Browsing by Author "Abdul Manan bin Ismail"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fatwa Sebagai Mekanisme Pencegahan Penularan Pandemik Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020)Abdul Manan bin IsmailFatwa merupakan salah satu mekanisme penting untuk mencegah penularan pandemik seperti Covid-19. Pandemik Covid-19 yang dikesan pada penghujung tahun 2019 telah membentuk norma dan kelaziman baharu dalam kehidupan manusia. Pencegahan terhadap penularan pandemik ini menuntut kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi fatwa. Artikel ini menganalisa kekuatan, ciri-ciri dan peranan yang ada pada sesuatu fatwa yang membolehkan ia berfungsi sebagai salah satu mekanisme pencegahan penularan pandemik Covid-19. Kaedah kualitatif melalui analisa dokumen khususnya penulisan dan fatwa para ulama menjadi asas penulisan ini. Hasil kajian mendapati bahawa fatwa sememangnya akan menjadi pemangkin dalam membantu pencegahan penularan Covid-19 jika sekiranya ia dikeluarkan dengan teliti dan cermat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepakaran Perubatan Dalam Proses Mengeluarkan Fatwa Perubatan Di Malaysia: Analisa Fatwa Terpilih(Universiti Sains Islam Malaysia, 2007) ;Irwan bin Mohd Subri ;Abdul Manan bin IsmailSyaryanti HussinThis article discusses the opinions of several fatwas concerning medical issues that involved medical experts. It tries to examine the cooperation between the National Fatwa Council (Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan) and medical experts in issuing certain fatwas on medical issues to see whether the views of medical experts have been taken into consideration before issuing any fatwa. The research focuses on fatwa related to medical issues that have been decided by the National Fatwa Council. The study shows that there is a close cooperation between both parties. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Langkah Pencegahan Sars(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Irwan bin Mohd Subri ;Abdul Manan bin Ismail ;Arif Fahmi bin Md Yusof ;Syed Ahmad Tarmizi bin Syed OmarMohd Fauzi bin Mohd AminWabak SARS yang melanda seluruh dunia menimbulkan suasana takut kerana ia sejenis virus berbahaya yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Pelbagai cara telah diambil oleh negara- negara yang dilanda wabak ini termasuk Malaysia bagi mencegah wabak ini dari terus menular. Kes ini membincangkan berkenaan langkah-langkah pencegahan yang wajar diambil dalam menangani wabak SARS. Seterusnya ia juga membincangkan adakah langkah- langkah pencegahan ini menepati maslahah syarak atau tidak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Ijtihad Jama'I dalam Pengharmonisasian Ikhtilaf Fuqaha(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Syed Salim bin Syed ShamsuddinAbdul Manan bin IsmailPerbezaan pendapat dalam permasalahan fikah (ikhtilaf fiqhi) yang berlaku dalam kalangan fuqaha dan mujtahid merupakan satu lumrah dalam syariat Islam. Kepelbagaian pendapat dan pandangan ini jika dikumpulkan akan dapat menghasilkan buah fikiran yang lebih bernas dan baik sekaligus dapat menyatukan kepelbagaian tersebut demi mengharmonisasikan percanggahan yang berlaku. Artikel ini menghuraikan pendekatan ijtihad secara kolektif (ijtihad jama‘i) sebagai wadah untuk mencari titik pertemuan di antara ikhtilaf yang berlaku dalam fikah. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen terhadap karangan para ulama terdahulu dan terkini yang berkaitan dengan permasalahan ikhtilaf dan ijtihad. Hasil kajian menunjukkan perbezaan dan percanggahan pendapat dalam kalangan fuqaha ini diterima selagi ia mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan serta tidak membawa kepada perpecahan sesama masyarakat. Selain itu, didapati bahawa ijtihad jama‘i mampu menghimpunkan pandangan-pandangan tersebut yang akhirnya akan melahirkan pandangan yang sama atau hampir sama. Ini penting bagi menangani kepesatan teknologi dan penemuan-penemuan baharu yang semakin kompleks yang memerlukan kepada fatwa dan ijtihad baharu serta sesuai dengan keperluan semasa.