Jurnal Sains Insani
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Jurnal Sains Insani by Author "Ab. Majid, A."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Burgeoning of Islamic Cultures and Lifestyles in Malaysia: Conservatism Revisited(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018)Ab. Majid, A.Di Malaysia, kebangkitan budaya dan gaya hidup Islam termasuklah pengembangan dan pelaksanaan shariah yang ketat, fesyen-fesyen dan program-program atau acara-acara berbentuk keislaman semuanya dikaitkan dengan peningkatan konservatisme. Di satu sudut, ia dilihat sebagai perkembangan yang menggalakkan, namun di satu sudut yang lain ia dilihat sebagai satu ancaman kepada nilai-nilai toleransi dan kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam. Ini adalah kerana konservatisme sering disalahtafsirkan sebagai sikap dan perilaku yang ekstrim, eksklusif, diskriminatif dan opresif. Namun adakah konservatisme benar-benar mencerminkan dan mempromosikan nilai-nilai yang memudaratkan tersebut? Bagaimanakah konservatisme sebagai konsep yang kerap digunapakai dalam wacana politik dan sosial boleh digunakan sebagai alat untuk menerangkan fenomena agama? Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, makalah ini cuba untuk mendedahkan konsep konservatisme daripada perspektif teologi dan falsafah serta membincangkan perkaitan konservatisme dan konsep-konsep pemikiran Islam yang sedia ada di Malaysia. Makalah ini mencadangkan bahawa konservatisme adalah sebuah falsafah yang menentangi kekuasaan akal tanpa bimbingan wahyu. Oleh yang demikian, konservatisme dikenali sebagai "falsafah ketidaksempurnaan". Sebarang sikap-sikap atau tindakan-tindakan yang negatif bukanlah disebabkan oleh konservatisme, namun ia disebabkan oleh pergantungan semata-mata kepada akal manusia yang tidak sempurna yang tidak dibimbing oleh wahyu. Penemuan ini telah menyemak dan mendefinisi semula konsep konservatisme sedia ada dan kategori-kategori pemikiran Islam yang lain bersesuaian dengan konteks Malaysia dan seterusnya menerangkan kesan tidak langsung peningkatan budaya dan gaya hidup Islam di Malaysia. Kajian akan datang sepatutnya menumpukan pada kaedah empirikal untuk menilai konservatisme dan kesannya ke atas masyarakat Malaysia.2 5