Browsing by Author "Abdul Ghani Md Din"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penterjemahan Buku Agama Berbahasa Arab Di Indonesia Dan Malaysia: Kajian Perbandingan(Kulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMS, 2020) ;Ummu Hani Abas ;Mohd Azizul Rahman ZabidinAbdul Ghani Md DinKerancakan kegiatan terjemahan buku-buku agama berbahasa Arab di Indonesia dilihat amat ketara berbanding di Malaysia yang hanya mencatat bilangan yang amat sedikit. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah motivasi atau motif yang mendorong kerancakan kegiatan terjemahan terhadap buku-buku agama berbahasa Arab di Indonesia dan apakah faktor yang menyumbang kepada kelambatan terjemahan buku berbahasa Arab di Malaysia. Berdasarkan penelitian yang dibuat, banyak kajian dalam bidang terjemahan melibatkan penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa Melayu seperti bahasa Thai-Melayu, Cina-Melayu dan Perancis-Melayu. Manakala kajian terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa melayu amat sedikit. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen, artikel-artikel dan kajian-kajian tentang terjemahan buku berbahasa Arab di Indonesia dan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motif ideologi dan pendidikan menjadi faktor utama kepada penterjemah di Indonesia untuk terus-menerus melakukan aktiviti terjemahan. Selain itu, motif ekonomi juga turut mendorong penterjemah dan penerbit rancak menterjemahkan dan menerbitkan buku-buku agama.Walau bagaimanapun, di Malaysia terdapat beberapa cabaran dan kekangan yang menyebabkan kelewatan aktiviti terjemahan dan penerbitan buku-buku agama seperti adanya proses penapisan dan kawalan yang ketat terhadap penerbitkan buku-buku berbentuk fahaman dan idealogi agama. Selain itu didapati bahawa kegiatan penerbitan lebih tertumpu terhadap hasil penulisan jurnal ilmiah dalam institusi pendidikan berbanding terjemahan buku-buku sehingga menyebabkan aktiviti terjemahan menjadi agak perlahan. Di samping itu berlakunya pengurangan dana danstrategi pemasaran yang lemah turut memberi kesan kepada industri buku negara. Namun begitu, aktiviti terjemahan buku-buku agama tidak harus dipandang sepi.Perhatian serius pelbagai pihak perlu untuk menanggani masalah-masalah tersebut bagi memastikan karya-karya ulung dunia mampu diterjemahkan dengan baik dan menarik lebih ramai penggiat karya terjemahan menceburi bidang ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication دلالة تربوية في مجيئ الاسم ظاهرا وضميرا في أحاديث الأربعين النووية(USIM Press, 2021) ;Ummu-hani Binti Abas ;Azlan Bin Shaiful Baharum ;Mohamed Ibrahim Hassan OthmanAbdul Ghani Md DinThis research aims to study the educational significance of the advent of an explicit noun and implicit noun in the Hadiths of al-Arba'in al-Nawawi which represents a problem among readers to understand deeply the meaning of Hadith. This research described an explicit noun and implicit noun and analyzed it from syntactic and educational semantic sides. The study has reached some results: An explicit noun indicated concern and care, signify specialization and honor. An implicit noun came to show concealment, to attract attention and proximity, to specialize and intensity of care and attention.