Browsing by Author "A Irwan Santeri Doll Kawaid"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ayat 6 Surah al-Hujurat Sebagai Asas Menilai Kredibiliti Perawi Hadis(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;A Irwan Santeri Doll Kawaid ;Muhammad Fawwaz Muhammad Yusoff ;Helimy ArisShumsudin YabiUlama hadis meletakkan sebahagian besar kreteria hadis sahih atau yang diterima dalam meneliti kredibiliti perawi yang meriwayatkannya. Kreteria-kreteria hadis sahih secara keseluruhan adalah sanadnya mestilah bersambung, perawi-perawi yang meriwayatkannya mestilah bersifat al- ‘Adalah, mereka juga mesti bersifat al-Dhabit, tidak terdapat al-Syuzuz dan tidak terdapat al-“Illah pada riwayat tersebut. Langkah mengambil kira kredibiliti perawi sebagai syarat hadis sahih dilihat sejajar dengan ajaran Quran daripada surah al-Hujurat, ayat 6 yang mengarahkan umat Islam agar meneliti berita yang disampaikan oleh orang yang fasik. Ayat tersebut secara tidak langsung telah meletakkan sifat pembawa berita sebelum menyuruh umat Islam agar meneliti berita yang disampaikan atau dengan kata lain ayat ini menggambarkan sifat seorang pembawa berita sebelum memerintahkan berita yang dibawanya diteliti. Ayat tersebut walaupun secara zahirnya berbentuk umum iaitu tidak mengkhususkan perintah tersebut dibuat terhadap pembawa hadis Nabi SAW, tetapi ia kemudiannya telah menjadi mekanisma utama dalam menerima kesahihan sesuatu hadis iaitu dengan meneliti kredibiliti perawi. Kertas kerja ini bertujuan untuk menelusuri penentuan kreteria kredibiliti perawi yang dijadikan syarat oleh para ulama dalam penerimaan kesahihan hadis Nabi SAW berpandukan ajaran Quran tersebut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kitab Arba’un Hadithan Fi Ishtina’ Al-Ma’ruf Bayna Al-Muslimin Oleh Imam Al-Mundhiri :Satu Kajian Takhrij(USIM Press, 2022) ;A Irwan Santeri Doll Kawaid ;Ahmad Izzuddin Abu Bakar ;Shumsudin YabiMohd Khairul Ni’mat Doll KawaidThe Book of Arba'un Hadithan fi Ishtina 'al-Ma'ruf Bayna al-Muslimin could be considered the first book of forty hadith that was written on the virtues of doing kindness to other people. It is one of the works of Imam al-Mundhiri (w 656 H) which means that it has been written around the seventh century. It is said that the book received good acceptance from the public at that time. The Moroccan Ministry of Waqf and Islamic Affairs at this time has republished the book in 1985 justifying the merit of the book. The book contains forty hadiths that have been selected by Imam al-Mundahiri from various hadith resources. The hadiths were about doing kindness dan helping others. However, the author did not mention the sources of the hadiths selected as well as any information about them. Imam Muhammad bin Ibrahim al-Sulami al-Munawi (w 803 H) then improved the book by giving information about the sources (takhrij) and brought similar hadiths to the selected hadiths to support them as well as adding some explanation to them. After him, Muhammad bin Makhluf al-Tha'alabi (w 875 H) summarized the book. However, although Imam al-Mundhiri was a scholar of the hadith as well as Imam al-Sulami and al-Tha'alabi, many statuses of the selected hadiths were found not authentic. Nevertheless, some of it was considered fabricated. Likely, Imam al-Sulami and al-Tha'alabi who were commenting on the book did not comment anything about the status. Thus, this paper tries to do takhrij to the hadiths of the book. It will discuss their authenticity as well as highlight the significance of the book in encouraging the activity of doing kindness to people. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Quran Dalam Menyampaikan Hujah Kepada Penganut Agama Kristian(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)A Irwan Santeri Doll KawaidAntara kumpulan sesat yang sering mendapat perhatian Quran dengan memberikan mereka pelbagai hujah agar mereka sedar tentang kesilapan dan kesesatan mereka adalah golongan Nasrani atau yang lebih dikenali sebagai penganut agama Kristian. Mereka telah menyekutukan Allah dengan mendakwa bahawa Nabi Isa AS adalah anak-Nya, percaya kepada tuhan yang tiga dan juga melakukan pelbagai kesilapan lain. Jika diteliti pada metode-metode yang digunakan oleh Quran dalam menyampaikan hujah-hujahnya kepada mereka, didapati ia tidak menggunakan suatu metode tertentu, akan tetapi dengan menggunakan pelbagai metode. Justeru, kertas kerja ini cuba menganalisa metode-metode yang digunakan Quran dalam berhujah dengan golongan Nasrani dan mendedahkannya. Antara metode yang digunakan Quran dalam berhujah adalah metode penceritaan, Silogisme, Reductio Ad Absurdum, Apagogik dan sebagainya. Metode-metode yang digunakan Quran dalam penyempaikan hujah kepada golongan Nasrani perlu menjadi model dan panduan kepada umat Islam untuk mereka berhujah dengan orang yang menyimpang daripada jalan yang benar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemaparan Status Hadis dalam Aplikasi Digital Hadis: Isu dan Masalah(Penerbit USIM, 2022) ;A Irwan Santeri Doll Kawaid ;Ahmad Izzuddin Abu Bakar ;Shumsudin YabiMohd Fadzli MarhusinPerkembangan teknologi maklumat menjadikan ramai orang yang memilih untuk mencari atau berkongsi maklumat tentang pelbagai perkara di platform digital. Hadis Nabi SAW, sepertimana maklumat lain, turut menjadi item perkongsian dan carian yang banyak dilakukan di platform tersebut. Ianya dilakukan sama ada untuk diketahui atau diamalkan. Di zaman ini juga, ramai yang mulai sedar tentang kepentingan beramal dengan hadis sahih dan keperluan menolak hadis palsu dan hadis dhaif jenis berat lantaran banyak kempen kesedaran yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Disebabkan perkembangan tersebut, banyak pihak, terutamanya pengelola laman sesawang atau pembina aplikasi telefon mudah alih cuba memudahkan pengguna untuk mendapatkan status hadis dengan memaparkannya di platform mereka. Pemaparan aplikasi-aplikasi tersebut dilihat mempunyai kepelbagaian dalam gaya dan pendekatan. Meskipun status hadis adalah salah satu komponen kecil dalam maklumat hadis yang mereka sajikan, namun jika diteliti, terdapat pelbagai isu dan masalah di sebalik penyediaannya yang memerlukan kepada perancangan yang sistematik sebelum ianya dapat dipaparkan dengan tepat dan sesuai. Kertas kerja ini mengkaji isu dan masalah yang berkaitan pemaparan status hadis di aplikasi digital hadis. Ia membincangan aspek perancangan serta pendekatan yang bersesuaian untuk digunakan bagi pemaparan status hadis di aplikasi digital hadis. Hal ini agar pemaparan tersebut dapat dimanfaatkan oleh pengguna dan tidak menyebabkan disiplin ilmu hadis disalah tanggap. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perspektif Masyarakat Terhadap Keperluan Konsep Muakhah Sebagai Satu Mekanisma dalam Menyelesaikan Masalah Masyarakat Tatkala Krisis(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;A Irwan Santeri Doll Kawaid ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Mesbahul HoqueMohd Zaliridzal ZakariaKonsep mempersaudarakan (Muakhah) antara kaum Muhajirin Mekah yang baru berhijrah ke Madinah dengan kaum Ansar yang merupakan penduduk asal Madinah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW tatkala mula berhijrah dari Mekah ke Madinah merupakan satu langkah menyelesaikan masalah masyarakat tatkala krisis. Konsep ini hampir sinonim dengan konsep bimbingan (mentoring) yang menggalakkan orang lebih pengalaman membantu orang menghadapi masalah membangunkan potensi diri. untuk membimbing orang . Konsep ini yang berjaya memberdaya ahli dalam sesebuah organisasi. Namun, perbezaan kosep ini dengan konsep bimbingan adalah ia dilakukan dalam komuniti masyarakat, mempunyai kaedah tertentu dan mempunyai kesan yang lebih besar. Langkah tersebut dilihat berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat pada ketika itu.yang Islam baru di Madinah menjadi yang kuat dan disegani meskipun pada awalnya mereka berhadapab dengan krisis ini dilihat sebagai satu langkah bimbingan dalam kalangan masyarakat tatkala krisis yang akhirnya berjaya menjadikan mereka dapat mengharunginya. Namun, tiada model pemberdayaan masyarakat melalui konsep ini yang diutarakan bagi diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah masyarakat di kala krisis. Justeru artikel ini cuba meneroka konsep tersebut serta melihat kesesuaiannya untuk diaplikasikan untuk memberdaya masyarakat di kala krisis. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sumber Status Hadis untuk Takhrij Hadis(Penerbit USIM, 2023) ;A Irwan Santeri Doll KawaidShumsudin YabiPenyataan status hadis merupakan salah satu elemen penting dalam takhrij hadis. Hal ini disebabkan perkara tersebut ada disebut dalam definisi takhrij hadis, iaitu ‘menunjukkan tempat hadis pada sumber asalnya yang mengeluarkannya dengan sanadnya serta ‘menjelaskan statusnya ketika diperlukan.’ Walaupun perkara tersebut tidak diwajibkan, namun penyataan tersebut, jika ingin dilakukan, perlu mengikut garis panduan tertentu agar tidak menyalahi metodologi ahli hadis dan menyebabkan matlamat takhrij tidak tercapai. Hal ini kerana penyataan status hadis bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dibuat sesuka hati. Meskipun kesahihan sesuatu hadis atau kedhaifannya boleh ditentukan melalui kriteriakriteria yang telah ditetapkan oleh para ulama dalam ilmu hadis, namun hanya ulama yang benar-benar pakar dalam ilmu hadis Sahaja yang layak melakukannya disebabkan penentuan status hadis bukanlah satu perkara yang serius. Pelbagai maklumat berkaitan perawi, cara periwayatan, tariq, lafaz, ‘illah dan sebagainya perlu diketahui secara mendalam sebelum dapat diputuskan. Justeru, orang yang melakukan takhrij hanya perlu penukilkan pandangan para ulama yang telah menentukan status hadis. Pandangan mereka boleh didapati dan dinukilkan dari pelbagai sumber. Kertas kerja ini cuba membincang tentang sumber tersebut, menganalisa jenis-jenisnya serta memberi panduan dalam penyataannya