including mobile application messages, closed-circuit television (CCTV) recordings, emails, and online transactions—is increasingly tendered in Syariah proceedings. However, the absence of a detailed legal framework under the Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997 [Act 561] has created substantial uncertainty, especially regarding authentication and integrity. In contrast, the Civil Courts operate under the Evidence Act 1950 [Act 56], which contains comprehensive provisions governing the admissibility of electronic evidence. This article examines the existing legal framework on electronic evidence in Malaysia, analyses the principles of authentication and integrity from a Syariah perspective, and evaluates the role of digital forensics in enhancing evidentiary reliability. The study employs a qualitative method through doctrinal document analysis, subsequently organised into subthemes. The findings demonstrate that digital forensic tools—such as cryptographic hashing, digital signatures, metadata analysis, and blockchain—are indispensable in ensuring the authenticity of electronic documents, while remaining consistent with the objectives of the maqāṣid al-sharīʿah in protecting rights (ḥifẓ al-ḥuqūq), property (ḥifẓ al-māl), and dignity (ḥifẓ al-ʿirḍ). The article concludes that integrating digital forensics into Syariah evidentiary practice is essential to reinforce justice, strengthen legal certainty, and safeguard the credibility of judicial outcomes in the digital era.10 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hukuman Alternatif Berorientasikan Pemulihan Ke Atas Pesalah Jenayah: Analisis Terhadap Kesesuaian Serta Mekanisme Pelaksanaannya Di Mahkamah Syariah(usim, 2024); ; ;Zulfaqar Mamat; ; ;Mohamad Aniq Aiman AliasBaidar Mohammed Mohammed HassanAgenda pelaksanaan hukuman alternatif yang berorientasikan pemulihan pesalah jenayah syariah perlu diberi perhatian sewajarnya kerana sehingga kini tidak diketahui sejauh mana ia dilaksanakan di bawah sistem perundangan syariah negara. Agenda pemulihan inijuga sepatutnya dijadikan sebagai salah satu agenda bagi memperkasakan sistem perundangan syariah negara atau Mahkamah Syariah itu sendiri. Perlu difahami bahawa matlamat hukuman dalam Islam bukanlah sekadar menghukum pesalah, tetapi yang paling utama adalah memastikan pesalah tersebut berjaya dipulihkan. Pelaksanaan program pemulihan mestilah berdasarkan perancangan yang teliti agar bentuk pemulihan yang bersesuaian dapat diberikan berdasarkankepadakesalahan atau jenayah yang dilakukan. Keterbatasan danketidaktahuan tentang sejauh mana kesesuaian dan mekanisme pemulihan pesalah jenayah syariedi bawah sistem perundangan negara pada masa kini membuka persoalan tentang sejauh mana pesalah-pesalah ini mendapat hak mereka untuk dipulihkan dan seterusnya mendapat keadilan. Keadaan ini sepatutnya menjadi desakan kepada pihak berwajib untuk mengambil langkah yang sewajarnya untukmengkaji dan menanganinya. Dalam kajian ini, penyelidik telahmenggunakan kaedah kualitatifbagimerungkai permasalahan tersebut serta mencadangkan penambahbaikan terhadap beberapa aspek yang dilihat penting sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan hukuman alternatif yang lebih tersusun di Mahkamah Syariah. Kajian mendapati bahawa aspek pemulihan pesalah adalah salah satu matlamat utamahukuman dalam Islam dan aspek yang berkaitan dengan matlamat tersebut tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Kajian ini juga mendapati bahawa hukuman alternatif berorientasikan pemulihan yang diaplikasikan di Mahkamah Syariah pada masa ini adalah amat kecil skopnya dan masih ‘kabur’dari segi pelaksanaannya berbanding di Mahkamah Sivil. Oleh itu, perbincangan mengenai perkara ini diharapkandapat membuka mata pihak-pihak berkaitan agar dapat memberikan perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang drastik untuk melihat dan mengkaji aspek pemulihan pesalah jenayah syariah sedia ada supaya penambahbaikan dapat dilakukan.21 24 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan Sulh Dalam Islam: Kajian Terhadap Sistem Perundangan Syariah Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-12-25); ; ; ;Mohamad Aniq Aiman Alias ;Norma Jusof; ; The implementation of sulh in Islam plays a crucial role in resolving disputes amicably without undergoing lengthy court proceedings. History has shown that sulh has been practiced in the Malay world since before independence and continues to this day. As one of the conflict resolution mechanisms encouraged in Islam, there is a need to study and improve its implementation over time to ensure that it consistently achieves its intended objectives. This study aims to elucidate the concept of sulh in Islam, including the definitions of sulh and Majlis Sulh, the evidences supporting its legislation, several cases exemplifying its application in Islam, the pillars of sulh, and its implementation within the Syariah legal system or in Syariah Courts in Malaysia. This article also discusses cases eligible to be referred to Majlis Sulh and the role of this mechanism in promoting justice and harmony in society. A qualitative approach through document analysis was adopted, with data presented in subthemes. The study's findings reveal that the implementation of sulh under the Malaysian Syariah legal system, although currently limited to resolving disputes in Islamic family law, is guided by systematic procedures and regulations. Nevertheless, there is room to expand its scope over time. This study also underscores the importance of sulh in supporting the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 16 (Peace, Justice, and Strong Institutions) by strengthening fair and inclusive legal institutions, and SDG 5 (Gender Equality) by addressing issues related to women’s rights in family-related disputes. Abstrak Pelaksanaan sulh dalam Islam memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pertikaian secara damai tanpa perlu melalui proses perbicaraan yang panjang. Sejarah telah memperlihatkan bahawa sulh telah dilaksanakan di alam Melayu sejak sebelum merdeka lagi sehinggalah ke hari ini. Sebagai salah satu mekanisme penyelesaian konflik yang dianjurkan dalam Islam, terdapat keperluan bagi mengkaji dan menambah baik pelaksanaan sulh dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya sentiasa mencapai matlamat yang dikehendaki. Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan konsep sulh dalam Islam, termasuk takrifan sulh dan Majlis Sulh, dalil-dalil pensyariatan sulh, beberapa contoh kes pelaksanaan sulh dalam Islam, rukun-rukun sulh, serta melihat pelaksanaannya di bawah sistem perundangan Syariah Malaysia. Dalam artikel ini, perbincangan juga merangkumi kes-kes yang sesuai dirujuk ke Majlis Sulh dan peranan mekanisme ini dalam mempromosikan keadilan serta keharmonian dalam masyarakat. Pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen telah digunakan, di mana data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk subtema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan sulh di bawah sistem perundangan Syariah di Malaysia kini walaupun hanya tertumpu kepada isu undang-undang keluarga Islam, tetap dipandu oleh tatacara dan perundangan yang sistematik. Namun, terdapat ruang untuk memperluaskan skop pelaksanaannya dari semasa ke semasa. Kajian ini juga menegaskan kepentingan sulh dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 16 (Kedamaian, Keadilan dan Institusi Yang Kukuh) melalui pengukuhan institusi perundangan yang adil dan inklusif, serta SDG 5 (Kesaksamaan Gender) dengan memberi perhatian kepada penyelesaian isu berkaitan hak wanita dalam kes kekeluargaan.6 13