Browsing by Author "Abd. Hakim Mohad [Supervisor]"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan dan Penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam Memupuk Perpaduan Nasional di Semenanjung Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2023-09)Mohd Irfan Bin Mohd TerinPenglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memupuk perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di Malaysia dilihat semakin ketara. Kedudukan NGO sebagai pihak ketiga (meso) perlu memainkan peranan mereka khususnya dalam program yang diadakan bagi memupuk perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di Semenanjung Malaysia. Rancangan Malaysia Ke-12 menumpukan usaha perpaduan melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan kerjasama NGO untuk memperkasakan perpaduan nasional dan mengangkat kembali rukun negara yang menjadi tulang belakang terhadap pemerkasaan perpaduan negara. Di samping itu, Rancangan Malaysia Ke-11 telah memfokuskan agenda pengukuhan kesepaduan sosial dan perpaduan nasional dengan menyediakan platform berkongsi pengalaman, nilai dan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat di Semenanjung Malaysia berlandaskan perlembagaan persekutuan. Malangnya, isu-isu berkaitan perpaduan melibatkan konsep ketiadaan pengasingan sosial, interaksi dan hubungan serta perkongsian nilai dan interpretasi kurang diamalkan dalam masyarakat di negara ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh NGO yang dikaji dalam memupuk perpaduan nasional, mengenal pasti input atau pengisian dalam program yang dianjurkan oleh NGO yang dikaji, menganalisis keberkesanan program NGO dalam memupuk perpaduan nasional berdasarkan perspektif peserta yang menyertai program NGO tersebut dan menghasilkan model peranan NGO dalam memupuk perpaduan nasional. Kajian ini menggunakan kaedah campuran (mix-method). Antara NGO yang terlibat sebagai responden adalah melibatkan tiga bangsa utama di Negara ini iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual informan penting. Borang soal selidik diedarkan kepada 569 individu yang pernah menyertai program anjuran NGO yang dikaji, bagi mendapatkan pandangan mereka tentang program yang dihadiri. Manakala temu bual adalah terdiri daripada 17 informan bertujuan untuk mendapat maklumat terperinci tentang latar belakang NGO, program yang dilaksanakan, pencapaian dan cabaran yang dihadapi. Dapatan kajian menunjukkan NGO yang dikaji memainkan peranan dalam memupuk perpaduan nasional iaitu NGO tersebut menerapkan elemen kesepaduan dan perpaduan ke dalam program-program yang dianjurkan. Kajian ini amat penting memandangkan data yang diperoleh dapat membantu merencanakan program yang bersesuaian bagi mengangkat agenda perpaduan menerusi penglibatan NGO di negara ini.