Browsing by Author "Abdul Muhsein Sulaiman"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajaran Guru Pendidikan Islam Di Kelas Inklusif: Fenomena Semasa Dan Keperluan Pembentukan Model(USIM Press, 2021-12) ;Suzana Harun ;Zaharah HussinAbdul Muhsein SulaimanPendidikan Inklusif merujuk kepada suatu program pendidikan yang memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana bersama murid aliran perdana. Pendekatan pendidikan inklusif adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, yang berinisiatif untuk meningkatkan enrolmen murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif. Terdapat banyak isu atau pemasalahan yang ditemui dalam kajian-kajian yang lepas berkaitan pengajaran dalam kelas inklusif di dalam negara. Salah satu isu yang ditemui dalam kelas inklusif ialah berkaitan pengajaran guru mata pelajaran arus perdana dalam kelas inklusif untuk murid bekeperluan khas. Kertas konsep ini bertujuan untuk meninjau pengajaran Guru Pendidikan Islam dalam kelas Inklusif yang mendorong keperluan terhadap pembinaan model pengajaran inklusif. Kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan rekabentuk Design and Development Research (DDR). Implikasi kajian diharap dapat menyumbang kepada keperluan pembentukan model.