Browsing by Author "Abdul Qayuum Abdul Razak"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep 'Ismah Kenabian Menurut Badiuzzaman Said Nursi Berdasarkan Kitab Rasa’il An-Nur(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Muaz Mohd Noor ;S. Salahudin Suyurno ;Abdul Qayuum Abdul RazakMuhammad Faidz Mohd FadzilSifat ‘ismah atau pun maksum bagi para nabi dan rasul adalah sangat penting difahami oleh setiap generasi manusia. Ketidakfahaman yang jitu dalam hal ini menyebabkan kebarangkalian wujud persepsi negatif kepada para utusan Allah SWT dan ini merencatkan lagi proses penyebaran Islam secara tidak langsung. Justeru, artikel ini membuat tinjauan secara umum dan melihat secara khusus kepada pandangan Badiuzzaman Said Nursi berkenaan pengertian c ismah (maksum) dan juga melihat kepada hikmah serta tujuan keperluan ‘ismah ini bagi diri para nabi dan rasul. Antara metode penulis dalam kajian ini ialah merujuk langsung daripada kitab-kitab Rasail an-Nur, dan juga melalui sumber-sumber bacaan berkenaan konsep ‘ismah. Perbandingan daripada beberapa aliran pemikiran dalam Islam berkaitan perbahasan ini juga diketengahkan supaya kesamaran konsep ini terangkat dan dapat dijelaskan sebaiknya. Hasilnya, kita dapat mengenal pasti sudut pandang sebenar yang diterima pakai di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah menerusi perbincangan yang dikemukakan oleh tokoh mujaddid abad ke 20 ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin di Malaysia Menurut Perspektif Akidah(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Khairul Azhar Meerangani ;Adam Badhrulhisham ;Abdul Qayuum Abdul RazakMohammad Fahmi Abdul HamidIslam mempunyai kedudukan yang istimewa di Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, keistimewaan ini sama sekali tidak mengabaikan kepentingan bangsa dan agama lain sebagai manifestasi kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama. Pasca PRU-14 telah memperlihatkan bibit-bibit ketegangan mulai tumbuh sehingga membawa kepada lahirnya isu-isu sensitif, terutamanya berkaitan agama dan kaum. Maka, gagasan Rahmatan lil ‘Alamin (RLA) telah diperkenalkan sebagai suatu pendekatan dalam mengharmonikan kemajmukan masyarakat secara inklusif. Walau bagaimanapun, pemaknaan konsep rahmah yang masih kabur telah menimbulkan kekeliruan khususnya melibatkan interaksi Islam dengan agama-agama lain di Malaysia. Kajian bertujuan menganalisis pendekatan rahmatan lil ‘alamin di Malaysia berdasarkan perbahasan para sarjana akidah. Dapatan seterusnya dianalisis secara induktif dalam merangkumkan perspektif sebenar konsep ini selaras dengan prinsip akidah Islam. Pemahaman yang jelas dan penerimaan terhadap kedudukan istimewa Islam merupakan kunci utama dalam mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan agama yang lebih harmoni dan bertanggungjawab. Penerapan nilai rahmatan lil ‘alamin seharusnya dilaksanakan dengan menjadikan agenda mendaulatkan kedudukan Islam di Malaysia sebagai tema utama gagasan ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perbezaan Teori Kitaran Ibn Khaldun dan Malek Bennabi dalam Aspek Intelektual(Penerbit USIM, 2024) ;Abdul Qayuum Abdul Razak ;Adlina Ab. Halim ;Zaid AhmadNormala OthmanArtikel ini bertitik tolak dari kenyataan Fawzia Bariun dan Abdelaziz Berghout yang menyebut bahawa kedua-dua teori kitaran Ibn Khaldun dan Malek Bennabi mempunyai persamaan. Abdelaziz Berghout menyatakan persamaan yang dimaksudkan ialah dalam dari sudut pendekatan dan analisis ‘psikologi’ masyarakat. Namun artikel ini mengambil pendekatan sebaliknya iaitu untuk menganalisis perbezaan teori kedua-dua tokoh dalam aspek intelektual. Oleh itu, pengkaji menggunakan metodologi meta-teori Mu Ritzer untuk menganalisis aspek aspek intelektual ini dengan lebih mendalam. Perbezaan boleh dilihat dalam aspek falsafah, kerangka dan pendekatan, konsep dan alat analisis yang digunakan kedua-dua tokoh.