2025 iJURECON
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 iJURECON by Author "Ahmad Fuad bin Mohammad Amin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Daya Tahan Mental dalam Novel Kapal Terakhir di Dunia: Satu Analisis Psikologi Kesusasteraan(Kolej PERMATA Insan, 2025) ;Ayaka Yusra An-Nusrah binti Muhammad Fahmi ;Maryam Solehah binti Mohammad Nor BakriAhmad Fuad bin Mohammad AminKajian ini bertujuan untuk meneroka elemen daya tahan mental dalam novel ‘Kapal Terakhir di Dunia' karya Tema Abdullah (2021) melalui pendekatan kualitatif berbentuk naratif. Reka bentuk kajian kepustakaan ini digunakan bagi menganalisis bagaimana empat elemen daya tahan mental iaitu Kawalan, Komitmen, Cabaran dan Konfiden (Clough et al., 2002) berjaya ditampilkan dalam naratif novel oleh watak utama. Data kajian diperoleh daripada petikan terpilih dalam teks novel yang dianalisis secara tematik dan disahkan melalui semakan pakar menggunakan indeks Cohen's Kappa (κ) bagi memastikan kesahan pengekodan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa watak utama, Aria, memaparkan elemen resiliensi yang tinggi bukan sahaja dari segi fizikal dan emosi, malah memperlihatkan resiliensi kognitif melalui usaha berterusan untuk belajar dan membina pengetahuan dalam situasi survival yang sangat ekstrem. Elemen daya tahan mental yang didominasi oleh Aria ialah komitmen, cabaran diikuti kawalan dan konfiden. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa elemen komitmen dan cabaran memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang untuk terus cekal dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Implikasi kajian ini jelas menggambarkan bahawa karya sastera seperti novel boleh dimanfaatkan sebagai medium pendidikan psikologi positif serta sebagai sumber intervensi sokongan emosi yang berkesan khususnya pelajar generasi alpha yang begitu mencabar