Jurnal Sains Insani
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Jurnal Sains Insani by Author "Ab Razak, M. R."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Zina Dan Kesannya Dalam Kehidupan Remaja(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Ab Razak, M. R.Hamjah, S. H.Peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja pada hari ini merupakan masalah yang serius dalam masyarakat. Ramai remaja terjebak dengan masalah sosial yang teruk seperti zina sehingga boleh merosakkan akhlak dan jati diri remaja tersebut. Maka, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi remaja Islam terjebak dalam gejala zina dan kesan buruk zina dalam kehidupan masyarakat khususnya remaja. Reka bentuk kajian ini ialah kajian analisis kandungan. Bahan-bahan berkaitan dikumpul dan dianalisis bagi menjelaskan objektif kajian yang dilakukan. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai faktor keterlibatan remaja dalam gejala zina seperti pengaruh rakan sebaya, media massa, kejutan budaya, sikap ingin mencuba, pergaulan bebas dan sistem pendidikan. Antara kesan buruk zina pula seperti hilangnya sifat malu, tersebar penyakit dan lahirnya anak-anak haram hasil dari perbuatan zina. Maka, kajian ini penting untuk dilaksanakan bagi memahami gejala zina yang semakin meruncing dalam kalangan remaja.13 86