2025 iJURECON
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 iJURECON by Author "Ain Shahirah binti Zailan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mengupas Tabu: Analisis Persepsi Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Terhadap Kesedaran Pengantunan Seksual(Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (iJURECON) 2025, 2025) ;Ain Shahirah binti Zailan ;Izhar Saqeef bin Borhan ;Muhammad Ameer Sofwan bin Azizulmalik ;Nuwair Luqman bin Nor Asri ;Wan Nurina Izzah binti Wan ImranNur Afrina Liyana binti AffandiPengantunan seksual (sexual grooming) dalam kalangan murid merupakan satu bentuk manipulasi psikologi yang berlaku secara halus antara murid, sama ada rakan sebaya atau berlainan tingkatan di mana pemangsa membina hubungan rapat, kepercayaan dan keintiman palsu dengan tujuan mengeksploitasi secara seksual. Ia sering berlaku tanpa disedari melalui pujukan emosi, pujian berlebihan, hadiah, dan sentuhan tidak wajar. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pemahaman, persepsi dan kesedaran murid terhadap pengantunan seksual, iaitu satu bentuk manipulasi yang licik dan sering tidak disedari oleh mangsa remaja. Namun begitu, kajian berkaitan persepsi murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) terhadap pengantunan seksual dalam persekitaran asrama masih kurang diteroka. Pendekatan kualitatif digunakan melalui temu bual separa berstruktur melibatkan 20 orang responden merangkumi murid pelbagai tingkatan di sebuah SMKA di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan menunjukkan wujud jurang pemahaman, persepsi dan kesedaran dalam kalangan murid mengenai bentuk halus pengantunan seksual, terutamanya melalui hubungan pseudo-intimate yang dipengaruhi media sosial. Selain itu, pendidikan tentang eksploitasi seksual sering terganggu disebabkan sifat topik ini yang dianggap tabu dalam masyarakat, walaupun pendedahan awal sangat penting untuk perlindungan murid. Kajian ini mencadangkan pendekatan pendidikan berasaskan trauma serta intervensi berpaksikan komuniti sekolah bagi meningkatkan kepekaan dan daya tahan murid terhadap risiko pengantunan seksual