Browsing by Author "Abdul Shukor, S."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembuktian Melalui Televisyen/ Kamera Litar Tertutup (CCTV) Dalam Kes-Kes Jenayah: Tinjauan Umum Berdasarkan Undang-Undang Keterangan Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Wan Ismail, W. A. F. ;Abdul Shukor, S. ;Hashim, H.Baharuddin, A. S.Televisyen/ Kamera Litar Tertutup (Closed-Circuit Television) atau singkatannya CCTV diklasifikasikan sebagai dokumen elektronik. Sebarang rakaman elektronik, berdasarkan� tafsiran dalam Seksyen 3, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 adalah termasuk dalam kategori dokumen dan diguna pakai sebagai salah satu kaedah pembuktian �termasuk dalam kes-kes jenayah. Pada 12 Julai 2017, satu pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan terhadap Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang memperuntukkan pegawai Penguat kuasa Agama Islam Negeri Kelantan untuk menggunakan gari terhadap suspek dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan bagi kes-kes jenayah termasuk zina, qazaf dan seumpamanya. Kertas kerja ini akan membincangkan pembuktian melalui CCTV dalam kes-kes jenayah Hudud, Qisas dan Takzir berdasarkan undang-undang Keterangan Islam. Perbincangan juga akan melihat sejauh manakah CCTV ini dapat dijadikan bahan bukti dan apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) �yang perlu dilalui oleh pihak tertuduh mahupun pendakwa sebelum ia diterima sebagai bahan bukti bagi mensabitkan pertuduhan yang telah dibuat di dalam mahkamah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Melindungi Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Malaysia: Satu Tinjauan Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016)Abdul Shukor, S.Undang-undang berkaitan tanggungjawab ibu bapa bukanlah suatu konsep baru, dan ianya semakin mendapat tempat dalam polisi dan penggubal dasar berkaitan pentadbiran keluarga pada masa kini. Undang-undang mengenai tanggungjawab ibu bapa dianggap sebagai fenomena berkaitan dengan sejarah perundangan yang panjang di United Kingdom dan juga di Amerika Syarikat. Memandangkan kepada peningkatan bilangan wanita di Malaysia memasuki alam pekerjaan dan juga kadar perceraian yang dilaporkan semakin hari semakin bertambah di Malaysia, cabaran mendidik dan membesarkan anak oleh ibu bapa pada masa kini menjadi semakin sulit. Kebanyakan kajian sedia ada adalah berkaitan undang-undang tanggungjawab ibu bapa terhadap keadilan kanak-kanak atau juvana dalam kes jenayah. Namun begitu, masih belum banyak penyelidikan dilakukan dan membincangkan tentang apakah sebenarnya yang dikatakan undang-undang berkaitan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia? Bagaimanakah harus undang-undang bertindak balas terhadap pertumbuhan pesat dan cabaran-cabaran berkembang dalam hal-hal kekeluargaan hari ini? Penggubal dasar dan polisi juga harus mengkaji pelbagai faktor seperti keluarga, sekolah, budaya popular, agama dan pengaruh media massa dalam merencanakan dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan keluarga dan kanak-kanak. Artikel ini secara ringkas merujuk kepada falsafah dan ideologi di sebalik wujudnya undang-undang secara spesifiknya berkenaan tanggungjawab ibu bapa di bawah Undang-undang Inggeris. Dua aspek dibincangkan iaitu pertama, berkaitan dengan undang-undang berkenaan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak secara umum. Kedua, tanggungjawab ibu bapa terhadap pendidikan dan disiplin anak-anak di sekolah. Dalam menggariskan tanggungjawab ibu bapa di sisi undang-undang, penulis juga ingin menekankan keperluan untuk melihat dasar dan polisi yang menyokong ibu bapa dalam menjalani tanggungjawab mereka secara lebih positif, daripada menghukum ibu bapa dengan bertanggungjawab sepenuhnya akan perbuatan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang lalai menjalankan tanggungjawab mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka, pelbagai pendekatan harus diutarakan dan diperhalusi oleh penggubal polisi dalam menangani isu pengabaian tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 yang mengutarakan empat kandungan utama - Daftar Kanak-kanak, Perintah Khidmat Masyarakat (CSO), penjagaan berasaskan keluarga dan kenaikan penalti yang diwartakan pada akhir Julai 2016, diharapkan dapat memantapkan lagi perundangan berkaitan perlindungan kanak-kanak dan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia. Penulis juga mencadangkan agar undang-undang berkaitan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia perlulah dirujuk kepada aspek Undang-undang Islam (bagi mereka yang beragama Islam). Manakala, bagi ibu bapa yang bukan Islam, tanggungjawab ibu bapa perlu dilihat daripada aspek adat budaya setempat yang masih diamalkan sehingga kini. Secara tidak langsung, polisi-polisi yang diperkenalkan akan memantapkan lagi Dasar Keluarga Negara yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada Disember 2010 dan Dasar dan Pelan Tindakan Kanak-kanak Negara (2012) mengikut acuan dan persekitaran di Malaysia.