2023 I-iECONS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 I-iECONS by Author "Adila binti Abdullah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Piagam Pelanggan dalam Pengurusan Persijilan Halal di Jakim Menurut Perspektif Islam(Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, 2023) ;Madihatun binti Zainuddin ;Mohamad Dininazmi bin Sabri ;Azwanis binti AzemiAdila binti AbdullahPemprosesan Persijilan Halal merupakan salah satu tema yang terdapat di dalam salah satu Piagam Pelanggan (PP) di Jakimdi mana ia merupakan janji yang diberikan kepada pemohon dalam tempoh tertentu untuk menyiapkan Sijil Halal. Dalam merealisasikan sebuah pengurusan yang baik dalam sesebuah organisasi, amat penting untuk staf di dalam organisasi peka terhadap janji yang diberikanseperti mana yang termaktub dalam PP mereka. PP ialah pernyataan secara bertulis oleh organisasi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan masyarakat khususnya kepada pelanggan yang berurusan dalam mana-mana organisasi. Oleh itu, untuk mengenalpasti setiap permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan ini, amat penting sekali organisasi tersebut mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan. Dari situ, organisasi dapat membuat penambahbaikan dan perancangan-perancangan strategik yang lain. Justeru, kajian dalam penulisan ini adalah untuk menganalisis maklumbalas daripada masyarakat terhadap janji yangdiberikanoleh Jakim dalam urusan pengurusan persijilan halal. Fokus maklumbalas dalam kajian ini adalah maklumbalas pengaduan awam (PA). Permasalahan yang timbul adalah apabila terdapat sesetengan organisasi mengabaikan janji yang diutarakan dalam PP mereka. Ini dapat dilihat melalui maklumbalas PA yangdiberikanolehmasyarakat. Kepentingan kajian ini adalah dapat mengetengahkan akan pentingnya perlaksanaan PP yang berkualiti khususnya dari sudut perspektif Islam dalam pengurusan persijilan halal di Jakim. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metod temubual sebagai metod utama, di mana staf daripada Jakim akan ditemubual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain 663itu, metod dokumentasi juga digunakan seperti laporan bertulis di dalam portal Jakim bagi menguatkan lagi data tembual yang diperolehi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti proses persijilan halal itu dilaksanakan berdasarkan maklumbalas PA. Hasil dapatan mendapati bahawa pengurusan yang baik dalam sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar apabila mekanisme maklumbalas diketengahkan iaitu maklumbalas PA. Situasi ini sekaligus mencapai matlamat yang dikehendaki dalam PP yang dirangka iaitu mencapai kepuasan pelanggan melalui janji yang ditunaikan dengan baik, bertanggungjawab dan beramanah. Ia selaras dengan pandangan Islam seperti menepati dengan maqāṣid al-sharī‘ah (MS), maslahah ammah(MA) dan amar ma‘rūf nahī munkar (AMNM)