Jurnal Sains Insani
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Jurnal Sains Insani by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 356
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemanfaatan Al-Qur'an dan Hadith Dalam Novel Ketika Cinta Bertasbih Karya Habiburrahman El-Shirazy(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016)Muhammad Nawawi, M. A. A.Novel Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El-Shirazy merupakan novel pop Islami yang terkemuka di Indonesia dan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh pengamalan moraliti dan nilai-nilai ketanggung jawaban yang diaplikasikan oleh pengkarya ketika menghasilkan novel ini dengan menitik beratkan pemanfaatan Al-Qur’an dan Hadith sebagai asas penting kepada pembentukan tasawur Islami yang syumul. Justeru, makalah ini bertujuan untuk merungkai dan menganalisis pemanfaatan Al-Qur’an dan Hadith yang dilakukan oleh pengarang dalam novel Ketika Cinta Bertasbih. Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan dengan mengaplikasikan pendekatan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dan analisis tekstual sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil kajian ini telah memperlihatkan Habiburrahman selaku pengarang novel ini telah memanfaatkan sumber tertinggi Islam iaitu Al-Qur’an dan Hadith melalui pemanfaatan rangka fiksyen yang berhemah dan menjaga hakikat kesucian kedua-dua sumber tertinggi tersebut.31 155 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sikap Politik Urban Melayu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Mohd Azmir Mohd Nizah ;Muhammad Shamshinor Abdul Azzis ;Afi Roshezry Abu BakarHairol Anuar Mak DinKajian perbandingan mengenai sikap politik antara masyarakat urban dan luar bandar telah menjadi fokus dalam kalangan sarjana, terutama selepas keputusan pilihan raya umum ke 13.Namun begitu, literasi kajian mengenai sikap politik yang tertumpu pada etnik yang spesifik masih lagi kurang. Artikel ini berhasrat mengenalpasti sikap politik urban Melayu, terutamanya dalam konteks toleransi politik. Kajian ini membincangkan mengenai sikap politik urban Melayu melalui rekabentuk kajian kuantitatif dengan instrumen soalselidik di tiga kawasan urban iaitu Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera. Dapatan kajian merumuskan bahawa pengundi Melayu di kawasan urban terbuka dalam menerima perbezaan parti politik malah ukuran etnik bukanlah kriteria terhadap pencalonan dalam pilihan raya. Kajian ini menghujahkan kecenderungan pola sokongan parti politik kumpulan urban Melayu juga bersifat longgar dengan melepasi sempadan parti bersifat agama, etnik mahupun liberal. Analisa lanjut dan cadangan dibincangkan dalam artikel ini.22 77 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perkembangan Institusi Wakaf Kesihatan (Darussifa) Dalam Kerajaan Uthmaniyyah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Nur Ainul Basyirah AliasErmy Azziaty RozaliInstitusi wakaf kesihatan yang dipelopori dengan pesat dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah merupakan salah satu cabang kebajikan sosial daripada pemerintah kepada rakyat. Ia terbina hampir di setiap pusat pemerintahan kerajaan’ Uthmaniyyah seperti Istanbul, Edirne dan Bursa. Malah, institusi ini turut dibina bersama beberapa unit bangunan lain di dalam kompleks wakaf contohnya dapur awam, sekolah perubatan, tempat mandi (hamam), perpustakaan dan masjid. Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah pada abad ke-15M, institusi kesihatan ini bergerak dan beroperasi sebagai satu tempat mempraktikkan ilmu sains perubatan yang dipelajari dalam institusi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan institusi kesihatan wakaf dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah di samping meneliti penubuhan institusi ini dengan mengkelaskannya mengikut tahun. Selain itu, kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif yang berbentuk kajian sejarah manakala, kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah analisis dokumen. Hospital-hospital yang dikaji adalah hospital dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah yang menjalankan aktiviti daripada pembiayaan dana wakaf. Melalui kajian ini dapat diketahui bahawa institusi wakaf kesihatan ini ditubuhkan hasil pembiayaan dana wakaf yang datangnya daripada pemerintah atau orang perseorangan yang kaya.26 40 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memposisi Nilai Dalam Kerangka Demokrasi Di Malaysia: Satu Kajian Tinjauan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Hairol Anuar Hj Mak Din ;Zakaria StapaAhmad Munawar IsmailKeberadaan nilai dalam sistem politik begitu signifikan. Berbekalkan rujukan terhadap Model Sistem Politik oleh David Easton sumber primier ini telah melakarkan kepentingan nilai beserta peranannya dalam proses pengagihan dalam sistem politik. Hal ini berpunca kerana kehilangan nilai dalam kerangka politik berupaya mengundang risiko ketidakstabilan terhadap kerukunan masyarakat rentetan daripada kerapuhan terhadap pendekatan demokrasi semata-mata. Di Malaysia pendekatan politik melalui wadah demokrasi secara sah diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan, namun begitu proses terhadap pendekatan ini yang telah diamalkan sebenarnya mengundang beberapa persoalan yang perlu dibincangkan dengan lebih serius. Justeru artikel ini secara ekstensif memposisikan nilai sebagai kompas yang begitu relevan dalam subkerangka demokrasi di Malaysia.19 87 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sikap Semasa Konflik: Langkah Awal Ke Arah Perceraian?(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Liana Mat Nayan; ;Afi Roshezry Abu BakarAudrey Anak JohnKajian lepas mencadangkan bahawa sikap tertentu yang ditunjukkan oleh individu semasa menguruskan konflik rumahtangga boleh membawa kepada perceraian di awal tahun perkahwinan. Maka, kajian rintis ini dijalankan untuk melihat samada pasangan Melayu-Islam di Kuala Lumpur mengamalkan sikap yang boleh kepada kemusnahan perkahwinan. Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa sikap menjauhkan diri yang membawa kepada pengasingan diri dari konflik atau seseorang dan mungkin melibatkan sikap meninggalkan situasi atau berdiam diri adalah sikap yang sering diamalkan oleh pasangan Melayu-Islam. Namun begitu, dapatlah diandaikan bahawa sikap yang ditunjukkan semasa konflik berlaku bukanlah satu-satunya penentu kepada penceraian, namun mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.23 62 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Role of Moral Education on the Dress Code in the Higher Learning Institution(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Ira Meilita Ibrahim ;Taufik A. Latif ;Afi Roshezry Abu BakarMuthualagan ThangaveluThe advancement of European dress to the rest of the world was linked to the definition of civilization as a stage of social development considered to be more advanced and polite and good-mannered. The widespread of their fashion style in the 19th and 20th centuries influenced the way the rest of the world attire. The fashion trend and dressing style thus change the purpose of dressing through time. The dressing style in campuses especially in private institutions of higher learning is under particular scrutiny, as it is often said to be inappropriate for a learning environment. This study looked at the importance of moral education, and its role in implementing the dress code for students among university students especially between two types of university i.e. public university and private university. It looked on the dressing style of students, both male and female, and the factors that lead to their dressing pattern which is common among students. This study also advocated the students understanding of the content of dress codes in their learning institution and the role played by moral education in regard to dress code. The overall study highlighted students perception towards the implementation of the dress code and punishment in their learning institution. The methodologies used to carry out this study are questionnaires and interviews. This study will therefore ascertain the important of dress code among students at higher learning institution and the role of moral education in cultivating values in order to dress properly or decently.31 352 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Implikasi Kemasukan Pekerja Asing Di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Intan Suria HamzahSity DaudMalaysia mengalami jumlah kemasukan warga asing yang besar di dunia, terutamanya sebagai buruh berkemahiran rendah. Malaysia telah mengalami masalah kekurangan buruh dalam sektor-sektor utama negara seperti pembinaan, perladangan, perindustrian dan perkhidmatan. Pekerja asing atau buruh asing merupakan pekerja yang berasal dari negara luar yang datang bekerja di Malaysia bagi sesuatu tempoh tertentu, ianya juga dikenali sebagai buruh ekonomi. Hasil kajian, mendapati pekerja asing telah membawa manfaat dalam proses pembangunan negara Malaysia dalam pelbagai sektor namun begitu dengan jumlah mereka yang semakin meningkat dan mencecah jutaan orang telah mengganggu-gugat ekonomi dan masyarakat tempatan.94 134 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Potensi Ancaman Kebangkitan Kuasa Ekonomi Dan Ketenteraan China Dalam Rantau Asia Pasifik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Intan Suria HamzahSity DaudSejak dahulu lagi para sarjana antarabangsa telah meramalkan China akan bangkit sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi politik antarabangsa. Berdasarkan potensi China untuk bangkit sebagai kuasa nombor dua dunia, kertas kerja ini akan membincangkan bentuk-bentuk potensi ancaman China melalui ekonomi dan ketenteraan yang boleh mengancam keselamatan rantau Asia Pasifik. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji faktor-faktor kebangkitan China sebagai kuasa baru ekonomi dunia dan mengenalpasti potensi ancaman ketenteraan China terhadap keselamatan rantau Asia Pasifik. Kajian ini menggunakan konsep keselamatan insan dan dilema keselamatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa China sememangnya telah berjaya menjadi kuasa besar dalam ekonomi dunia selepas menganggotai WTO. Namun begitu, dalam perkembangan ekonomi politik antarabangsa masa kini menunjukkan China tidak menggugat sepenuhnya order antarabangsa yang sedia ada melalui ketenteraannya. China dilihat telah berusaha gigih menjalinkan kerjasama berteraskan semangat kejiranan dan hubungan ekonomi yang mapan dengan negara rantau Asia Pasifik dan Amerika Syarikat.17 59 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Comics in Reading Comprehension Enhancement to Disseminate Nationhood and Patriotism(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Ajurun Begum AhamedMuhammad Shamshinor Abdul AzzisInstilling the knowledge and value of nationhood has been conducted most of the time using linear form of writing in the National Language. The National Language is utilized because it is a language to be mastered by all the citizens of Malaysia. However there should be a diversity in the types of materials in dispersing nationhood and patriotism among the young generation. Nationhood and patriotism values should also be imparted through materials such as the comics. Materials regarding nationhood of Malaysia are also present in abundance in English. Hence the second language should also be used to inculcate nationhood and patriotism. It would contribute greater to the knowledge in history of Malaysia. The incapability in comprehending the materials read on nationhood and patriotism would hinder the students from obtaining knowledge and values of nationhood. The study focused on enhancing reading comprehension among the secondary school students in the notion of enabling them to read and understand nationhood reading materials regardless of types of text and language used.4 29 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Islamic Perspective on Thinking and Innovative Culture as Exemplified by the Works of Renowned Muslim Scholars(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016); ; ;Farah Laili Muda @ Ismail; Hisham Muhammad Taky Eldin KandilThe objective of this paper is to revisit the concept of thinking and innovation in Islam from the examples shown by Muslim scholars. This article also highlights the significance and the need to apply the Muslim scholars model of Islamic thinking and innovation culture to the present day educational system. The study is descriptive in nature, showcasing the scholarly contributions of great Muslim men from the past, as well as the opinions of contemporary scholars of Islam on thinking and innovation. This preliminary paper may provide a distinctive perspective on the concept of thinking and innovation and its necessity in the contemporary Islamic educational system. It should also be considered as a crucial tool to be mastered by youngsters during the present age in the era of science and technology.22 265 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Migrasi Rentas Sempadan Etnik Rohingya dan Implikasi Terhadap Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Intan Suria Hamzah ;Sity Daud ;Nor Azizan IdrisMuhammad Shamshinor Abdul AzzisLanskap keselamatan negara telah mengalami dinamika yang inklusif melalui ancaman daripada proses migrasi rentas sempadan. Kajian ini bermatlamat membincangkan faktor migrasi etnik Rohingya ke Malaysia. Analisis bentuk ancaman bukan tradisional yang menginterpretasi cabaran keselamatan dalaman terhadap rakyat Malaysia merupakan elemen diskusi utama dalam kajian ini. Melalui rekabentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini menghujah tiga ancaman bukan tradisional iaitu pemerdagangan manusia, pembentukan koloni setempat dan rentas sempadan secara haram sebagai impak yang mendasari migrasi dalam kalangan etnik Rohingya. Selain itu, tekanan tanggungjawab sosial atas faktor kemanusiaan turut menyumbang kekangan pelaksanaan polisi berasaskan citra keselamatan negara Malaysia. Demikian itu, beberapa cadangan turut dibincangkan bagi memberi sumbangan kepada pembuat dasar berkenaan migrasi rentas sempadan di Malaysia.39 461 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepelbagaian Dan Kesepaduan Etnik Di Malaysia Menurut Islam(UiTM Melaka, 2017) ;Mohamad Rohana, N. A. ;P.Rameli, M. F. ;Nordin, R.Hashim, S. N. I.Kajian ini membincangkan tentang asas kewujudan pelbagai etnik di Malaysia berasaskan sejarah pembentukan negara Malaysia. Kepelbagaian etnik merupakan satu bukti keagungan Allah SWT. Justeru itu, bagi mencapai matlamat dan hikmah penciptaan tersebut, pelbagai inisiatif dan langkah konstruktif perlu dilaksanakan secara bijaksana di pelbagai peringkat sama ada individu, masyarakat apatah lagi pemerintah berpandukan maksud tersirat di sebalik firman Allah SWT tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan beberapa ayat dari Surah al-Hujuraat mengenai hikmah kerencaman etnik yang wujud dengan melihat faktor pembentukan pelbagai etnik di Malaysia dari sudut sejarahnya dan korelasinya dengan realiti semasa dalam rangka membentuk keharmonian etnik. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan menerusi kaedah analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa keagungan Allah SWT dalam penciptaan etnik yang pelbagai sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Hujuraat, dapat dilihat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Hakikatnya, kerencaman dan kepelbagaian yang wujud menimbulkan keragaman yang berbeza dan boleh menimbulkan kecelaruan dalam sesebuah negara. Namun demikian, pendekatan yang bijaksana dan bersifat inklusif tanpa mengetepikan mana-mana kaum di Malaysia membolehkan negara ini kekal harmoni dan membangun dengan kepelbagaian yang ada.49 111 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Transisi Politik Melayu-Islam Di Kedah: Analisis 2008-2016(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Yaakub, M. T. ;Md Rasip, O.Azizan, M. U.Artikel ini membincangkan mengenai transisi politik Melayu-Islam melalui fokus di negeri Kedah bermula dari tahun 2008 hingga krisis pertukaran Menteri Besar pada 2016. Dinamika perubahan politik Melayu-Islam di Kedah bermula secara drastik selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-12 sehingga ke-13 yang lalu. Pelbagai isu berkaitan kepentingan masyarakat yang timbul menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu telah mempengaruhi sokongan pengundi Melayu-Islam di Kedah. Kemunculan tsunami politik telah memberi peluang kepada parti oposisi khususnya PAS untuk mentadbir Kedah buat kali pertama semenjak merdeka. Sepanjang tempoh pentadbiran PAS di Kedah, dasar-dasar baru telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri sehingga menghasilkan pelbagai impak politik, ekonomi dan sosial khususnya dalam memperkukuhkan kedudukan Melayu-Islam. Namun, kedudukan PAS di Kedah semakin terancam menjelang pilihan raya umum ke-13 menerusi pelbagai krisis dalam politik peringkat negeri dan isu-isu semasa yang gagal ditangani sebaiknya oleh parti berkenaan. Kerencaman isu yang berbangkit menyebabkan UMNO berjaya menguasai semula kerajaan yang sebelumnya ditadbir oleh PAS. Trend kepimpinan dalam tempoh tujuh tahun memperlihatkan bahawa wujudnya kedinamikan politik dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu-Islam yang merupakan masyarakat dominan di negeri berkenaan. Oleh hal demikian, artikel ini secara terperinci mengupas isu-isu, perkembangan dan penyelesaian yang mempengaruhi pengundi-pengundi Melayu-Islam khususnya di negeri Kedah dari 2008 hingga 2016.19 16 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Audit Sosial dan Transformasi Kepemimpinan Islam: Satu Kajian Kes Dalam Parlimen Pagoh, Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Othman Ab. Rahman ;Sapora SiponMohd Yahya Mohamed ArifinMenjalankan audit sosial akan melibatkan proses mengukur, melapor, memahami dan membaiki kemampuan sosial sesebuah masyarakat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur keperluan pembangunan sosial masyarakat dalam Parlimen Pagoh selain untuk mengukur sejauhmana transformasi kepemimpinan Islam telah berlaku semasa era Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad. TGHMY merupakan seorang tokoh ulamak berpengaruh dan banyak berjasa dalam pembangunan Agama Islam dan pendidikan kepada masyarakat dalam Parlimen Pagoh dan sekitar dalam Negeri Johor Darul Takzim. Beliau telah mengasaskan Madrasah As-Sa'adiah (aliran Arab) dan Sekolah Menengah Mohd Yassin dalam tahun 1950an. Falsafah Tuan Guru Haji Mohd Yassin menegaskan bahawa kepemimpinan yang masyhur boleh digilap melalui pencapaian darjat iman dan taqwa kepada Allah (swt), dalam erti kata lain muraqabah yakni pendekatan diri kepada Allah (swt). Kepemimpinan Tuan Guru terserlah melalui usaha beliau menyampaikan ajaran Islam kepada anak bangsa, bertujuan untuk mengubah pemikiran orang Melayu pada masa itu agar celik ilmu agama dan membenteras kemunduran pendidikan. Berteraskan pemikiran rasional dan terbuka membuatkan Tuan Guru mengimbangi kepentingan ilmu duniawi dan ukhrawi melalui pendekatan dalam menyantuni kehidupan bermasyarakat melalui penyampaian ilmu agama yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadith serta melalui fahaman Ahl-as Sunnah wal-Jamaah. Model Transformational Leadership telah digunakan untuk mengukur proses transformasi kepemimpinan dengan mengemukakan empat dimensi yang disebut sebagai "the Four I's". Empat dimensi tersebut ialah, Idealized influence, inspirational motivation, intellectual stimulation dan individualized consideration. Kesemua dimensi di atas dimiliki oleh Tuan Guru Haji Mohd Yassin. Data berbentuk kualitatif pula diperolehi melalui temubual berfokus, analisis dokumen serta pemerhatian terhadap pelbagai lapisan penduduk dalam Parlimen Pagoh. Maklumat daripada enam elemen keperluan pembangunan masyarakat iaitu, agama, ekonomi, sosial, persekitaran, kesihatan dan pendidikan serta politik telah dianalisa berdasarkan dimensi "the Four I's" transformasi kepemimpinan sejak zaman kepemimpinan Tuan Guru Haji Mohd Yassin hingga zaman kepemimpinan sekarang.17 54 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penentuan Had Kifayah Zakat Berdasarkan Maqasid Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017); ;Tengku Zainal Abidin, T. M.Had kifayah zakat merupakan mekanisme menentukan tahap ekonomi seseorang individu untuk menjalani kehidupan secara normal. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat Negeri bertangungjawab dalam menentukan had kifayah zakat yang diaplikasikan di negeri masing-masing. Kaedah sedia ada yang digunapakai oleh kebanyakan MAIN dan institusi zakat adalah mengikut taksiran cukai pendapatan dan purata garis kemiskinan. Justeru artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan pendekatan maqasid syariah sebagai alternatif baharu dalam penetapan had kifayah zakat. Artikel ini akan mengenalpasti definisi had kifayah zakat dan maqasid syariah menurut Islam. Artikel ini juga akan menilai item-item yang terdapat dalam had kifayah zakat berdasarkan pandangan Islam seterusnya disesuaikan dengan maqasid syariah. Artikel ini mendapati bahawa pendekatan maqasid syariah berdasarkan kepada tahap keperluan manusia iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat dilihat mampu menjadi kaedah alternatif yang berkesan dan memenuhi kehendak Syarak. Implikasi artikel ini dapat dijadikan rujukan kepada institusi-institusi zakat di Malaysia dalam kajian semula kaedah penetapan had kifayah zakat. Kajian lanjutan boleh dijalankan oleh institusi-institusi zakat negeri bagi mengenalpasti had kifayah zakat di setiap negeri berdasarkan kepada maqasid syariah.43 125 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Impak Kerjasama Politik Umno-Pas Terhadap Perkembangan Islam Di Malaysia Dari Tahun 1973 Hingga 1978(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Yaakub, M. T.Md Rasip, O.Makalah ini membincangkan mengenai impak kerjasama politik UMNO-PAS terhadap perkembangan Islam di Malaysia dari tahun 1973 hingga 1978. Kerjasama politik yang berjaya dibentuk bermula pada tahun 1973 adalah hasil daripada kesediaan Tun Abdul Razak dengan Mohd Asri Muda yang menerajui UMNO dan PAS pada ketika itu mencetuskan perubahan corak berpolitik yang berbeza berbanding sebelumnya. Maka, kedua-dua pemimpin ini kemudiannya merintis pembentukan sebuah kerajaan yang menggabungkan UMNO dengan PAS menerusi Kerajaan Campuran pada tahun 1973 dan Kerajaan Gabungan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974. Hasil daripada kejayaan penubuhan kedua-dua kerajaan ini, perkembangan Islam di negara ini bertambah pesat dan dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan orang Melayu di Malaysia. Justeru, artikel ini membincangkan secara terperinci impak kerjasama politik antara UMNO dengan PAS dalam tempoh kerjasama politik berkenaan. Penyelidikan ini menggunapakai kaedah temubual dan menyorot sejumlah sumber sekunder yang kemudiannya dianalisis secara deskriptif sejarah (historical descriptive analysis) yang lazimnya dipraktikkan dalam kajian sejarah. Hasil kajian ini mendapati terdapat impak-impak jelas terhadap perkembangan Islam di negara ini sepanjang tempoh kerjasama politik antara UMNO dengan PAS dari tahun 1973 hingga 1978. Antara impak-impak tersebut ialah permulaan siaran televisyen dan radio dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, mengumandangkan suara azan, penghapusan arak dalam majlis-majlis kerajaan, penghapusan promosi dan keputusan judi di media kerajaan, penubuhan institusi Islam, pemerkasaan pendidikan Islam dan penukaran simbol institisu kerajaan. Akhirnya, artikel ini dapat dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik berikutnya untuk menilai impak kerjasama politik antara UMNO dengan PAS.44 27 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Keupayaan Kognitif Bacaan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Samsudin, N. H. ;Abdul Wahid, P. R. ;Ja'afar, S.Yaakub, M. T.Makalah ini membicarakan tentang tahap keupayaan kognitif bacaan dalam pembelajaran bahasa Melayu kanak-kanak pemulihan khas. Keupayaan kognitif dalam kalangan kanak-kanak pemulihan khas diuji berdasarkan aspek bacaan, iaitu dengan mengaplikasikan kemahiran mengenal pasti, memahami, dan mengaplikasi seperti yang terdapat dalam Taksonomi Bloom. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan lapan orang pelajar darjah tiga yang mengikuti kelas pemulihan khas di Puchong, Selangor. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan bukan lisan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan mengaplikasi merupakan keupayaan yang paling dikuasai oleh subjek kajian dalam kemahiran kognitif, iaitu sebanyak 99.58 peratus, diikuti oleh keupayaan memahami 95.36 peratus, dan keupayaan mengingat 95.8 peratus. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap keupayaan kognitif kanak-kanak pemulihan khas bukan hanya diukur daripada kelancaran bacaan sahaja, malah keupayaan mengenal pasti huruf, memahami bunyi huruf, dan mengaplikasi tatabahasa turut diambil kira.67 41 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Quranic Parenting; a Study of Maryam's Upbringing Story from Surah Ali Imran: 33-37(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Ramli, A. ;Ali, N. B.Ahmad, H.As children are the future of mankind, bringing them up refers to the preparation of civilization. The most important environment to ensure their proper growth is a family. Getting a proper and well-structured nurturing is one of their rights which should be ensured by the family. The unwillingness to refer to the Quran caused many families unaware that the Quran provides best method of nurturing and upbringing children. One of the samples is the role of Imran's Family in nurturing their child named Maryam as she possesses a decent personality and become an honorable woman. This paper is trying to analyze an upbringing concept explained in Surah Ali Imran (33-37), that may be applied today. This study also presents that the Quran has a golden nurturing concept in upbringing children, and the children who have received their rights well fulfilled will become an excellent person, individually and spiritually.20 67 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Zina Dan Kesannya Dalam Kehidupan Remaja(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Ab Razak, M. R.Hamjah, S. H.Peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja pada hari ini merupakan masalah yang serius dalam masyarakat. Ramai remaja terjebak dengan masalah sosial yang teruk seperti zina sehingga boleh merosakkan akhlak dan jati diri remaja tersebut. Maka, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi remaja Islam terjebak dalam gejala zina dan kesan buruk zina dalam kehidupan masyarakat khususnya remaja. Reka bentuk kajian ini ialah kajian analisis kandungan. Bahan-bahan berkaitan dikumpul dan dianalisis bagi menjelaskan objektif kajian yang dilakukan. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai faktor keterlibatan remaja dalam gejala zina seperti pengaruh rakan sebaya, media massa, kejutan budaya, sikap ingin mencuba, pergaulan bebas dan sistem pendidikan. Antara kesan buruk zina pula seperti hilangnya sifat malu, tersebar penyakit dan lahirnya anak-anak haram hasil dari perbuatan zina. Maka, kajian ini penting untuk dilaksanakan bagi memahami gejala zina yang semakin meruncing dalam kalangan remaja.59 227 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Implementasi Konsep Pengurusan Dakwah Satu Tinjauan Awal Di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Esa, M. ;Abdullah, A. A. ;Deuraseh, N.Redzuan, M.Artikel ini membincangkan tentang implementasi pengurusan dakwah yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menguruskan gerakan dakwah secara sistematik dan berkesan kepada masyarakat. Aspek pengurusan perlu dilihat secara holistik oleh organisasi dakwah dalam mencapai matlamat dan objektif sesebuah organisasi. Apa yang telah dibincangkan oleh para intelektual Islam banyak menjurus kepada pengurusan dakwah tetapi berdasarkan apa yang kami ketahui, tiada sarjana yang pernah membincangkan secara tuntas pengurusan organisasi dakwah. Apa yang harus ada dalam organisasi dakwah? Bagaimana bentuk pengurusan organisasi dakwah? Apakah yang membezakan pengurusan organisasi dakwah dengan organisasi konvensional? Semua persoalan ini akan dijawab dalam dalam kertas ini dengan menggunakan pendekatan epistemology Islam. Pelaksanaan dakwah merupakan seruan atau ajakan ke arah penerimaan dan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Pelbagai nilai yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith termasuklah aspek pengurusan lslam. Pengurusan yang efektif dengan kepelbagaian metodologi dakwah akan menarik minat para mad'u dalam memperbaiki diri, keluarga dan juga masyarakat. Pelbagai teori yang dikemukakan oleh para pakar dalam bidang pengurusan yang dilihat sebagai satu idea untuk memperkembangkan gagasan-gagasan yang dibina dalam memperluaskan konsep pengurusan ini. Banyak ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith agar manusia melihat hakikat bahawa Allah merupakan pengurus dan pentadbir yang sebaik-baiknya. Role model yang menjadi teladan kepada umat Islam berkaitan pengurusan bermula sejak zaman Rasulullah SAW yang telah membuat perancangan dan penyusunan suatu sistem yang berteraskan fahaman keislaman. Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik ini memperluaskan lagi kegiatan dakwah Rasulullah SAW sehingga ke hari ini. Prinsip-prinsip pengurusan Islam diaplikasikan yang akhirnya bermatlamatkan untuk mencapai keredaan Allah SWT.Oleh yang demikian, pengkaji akan memfokuskan tinjauan awal berkaitan dengan pengurusan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai agen pelaksana dakwah kepada masyarakat. Keseluruhan daripada kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik analisis dokumentasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa YADIM mempunyai strategi pengurusan tertentu dalam usaha gerakan dakwahnya melalui manhaj-mahaj yang bersesuaian dengan masyarakat masa kini.62 144