Browsing by Author "Abd Muhaimin bin Ahmad"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Eksplorasi Kontekstual Bagi Pengukuhan Hafazan Ayat MutashabihatLafaz Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz(USIM Press, 2023)Abd Muhaimin bin AhmadAyat mutashabihatlafaz merupakan ayat al-Quran yang berulang dengan lafaz yang hampir sama tetapi berbeza sama ada secara pendahuluan (taqdim) atau pengakhiran (ta’khir), penambahan (ziyadah) atau pengurangan (naqs) dan penukaran (ibdal) huruf atau kalimah. Mutashabihatlafaz yang berlaku ini sering berlaku dalam satu kisah yang sama di dalam al-Quran, namun ia berbeza dari sudut surah dan juga ayat. Isu ini menuntut kepada kajian terperinci dari sudut perbezaan kontekstual (siyaq) dalam memahami pentafsiran ayat-ayat mutashabihatlafaz tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis aspek kontekstual dalam memahami pentafsiran perbezaan lafaz dan kalimah yang berlaku di dalam ayat-ayat mutashabihatlafaz terpilih. Kajian ini dibina berdasarkan metodologi kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dalam memilih sebahagian ayat-ayat mutashabihatlafaz sebagai bahan kajian dan seterusnya menggunakan kaedah analisis teks terhadap kitab-kitab tafsir dan karya-karya berkaitan dalam mengenal pasti aspek kontekstual dalam memahami pentafsiranyang mendasari perbezaan yang berlaku dalam ayat-ayat tersebut. Antara dapatan penting kajian ini ialah terdapat beberapa jenis kontekstual yang mempengaruhi perbezaan lafaz dalam ayat-ayat mutashabihatlafaz iaitu; kontekstual umum yang dibawa oleh surah, kontekstual khas yang dibawa oleh potongan tema kumpulan ayat dan kontekstual khusus dibawa oleh sesuatu ayat. Pemahaman kontekstual ini dapat membantu secara khususpelajar aliran tahfizyang menghadapi kesukaran dalam mengingati ayat–ayat mutashabihatlafaz yang memerlukan kaedah khusus untuk mengingatinya, di samping ia dapat membantu umat Islam secara umumnya dalam memahami makna perbezaan lafaz ayat al-Quran melalui perbezaan kontekstual yang berlaku - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tajzi ah al-Quran: Kajian Terhadap Periwayatan al-Dani, al-Sakhawi dan al-Safaqusi serta Amalan Semasa Percetakan Mushaf(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019)Abd Muhaimin bin AhmadTajzi`ah al-Quran berperanan dalam penandaan kadar bacaan dan hafazan al-Quran. Terdapat perbezaan periwayatan tajzi`ahal-Quran di kalangan para ulama’ dan qurra’di dalam karya-karya mereka. Bahkan perbezaan ini turut dilihat dalam percetakan mushaf al-Quran pada hari ini. Justeru kajian ini akan menganalisis periwayatan tajzi`ahal-Quran di dalam karya-karya ulama’ dengan menjadikan al-Bayan fi `Addi Ayi al-Qurankarya al-Dani, Jamal al-Qurra’ wa Kamal al-Iqra’karya al-Sakhawi dan Ghaith al-Naf’ fi al-Qira`at al-Sab’karya al-Safaqusisebagai bahan kajian. Seterusnya kajian ini membandingkan periwayatan ini dengan amalan semasa tajzi’ah al-Quran dalam percetakan Mushaf al-Quran di Mujamma’ Malik al-Fahddi Madinah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan dengan melakukan analisis deskriptif dan perbandingan terhadap teks yang meriwayatkan tajzi`ahal-Quran dan juga amalan semasa dalam mushaf cetakan masa kini. Kajian ini mendapati bahawa sebahagian besar periwayatan tajzi’ahtersebut (20 juzuk) adalah disepakati oleh ketiga-tiga karya ini dan ia juga selari dengan tajzi’ahdi dalam mushaf Madinah. Sebahagian periwayatan tajzi’ahini tidak disepakati dan tajzi’ahmushaf Madinah adalah selari dengan salah satu periwayatan tersebut (9 juzuk). Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat satu tajzi’ahyang tidak disepakati oleh karya-karya ini dan tajzi’ah di dalam mushaf Madinah bagi juzuk tersebut tidak selari walau dengan salah satu periwayatan.