2025 iJURECON
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 iJURECON by Author "Aisar Wafiq Bin Roslan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Merangkai Intensiti: Profil Keterujaan Luar Biasa Pelajar Pintar Dan Berbakat Muslim Di Kolej Permata Insan(Kolej PERMATA Insan, 2025) ;Amnah Zanariah Binti Abd Razak ;Nurul Sofea Binti Fairuz ;Aisar Wafiq Bin Roslan ;Ammar Izzuddin Sulaym Bin Amir IzzuddinAtiq Shihab Bin Kamalu ArridzuanKajian ini bertujuan untuk meraikan serta memahami keterujaan luar biasa (overexcitabilities, OE) dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat di Kolej PERMATA Insan, di samping meneliti hubungan OE dengan kesejahteraan psikologi dan penglibatan akademik. Seramai 100 pelajar tingkatan satu hingga lima (13–17 tahun) yang dikenal pasti melalui gabungan skor IQ ≥ 120, prestasi akademik cemerlang dan penilaian guru dipilih secara pensampelan bertujuan. Reka bentuk kuantitatif deskriptif-korelasi diaplikasi dengan menggunakan Overexcitability Questionnaire- II (OEQ-II) versi Melayu dan Skala Kesejahteraan Psikologi Pelajar (SKPP-18). Analisis statistik deskriptif, korelasi Pearson dan regresi hierarki dilaksanakan menerusi SPSS v29. Dapatan menunjukkan kelima-lima dimensi OE berada pada tahap sederhana hingga tinggi, dengan skor tertinggi bagi OE emosi, diikuti OE intelek, OE imaginasi, OE sensori dan OE psikomotor. Terdapat hubungan positif sederhana yang signifikan antara OE keseluruhan dengan kesejahteraan psikologi dan penglibatan akademik. OE emosi dan OE intelek muncul sebagai peramal utama kesejahteraan psikologi, manakala OE imaginasi dan OE psikomotor meramalkan penglibatan akademik. Kesimpulannya, OE merupakan aset psikologi yang menyumbang secara positif kepada kesejahteraan dan motivasi akademik pelajar pintar dan berbakat. Implikasinya, persekitaran pembelajaran perlu menghargai ekspresi intensiti emosi dan kognitif menerusi latihan guru serta intervensi berfokus kekuatan. Kajian lanjutan longitudinal dan campuran disyorkan bagi menelusuri trajektori OE dalam konteks budaya Malaysia.