Browsing by Author "Abdul Rahman, N. N."
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Kaedah Penyelidikan Moden dalam Fatwa Semasa(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Mohd Shah, M. F.Abdul Rahman, N. N.Fatwa bukan sahaja bersifat jawapan kepada persoalan yang diajukan tetapi juga penyelesaian terhadap kemusykilan yang berlaku dalam masyararat Islam. Oleh itu, jawapan yang diberikan seharusnya berlandaskan kepada penyelidikan hukum yang kukuh dengan mengambil kira bentuk kajian semasa. Artikel ini bertujuan menjelaskan kaedah yang perlu dipraktikkan oleh seseorang mufti dalam melakukan penyelidikan fatwa bagi menangani isu-isu semasa yang timbul. Artikel ini disediakan berasaskan kajian kepustakaan yang dilakukan dengan menganalisis pandangan para ulama tradisi dan semasa sewaktu mereka membincangkan langkah-langkah yang perlu dilalui sebelum fatwa diputuskan. Hasil kajian mendapati bahawa para ulama telah membincangkan langkah-langkah penting dalam menyelesaikan sesuatu persoalan berdasarkan realiti yang berlaku namun ianya perlu ditranformasikan dengan mengambil kira kaedah penyelidikan semasa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manhaj Takhrij dan Aplikasinya kepada Kitab Minhaj Al-Talibin: Satu Tinjauan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Fadzil, A. F. ;Abdul Rahman, N. N.Rosele, M. I.Ilmu takhrij merupakan antara ilmu yang penting dalam pengajian usul fiqh. Ilmu ini merupakan salah satu metod untuk mengeluarkan hukum bagi sesuatu masalah. Namun pendedahan ilmu takhrij ini didapati kurang diketengahkan khususnya di Malaysia. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan konsep ilmu atau manhaj takhrij dan kedudukannya dalam perbendaharaan fiqh. Selain itu, kajian ini akan menjelaskan bagaimana manhaj takhrij ini boleh diaplikasikan berasaskan kitab Minhaj al-Talibin. Kajian ini jelas mendapati kepentingan ilmu takhrij khususnya dalam pengeluaran hukum dan fatwa. Ia perlu difahami dan dipraktiskan oleh setiap penyelidik hukum Islam bagi memastikan isu-isu dan persoalan semasa dapat diselesaikan dengan baik - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemindahan Organ Reproduktif daripada Perspektif Fatwa Semasa(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Hamdan, M. N. ;Ramli, M. A. ;Abdul Rahman, N. N.Zulbahri, A. A. I.Perkembangan teknologi perubatan pada hari ini telah memberikan sinar kepada pelbagai penyakit yang sukar untuk dirawat. Dalam rawatan kesuburan misalnya, teknologi terkini sudah mampu menawarkan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan organ reproduktif. Penulisan ini akan membincangkan tentang jenis pemindahan organ reproduktif dan hukum-hukumnya dengan melihat kepada fatwa-fatwa yang telah diberikan oleh ulama kontemporari dan badan fatwa berautoriti di seluruh dunia. Terdapat dua jenis organ reproduktif, iaitu organ yang memindahkan maklumat genetik seperti testis dan ovari, dan organ yang tidak membawa sebarang maklumat genetik seperti rahim, tiub fallopio, faraj dan zakar. Majoriti ulama mengharamkan pemindahan dari jenis pertama kerana ia termasuk di bawah hukum mengubah ciptaan allah swt yang dilarang olehnya, di samping larangan nabi saw dari melakukan amalan mengkasi. Manakala pemindahan dari jenis kedua, majoriti mereka mengharuskannya dalam keadaan darurah dengan pengecualian aurat mughallazah, iaitu faraj dan zakar dengan alasan ia tidak melibatkan sebarang pemindahan genetik. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaruh Perbezaan Realiti Ekonomi, Politik, Demografi dan Perundangan Terhadap Penetapan Fatwa di Malaysia dan Singapura(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Abdul Rahman, N. N. ;Dato Dahaman@Dahlan, M. A.Muhammad Najib AbdullahManusia sentiasa berhadapan dengan unsur-unsur perubahan dan perbezaan merentasi masa, tempat dan keadaan. Unsur-unsur ini meliputi pelbagai aspek kehidupan sama ada ekonomi, politik, sosial, budaya dan lain-lain yang melibatkan struktur, fungsi, lembaga, pandangan hidup dan sikap manusia dalam masyarakat. Setiap unsur-unsur ini mempunyai pengaruh yang memberi kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat manusia. Kesan ini turut melibatkan proses penetapan fatwa sebagai medium pemakluman hukum Islam terhadap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat. Perbezaan yang wujud di antara Malaysia dan Singapura terutama yang menyentuh faktor sosio-ekonomi, sosio-politik, sosio-demografi dan sosio-perundangan yang melatari kehidupan masyarakat Islam dilihat cukup berpengaruh dan memberi kesan kepada penetapan fatwa di kedua-dua negara.