2022 SAIS (Extended Abstract)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 SAIS (Extended Abstract) by Author "Alifah Maisarah binti Abdul Halim"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Ruang Terapi Minda Di Sekolah-Sekolah Sebagai Alternatif Sesi Kaunseling(Penerbit USIM, 2022-12) ;Nurin Safwani binti Abdul Rahim ;Alifah Maisarah binti Abdul HalimMohd Zamrus bin Mohd AliKementerian Kesihatan Malaysia merekodkan pada tahun 2019 bahawa 2.3 peratus dalam kalangan orang dewasa mengalami masalah mental manakala 9.5 peratus dalam kalangan kategori kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun menghadapi masalah kesihatan mental yang membimbangkan. Pelbagai metod dan pendekatan diketengahkan antara yang popular ialah sesi kaunseling. Berdasarkan metod kajian pembacaan dan temubual yang dilaksanakan, kajian akan memberi fokus kepada keperluan mendesak yang wajar disegerakan oleh pihak sekolah dengan arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini mencadangkan mewujudkan ruang terapi dengan bantuan alatan teknologi sebagai alternatif kepada kaedah kaunseling yang sering dipandang serong oleh sebahagian murid sekolah. Ruang terapi ini mencadangkan penampilan tempat rehat yang futuristik serta disediakan alat bantuan pandang dengar 3D iaitu virtual reality (VR). Kajian juga mencadangkan agar penggunaan ruangan atau bilik khas ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang berkaitan mental dan emosi di sekolah-sekolah untuk mengurangkan tekanan yang dialami. Dapatan utama menjangkakan dengan adanya ruang ini akan membantu mengurangkan risiko remaja sekolah yang bermasalah emosi serta mampu menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah. Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan bahawa ruang terapi dengan penampilan yang santai, menarik serta penggunaan teknologi visual dan audio mampu meminimumkan tekanan emosi serta masalah kesihatan mental yang lain.138 9