Browsing by Author "Abd Halim, A. H."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perlaksanaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kaedah Fiqh(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Che Noh, M. A. ;Mohamad, N. ;Abd Halim, A. H.Abu Bakar, A. A.Kajian ini bertujuan untuk melihat perlaksanaan kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang dilaksanakan oleh pensyarah dalam proses P&P Sains, Teknologi dan kejuruteraan dalam Islam sebagai usaha meningkatkan kefahaman pelajar pelajar dalam tajuk Kaedah Fiqh. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester dua progran Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Banting. Kaedah pemerhatian dan temu bual digunakan bagi tujuan pengutipan data. Data dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti PBL merupakan aktiviti P&P yang disukai dan menyeronokkan bagi para pelajar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Pengetahuan Pendidikan Islam Dan Penghayatan Akhlak Pelajar Semester 1, Satu Kajian Di Politeknik Banting Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Talib, N. H. F. ;Abd Halim, A. H.Mohd Shafie, B. H.Pelajar yang memasuki sistem politeknik adalah pelajar yang telah melalui pendidikan formal di peringkat sekolah rendah dan menengah. Pelajar ini diberikan banyak pendedahan terhadap Pendidikan Islam termasuk KAFA (Kursus Asas Fardhu Ain). Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan Pendidikan Islam aspek Akidah, Syariat serta Muamalat dan penghayatan akhlak setelah melalui alam persekolahan selama 11 tahun. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan keseluruhan populasi pelajar semester 1 seramai 104 orang. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik Ab Halim et al. (2011) dan dianalisis menggunakan SPSS 18.0 secara deskriptif dan inferensi. Kajian mendapati tahap kesemua aspek yang dikaji adalah tinggi iaitu Akidah pada skor min 4.60 (sp=0.28), Syariat pada skor min 4.41 (sp=0.38) dan aspek Muamalat pada skor min 4.31 (sp=0.38). Tahap penghayatan akhlak juga secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi iaitu pada skor Min 4.29 (sp=0.40). Kesemua aspek yang dikaji juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghayatan akhlak iaitu hubungan yang kuat bagi aspek Akidah r=.578 dan Muamalat r=.528, manakala Syariat mempunyai hubungan yang sederhana kuat iaitu r=.437. Kajian menunjukkan tahap pengetahuan yang baik dalam kalangan pelajar dan kesemua aspek yang dikaji dan berkait langsung dengan penghayatan akhlak pelajar. Disarankan agar pengetahuan Pendidikan Islam digarapkan lagi dalam sistem pendidikan di politeknik dengan menekankan aspek penghayatan serta menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan. Ini sekaligus lebih memantapkan penghayatan akhak kerana ianya saling berkait.