Jurnal Sains Insani
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Jurnal Sains Insani by Author "Abdul Malik Aluwi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penguasaan Kosa Kata Terhadap Penulisan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah: Kajian daripada Perspektif Guru(USIM Press, 2023) ;Abdul Malik AluwiMohammad Taufiq Abdul GhaniPembelajaran bahasa Arab telah diperkenalkan sebagai bahasa asing yang dipelajari dari peringkat rendah sehingga peringkat universiti di Malaysia. Bahasa Arab mempunyai empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi menguasai keempat-empat kemahiran utama ini, pelajar perlu menguasai kosa kata kerana ia merupakan kunci utama dalam menguasai bahasa Arab. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka tahap penguasaan kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah di negeri Terengganu dan kesannya terhadap kemahiran menulis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Kaedah temubual separa berstruktur telah dijalankan bagi mengumpul data utama. Seramai 5 orang menyertai temubual separa berstruktur ini terdiri daripada guru bahasa Arab yang mengajar mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asirah lebih dari lima tahun dan 20 pelajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Terengganu. Peserta kajian dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan di mana semua peserta boleh memberi maklumat dengan mendalam dan mampu memberi komitmen sepanjang tempoh kajian dijalankan. Analisis tematik digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi melalui penggunaan perisian Atlas.ti. Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap kosa kata yang baik dan mempunyai minat yang tinggi terhadap bahasa Arab. Selain itu, kajian ini juga mendapati, penguasaan kosa kata memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kompetensi kemahiran menulis bahasa Arab. Kepelbagaian pendekatan PdP juga membantu pelajar untuk menguasai kosa kata dan meningkatkan krativiti dalam menulis bahasa Arab.5 92