Browsing by Author "Abd. Hakim Mohad"
Now showing 1 - 10 of 10
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adat Perkahwinan Etnik Murut Di Sabah: Satu Paparan Awal(Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam, 2007) ;Asmiaty AmatAbd. Hakim Mohad - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Agama Dan Budaya Berpisah Tiada: Tinjauan Terhadap Masyarakat Murut Tahol Di Sabah(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017) ;Abd. Hakim MohadRos Aiza Mohd MokhtarAgama dan budaya adalah dua elemen penting dalam kehidupan masyarakat Murut Tahol di Sabah. Walaupun zaman sentiasa berubah dan bersilih ganti, kedua-dua elemen ini masih kekal dan berjalan seiringan memperkukuh jati diri etnik ini. Apa yang menarik di sini ialah perubahan agama dan kepercayaan tidak menjadikan budaya mereka terpinggir atau ditinggalkan. Apakah rahsianya? Makalah ini akan membincangkan tentang keupayaan masyarakat Murut Tahol mengekalkan amalan budayanya walaupun pegangan agama mereka telah berubah daripada animisme kepada Kristian. Ulu Tomani, Daerah Kecil Kemabong, Tenom, Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat ini mempunyai kekuatan untuk membuat pilihan tentang apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan budaya tradisionalnya dalam kerangka kepercayaan yang baharu. Dengan lain perkataan mereka adalah agen kepada perubahan masyarakatnya sendiri atau disebut sebagai localized social change. Keupayaan inilah yang menjadikan masyarakat Murut Tahol masih dapat mengekalkan amalan budayanya seperti adat merisik (pamalaan), adat pertunangan (antamong), adat perkahwinan (ahuot), adat menghantar berian akhir (tinauh), dan adat mencuci benih padi (amparawak ra Vivit). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication An Alternative Education Centre For Teaching Staff In The Continuity Of Education Among The Rohingya Community In Malaysia(International Journal of Innovation, Creativity and Change, 2021) ;Mohd Irfan Mohd Terina ;Abd. Hakim MohadRos Aiza Mohd MokhtarThis article explains the role and participation of the teaching staff from alternative education centres in Malaysia. Statistics record the ever-increasing number of Rohingya Muslims in Malaysia. Thus, non-governmental organisations (NGO) have taken the initiative to establish alternative education centres, appointing volunteers as teaching staff. Studies found the NGO-appointed teaching staff play a comprehensive role in developing human capital among the risk community 1 , such as the Rohingya Muslims, who have been in Malaysia since 1995. Four categories of NGOs with different backgrounds worked to rescue this risk community with the help of volunteer teaching staff. The teaching staff have introduced several variations and approaches to establish alternative education centres, and these variations are explored for the first time in this article. Based on this research, alternative methods and continuity is necessary to prevent education dropouts, in line with the moral development of a civilised society. The teaching staff are a key driving element to the importance of education focussed on the Rohingya Muslims. This article concludes that education scholars and policy makers must formulate education methods and variations according to academic and practical results - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dakwah Islam Di Sabah, Malaysia: Satu Eksplorasi Awal(Minda Masagi Press, 2016) ;Abd. Hakim Mohad ;Kasim MansurRos Aiza Mohd MokhtarIsu dakwah di Sabah, Malaysia adalah antara yang menarik perhatian ramai pengkaji. Sementara itu, secara hakikat, Sabah merupakan sebuah negeri yang amat terkenal dengan sikap toleransi masyarakatnya yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Di saat masyarakat Islam dan Kristian di Semenanjung Malaysia berselisih faham tentang penggunaan kalimah Allah, masyarakat di Sabah masih mampu bertenang dan menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam diam, Sabah mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dari segi bilangan orang yang memeluk Islam. Ironinya, kebanyakan mereka adalah dari penganut agama Kristian. Berdasarkan kepada dua fakta ini, tentunya hal berkaitan aktiviti dakwah di Sabah wajar untuk dikongsikan. Penelitian ini membincangkan tentang peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan agama Islam, seperti JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah), MUIS (Majlis Ugama Islam Sabah), dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) berkaitan aktiviti dakwah. Selain itu, perbincangan tentang cabaran dakwah juga disentuh secara sepintas lalu; diikuti dengan tinjauan tentang program-program peng-Islam-an yang dijalankan. Akhir sekali, penelitian ini membuat refleksi terhadap usaha dakwah yang telah dijalankan. Meskipun perbincangan dan hasil kajian yang dilakukan pada 2008, namun perkembangan terkini juga diambil perkiraan dalam penulisan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fatwa Pembedahan Pertukaran Jantina Di Malaysia(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2018) ;Rosdiana Onga ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd. Hakim MohadPada dasarnya Islam mengiktiraf jantina biologi manusia iaitu samaada lelaki ataupun perempuan. Namun begitu, masalah kecelaruan identiti gender yang dialami oleh sesetengah kelompok yang dikenali sebagai transeksual seringkali dikaitkan dengan pembedahan untuk menukar jantina. Di Malaysia, perbahasan berkenaan isu penukaran jantina telah ditetapkan hukumnya melalui Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan pembedahan untuk menukar jantina kecuali dalam situasi khunsa. Kertas ini bertujuan memberikan pendedahan berkenaan fatwa yang menerima dan menolak pertukaran jantina dengan memberi fokus kepada alasan penerimaan dan penolakannya. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan. Perbahasan mengenai isu pertukaran jantina menunjukkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hanya membenarkan khunsa untuk melakukan penyempurnaan jantina yang tidak jelas. Hal ini berbeza dengan mukhannas yang telah jelas jantina mereka dan tidak memerlukan sebarang perubahan kerana dianggap mengubah ciptaan Allah swt. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manusia Dan Peranannya: Pandangan Ali Shariati (1933-1977)(Penerbit Universiti Malaysia Sabah, 2010) ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd. Hakim MohadKeistimewaan yang ada pada manusia adalah kerana wujudnya kombinasi keseluruhan kejadiannya yang unik. Unsur seperti roh, jasad, akal, nafsu,jiwa,citarasa, akhlak, budi dan segala yang wujud pada diri manusia, memungkinkan ia menjadi khalifah dibumi. Justeru itulah pelbagai pandangan telah diutarakan oleh sarjana dari Timur mahupun Barat sejak dahulu hingga kini berkenaan manusia. Sehubungan dengan itu, kertas ini akan mengupas persoalan manusia menurut pandangan Ali Shariati. Perbincangan berkisar kepada konsep asal kejadian manusia,peranan dan misi golongan intelektual dalam masyarakat dan dalam masa yang sama menyentuh peranan manusia yang harus diambil iktibar daripada ritual ibadat haji. Pandangan Ali Shairati dipilih kerana beliau merupakan seorang tokoh yang berpegang kuat pada konsep Tawhid dan dalam masa yang sama, berfikiran moden dan terbuka, yang mana beliau menerima aspek-aspek positif daripada tradisi masyarakatnya, Barat dan Marxisme. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Murut Tahol Culture in Sabah: The Historical Journey and Challenges(Canadian Center of Science and Education, 2016) ;Abd. Hakim Mohad ;Sarjit S Gill ;A. T. TalibPuvaneswaran KunasekaranThe Murut Tahol community is one of the few well conserved indigenous groups in Sabah. This community is known for being a community that has its own distinctive identity. Although they were ruled by various administrations like the British North Borneo Charted Company (BNBCC) since 1881 till 1941, the Japanese Ruling (1946-1962), the era of post-independence since 1963; they are still holding adamantly to their traditional culture. The arrival of religious influences like Christianity started since the 1950s also did not distance themselves with their community's culture. Therefore, this has proven the ability of the Murut Tahol community to ensure their traditional cultures are preserved. Research that has been done on the Murut Tahol community in Kampung Alutok, Ulu Tomani, shows that the community is making adaptations to its culture so that it can be on par with the religion they have adopted and that it is well-suited with the passing of time. Therefore, their culture has always been relevant to the time and conditions of their community. The interesting thing about this community is their ability to separate cultural landscape that cannot be changed with the cultural practices that can be flexible; subsequently making their own choices on the cultural aspect that needs to be preserved or otherwise. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Religious Practices Of Deaf Muslims In Malaysia: A Case Study At The Special Education School(Minda Masagi Press, 2018) ;Abd. Hakim Mohad ;Ros Aiza Mohd MokhtarNizaita OmarThe religious practice in everyday life is part of the manifestation of religion and belief of every human being. Within the Islamic context, for example, religious practices must be one that stems from the Islamic religious laws. All Muslims, including the deaf, need to perform their religious obligations within their abilities. However, not much attention is given to people with disability, such as the deaf, with regards to observing their religious practices and in understanding the related problems that they face. This article serves to explain religious practices of the deaf Muslims through a research conducted at a Special Education School (for the Deaf) in Kota Kinabalu, Sabah and the Activity Centre, Society for the Welfare of the Deaf in Terengganu, Malaysia. This study employs the survey method, which uses the questionnaire as an instrument for data collection. Among the aspects of religious practices observed are acts of worship like prayer and fasting, as well as general practices like eating habits, and ways of dressing. The study showed that the hearing impaired also perform religious practices in their daily life, although a majority of them are unable to perform them completely. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tajau Dan Peranannya Dalam Budaya Masyarakat Murut Di Tenom, Sabah.(Universiti Perguruan Sultan Idris, 2005)Abd. Hakim MohadPerkataan 'Murut' di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau di tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku Du?un. Sebagaimana masyarakat atau etnik Du?un di Sabah, suku kaum ini juga mendapat gelaran atau nama daripada pendatang luar. Mengikut Pollardl , istilah Murut berasal daripada akar kata 'purut' iaitu 'berian '2. Namun ada juga pengkaji yang mengatakan bahawa perkataan 'purut' itu diperolehi daripada perkataan 'burut' iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan berubi yang menjadi kegemaran masyarakat ini. Sebelum wujudnya nama 'Murut' ini, suku etnik ini dikenali dengan pelbagai nama mengikut alam sekeliling tempat mereka menghuni. Contohnya, Prentice (1965: 27) menggelarkan suku kaum ini sebagai 'hill people' atau orang bukit, justeru mereka mendiami kawasan-kawasan lereng dan perbukitan. Whelan (1970:44) pula menggelarkan mereka sebagai man ofwoodkerana lokasi petempatan mereka ialah kawasan hutan rimba. Walau apapun gelaran yang diberikan, kini masyarakat yang dimaksudkan ini memiliki satu nama yang dikenali sebagai suku kaum Murut. Golongan ini menghuni di tiga kawasan utama di Bahagian Pedalaman (Barat Daya Sabah) iaitu Tenom, Keningau dan Pensiangan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Awal Mengenai Perlaksanaan Program Perpaduan Dalam Kalangan Ahli Ngo Berteraskan Islam Dan Bukan Islam Di Selangor.(Faculty of Islamic Civilisation Studies, KUIS, 2022) ;Mohd Irfan Mohd Terin ;Abd. Hakim MohadRos Aiza Mohd MokhtarPerpaduan merupakan agenda penting yang dicetuskan dalam Rancangan Malaysia ke -12, bicara perpaduan sentiasa menjadi sebahagian daripada hala tuju Malaysia ke arah negara maju. Dalam bidang sosial, terutamanya di peringkat Badan Bukan Kerajaan (NGO), hampir semua program yang berkaitan dengan sukarelawan dilakukan perlu mempunyai elemen perpaduan dan kesepaduan sosial. Walaupun elemen perpaduan mempunyai pelbagai cabaran terutama apabila membabitkan NGO berteraskan Islam dan bukan Islam, namun kaedah diversiti terhadap intergerasi program perpaduan ini merupakan sesuatu yang baru perlu di adaptasi bagi setiap NGO. Oleh itu, kajian awal ini dijalankan terhadap NGO di Selangor tentang perlaksanaan program perpaduan. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang akan meninjau pandangan responden dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian menggunakan kaedah pensampelan rawak dan responden adalah terdiri daripada 193 orang ahli NGO yang mengikuti program perpaduan di Selangor. Data yang dikumpul dianalisis dan akan diberikan interpretasi mengikut nilai min. Kajian mendapati bahawa ahli NGO di Selangor berpandangan bahawa perlaksanaan program perpaduan adalah sederhana dengan skor min 4.38 (sp=.627). Oleh itu, terdapat ruang yang boleh ditambah baik agar program perpaduan dapat berjalan dengan efisyen di masa hadapan.