Browsing by Author "A. Irwan Santeri bin Doll Kawaid"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etika Blogger Menurut Quran dan Sunnah(Unpublish, 2011)A. Irwan Santeri bin Doll KawaidBlogging telah menjadi satu fenomena baru dalam dunia media dan kehidupan manusia di era teknologi maklumat ini. Pembinaannya yang amat mudah dan murah menyebabkan pelbagai lapisan masyarakat boleh terlibat dengannya. Kerana faktor kebebasan dan fleksibilitinya, terdapat pelbagai rencam tujuan dalam pembinaannya. Memandangkan kreteria- kreteria tadi, blog telah tumbuh dengan banyak dan menjadi sesuatu yang perkara yang sukar untuk dipantau oleh mana-mana pihak berkuasa. Lalu menyebabkannya mudah disalahgunakan. Rentetan itu, banyak perkara-perkara yang tidak diingini yang timbul melaluinya. Kertas kerja ini cuba melihat aktiviti ini dari dengan sudut pandangan Islam dengan tujuan untuk mencadangkan beberapa etika yang patut diikuti oleh mereka yang terlibat dalamnya agar dijadikan garis panduan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesilapan Berkaitan Teks Dalam Perisian Digital Islam: Kajian Kes Terhadap Perisian Al-Maktabah Al Syamilah Dan Jawal’ Al-Kalim(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;A. Irwan Santeri bin Doll KawaidMohd Aminuddin bin IsrabaniPlatform digital telah menjadi fenomena baru dalam kehidupan manusia hari ini. Antara bidang kehidupan yang terawal memanfaatkan platform ini adalah bidang ilmu pengetahuan. Bukan sahaja untuk aktiviti komunikasi, pembentangan dan pembelajaran, malah dalam menyelesaikan beberapa perkara rumit berkaitan sesuatu masalah ilmu. Tidak terkecuali dalam mengambil sisi positif platform ini ialah bidang pengajian Islam. Semenjak dari awal kemunculan era digital, pelbagai platform berkaitan ilmu Islam telah diwujudkan oleh pelbagai pihak. Tujuannya ialah bagi memudahkan umat Islam mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu Islam. Platform-platform tersebut sama ada dalam bentuk perisian desktop, laman sesawang atau aplikasi talifon mudah alih. Mesra pengguna dan mempunyai sumber data yang banyak menjadi faktor mengapa platform-platform tersebut lebih menjadi pilihan. Selain untuk memperolehi maklumat, terdapat pelbagai fungsi tambahan lain yang memudahkan dalam menyelesaikan beberapa permasalahan berkaitan ilmu. Antara platform yang sering mendapat perhatian pengguna ialah platform digital berbentuk perisian. Rendah tahap dimanipulasi, data maklumat yang banyak serta mempunyai fungsi tambahan mesra pengguna menjadikan platform tersebut lebih popular. Banyak pihak yang bergantung kepada platform ini terutamanya dalam berinteraksi dengan teks. Namun, terdapat sesetengah pihak yang menggunakannya tidak melakukan sebarang semakan terhadap keabsahan teks-teks yang terdapat dalam perisian-perisian tersebut. Meskipun sesetengah perisian tersebut ada yang sering dinaik taraf sistem pengoperasiannya serta tahap kesilapan teks didakwa telah dikurangkan, namun tiada kajian terkini terhadap perkara tersebut. Bagi mengetahui tahap sebenar keabsahan teks yang terdapat perisian-perisian tersebut, satu kajian kes dilihat perlu dilakukan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap keabsahan teks yang terdapat dalam perisian-perisian ilmu berkaitan Islam dengan memfokuskan kajian terhadap dua perisian yang sering digunakan oleh umat Islam iaitu perisian al Maktabah al-Syamilah versi 4.38 dan Jawami al-Kalim versi 4.5. Diharapkan agar dapatan kajian ini dapat mendedahkan ketepatan teks yang terdapat dalam perisisan-perisian tersebut serta dapat membantu para pengguna dalam mengenalpasti kesilapan yang berlaku.