Browsing by Author "Abd. Hakim Mohad @ Mohamad Ramli"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Corruption Perception Index (CPI)- Satu Tinjauan Awal di Malaysia(USIM Press, 2023-11-30) ;Nurul Liliy Suzani JalalAbd. Hakim Mohad @ Mohamad RamliIndeks Persepsi Rasuah adalah penilaian dan kajian yang dijalankan hingga menghasilkan sebuah laporan yang di laksanakan oleh Transparency International yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bertaraf antarabangsa. Indeks ini atau lebih dikenali dengan singkatannya iaitu CPI (Corruption Perception Index) adalah tertumpu kepada persepsi responden berikutan pengalaman mereka dalam berurusan dengan sektor awam sebuah Negara.Walaubagaimanapun, dapat dilihat kedudukan CPI Malaysia bermula pada tahun 2017 pada kedudukan 62 yang tidak stabil.Pada tahun 2021, Malaysia sekali lagi berada ditempat ke 62 daripada 180 negara dengan skor 48 mata. Secara keseluruhan, penilaian dari CPI meliputi dari sektor-sektor yang penting seperti kerajaan, perniagaan dan sektor swasta, dan juga dari perspektif pengurusan kewangan dan perolehan. Pada tahun 2021, Malaysia sekali lagi berada ditempat ke 62 daripada 180 negara dengan skor 48 mata.Pelaksanaan artikel ini dengan menggunakan kaedah literature review iaitu memerhati dan mengkaji secara perspektif pembinaan sosial, khususnya melalui kaedah ini digunakan untuk mendapatkan gambaran tentang skor CPI dari tahun ke tahun. Satu tinjauan awal dalam kajian ini dilaksanakan bagi meneliti secara terperinci penilaian Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia dari segi pencapaian CPI di Malaysia. Dapatan kajian dapat disediakan secara keseluruhan bagi melihat kajian-kajian lepas berkenaan pencapaian CPI sama ada dalam kedudukan yang lebih baik atau tidak stabil hingga memberi kesan terhadap sesebuah negara. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Golongan Muda Dalam Perubahan Agama Masyarakat Murut Tahol Di Sabah(Institute for Youth Research Malaysia, 2014) ;Abd. Hakim Mohad @ Mohamad Ramli ;Ahmad Tarmizi TalibFatahyah YahyaGolongan muda merupakan golongan yang paling dinamik dalam sesebuah masyarakat. Kekuatan fizikal dan mental yang mereka miliki serta keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara menjadikan golongan ini sentiasa aktif meneroka apa juga kemungkinan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, golongan muda lazimnya memainkan peranan penting dalam memacu perubahan dalam masyarakatnya. Masyarakat Murut Tahol misalannya telah meninggalkan kepercayaan tradisional, dan menganut agama Kristian hasil daripada dinamika golongan mudanya. Makalah ini akan membincangkan tentang perubahan agama masyarakat peribumi Sabah ini serta peranan yang dimainkan oleh golongan mudanya. Hal ini menarik untuk ditonjolkan memandangkan isu agama dan kepercayaan biasanya dikuasai oleh golongan tua; tetapi golongan muda masyarakat ini berjaya membuktikan sebaliknya. Apakah yang telah mereka lakukan bagi meyakinkan masyarakatnya untuk meninggalkan kepercayaan tradisi nenek moyang yang telah dianuti sejak turun temurun, dan menganut satu agama baharu. Maklumat dan perbincangan dalam makalah ini adalah hasil kajian yang dilakukan di Ulu Tomani, Sabah. Selain daripada korpus perpustakaan dan temu bual informan penting, kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta untuk mendalami masyarakat yang dikaji.