Browsing by Author "Abd Khafidz, H."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pendekatan Tadzakkur(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Tengku Jamil, T.N.H. ;Abd Khafidz, H.Osman, K.Memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi guru dan pelajar hari ini adalah satu keperluan. Namun aplikasi KBAT sering merujuk kepada pandangan dunia barat. Walau bagaimanapun kajian telah menunjukkan beberapa elemen yang terdapat dalam al-Quran yang boleh membawa kepada pendekatan KBAT dan salah satunya adalah tadzakkur. Tadzakkur adalah elemen yang sangat rapat dan dekat dengan guru Pendidikan Islam (GPI) serta menjadi amalan dalam pengajaran GPI. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk memperkenalkan pendekatan tadzakkur yang perlu ditabiatkan oleh guru-guru khususnya GPI. Menggunakan kajian kualitatif melalui pendekatan analisis dokumen, beberapa kertas kerja, artikel dan buku akan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan pendekatan tadzakkur adalah pendekatan yang sangat relevan dan sesuai serta perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh GPI bagi melahirkan generasi rabbani dan ta’dib. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Zakat Secara Atas Talian(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Rahim, N. N. ;Abd Khafidz, H.Aini, Z.Pembelajaran atas talian merupakan medium penting dalam era globalisasi yang terkesan daripada revolusi industri 4.0. Ia merupakan medium bagi menyebarkan dan mengembangkan sesuatu maklumat khususnya berkaitan pembelajaran zakat. Pembelajaran mengenai zakat secara atas talian boleh dicapai melalui medium seperti Youtube, laman sesawang, media sosial dan aplikasi. Kaedah pembelajaran berbantukan teknologi ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi penyampaian kandungan mengenai zakat kepada pengguna. Walaubagaimanapun pembelajaran zakat secara atas talian umumnya merupakan satu bentuk pembelajaran mikro dan ilmu asas sahaja yang menyebabkan pengguna tidak dapat menguasai topik-topik secara menyeluruh. Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengkaji kandungan pembelajaran zakat secara atas talian. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan secara tematik. Hasil kajian mendapati terdapat kekurangan kandungan pembelajaran zakat secara atas talian berbanding kandungan yang dibahaskan oleh fuqaha dalam sumber tekstual. Sehubungan dengan itu, implikasi daripada kajian ini ialah ahli akademik perlu membangunkan satu medium pembelajaran atas talian yang lebih lengkap dan menyeluruh.