Browsing by Author "Afaf Sukari"
Now showing 1 - 11 of 11
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Literatur Sistematik Terhadap Penentuan Agihan Bantuan Kemiskinan Kepada Golongan B40 Di Malaysia(USIM Press, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Syed Salim Syed ShamsuddinZizi Azlinda Mohd YusofKenaikan insiden kemiskinan mutlak di Malaysia semakin meningkat apabila 20% isi rumah M40 beralih kepada B40 sepanjang waktu pandemik COVID-19 akibat kemelesetan ekonomi. Pelbagai usaha dijalankan bagi menangani kemiskinan sejajar dengan tunjang utama Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) iaitu pengukuhan keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti. Bagi mencapai objektif kesejahteraan negara dalam masa lima tahun sejak RMK-12 diperkenalkan, pendekatan yang proaktif perlu dilakukan secara terancang. Namun begitu, pelbagai pendapat telah dilontarkan bagi mentransformasikan inklusiviti B40 dalam kegiatan ekonomi terutamanya berkaitan agihan bantuan kemiskinan yang menjadi talian hayat mereka saban hari. Oleh itu, penilaian semula penentu agihan bantuan kemiskinan perlu dijalankan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin. Kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis berkenaan penentuan agihan bantuan kemiskinan kepada golongan B40 di Malaysia dengan menggunakan analisis literatur sistematik. Kajian ini menggunakan kaedah PRISMA iaitu dengan membuat carian artikel di pangkalan data Scopus dan My Jurnal secara sistematik sepanjang tempoh bermula 2021 hingga 2023. Data yang dikumpul telah dianalisis dan direkodkan dalam carta alir PRISMA. Sejumlah 52 artikel jurnal yang terpilih berkaitan dengan topik telah dibincangkan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati agihan bantuan kemiskinan yang baru mampu mengenalpasti faktor tekanan sara hidup rakyat miskin yang terjerat dalam golongan B40 selain membantu untuk meringankan beban kuasa ekonomi rakyat miskin. Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi gambaran dan perbincangan yang berguna serta menjadi rujukan kepada penyelidik dan ahli akademik yang lain berkenaan analisis sistematik terhadap penentuan agihan bantuan kemiskinan kepada golongan B40 dengan menggunakan metodologi PRISMA. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Literatur Sistematik Terhadap Peranan Penggunaan Logo Zakat Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat Korporat Di Malaysia(USIM Press, 2022) ;Afaf Sukari ;Azman Ab Rahman ;Syed Mohd Najib Syed OmarSetiyawan GunardiKutipan zakat korporat tahunan menduduki tempat kedua tertinggi selepas zakat pendapatan. Ini menunjukkan terdapat ruang bagi membolehkan jumlah kutipan zakat korporat dioptimumkan melalui inisiatif yang berkesan. Bagi meningkatkan kadar kutipan zakat korporat, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini telah memperkenalkan penggunaan logo zakat terhadap syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat korporat. Dengan itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis berkenaan peranan penggunaan logo zakat dalam meningkatkan kutipan zakat korporat di Malaysia dengan menggunakan analisis literatur sistematik. Kajian ini menggunakan kaedah PRISMA iaitu dengan membuat carian artikel di pangkalan data Scopus dan My Jurnal secara sistematik sepanjang tempoh bermula 2021 hingga 2022. Data yang dikumpul telah dianalisis dan direkodkan dalam carta alir PRISMA. Sejumlah 52 artikel jurnal yang terpilih berkaitan dengan topik telah dibincangkan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati kesedaran pembayaran zakat korporat berlaku peningkatan melalui pengenalan penggunaan logo zakat seperti yang diperkenalkan oleh pihak LZNK dan MAIWP. Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi gambaran dan perbincangan yang berguna serta menjadi rujukan kepada penyelidik dan ahli akademik yang lain berkenaan analisis sistematik terhadap penggunaan logo zakat dalam meningkatkan kadar kutipan zakat korporat dengan menggunakan metodologi PRISMA. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dasar Pemerkasaan Institusi Tahfiz Di Malaysia(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Nurul Nadia Nozlan ;Mohamad Anwar ZakariaMuhd. Faiz Abd. ShakorPendidikan tahfiz dan Al-quran merupakan pendidikan yang kini kian mengambil tempat di hati ibu bapa yang berhasrat menjadikan anak-anak mereka seorang penghafaz al-Quran. Kewujudan institusi tahfiz juga dilihat semakin meningkat saban tahun melalui penubuhan institusi tahfiz kerajaan mahupun swasta yang dibangunkan secara persendirian oleh sesetengah pihak. Disebalik permintaan yang tinggi bagi kemasukan ke institusi tahfiz saban tahun, sistem pendidikan tahfiz dilihat masih perlu ditambah baik dalam pelbagai aspek bagi memperkasakan institusi ini. Transformasi dan pemerkasaan perlu dilakukan dalam aspek penubuhan dan pendaftaran, keselamatan premis, kualiti tenaga pengajar, kebolehpasaran murid, kurikulum tahfiz dan lain-lain. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan aspek-aspek dalam pemerkasaan institusi tahfiz di Malaysia. Artikel ini juga akan mencadangkan dasar pemerkasaan institusi tahfiz di Malaysia yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berautoriti. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa keperluan untuk mewujudkan dasar pemerkasaan institusi tahfiz dalam aspek pengurusan, kurikulum, kebolehpasaran serta keselamatan institusi tahfiz. Diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan serta rujukan kepada institusi tahfiz mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan institusi tahfiz dalam usaha untuk menaiktaraf sistem pendidikan tahfiz negara pada tahap yang lebih tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Institusi Zakat Dalam Mendepani Wabak Covid-19 Di Malaysia: Isu Dan Cadangan Garis Panduan(USIM Press, 2020) ;Azman Ab RahmanAfaf SukariInstitusi zakat merupakan institusi yang berperanan sebagai medium pengantara antara pembayar dan penerima zakat yang memainkan peranan penting untuk mengutip dan mengagihkan zakat secara efisien. Wajib bagi individu muslim yang cukup syarat untuk membayar zakat sama ada berakal, baligh atau mukallaf. Namun, dengan keadaan Malaysia yang dilanda wabak pandemik Covid-19, timbul pelbagai isu dari sudut muamalat, munakahat, ibadat termasuk juga zakat yang perlu dilihat dari sudut kedudukan hukumnya. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan zakat dalam mendepani wabak Covid-19. Artikel ini juga akan mencadangkan garis panduan zakat bencana bagi penyakit berjangkit. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa isu keperluan ijtihad zakat Covid-19 perlu dilaksanakan segera bagi memastikan pengurusan dan pengagihan zakat dapat berjalan dengan lancar. Kajian juga mencadangkan bahawa perlunya satu garis panduan berkenaan zakat bencana bagi wabak penyakit berjangkit seperti Covid-19. Diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan serta rujukan kepada institusi zakat mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan zakat sewaktu wabak. Kajian lanjutan berkaitan hukum dan garis panduan yang terperinci perlu dijalankan secara teliti - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Dan Cabaran Institusi Pondok Dalam Mendepani Wabak Covid-19 Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Azman Ab Rahmani ;Afaf Sukari ;Muhamad Firdaus Ab Rahman ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMuhd. Faiz Abd. ShakorPenularan wabak Covid-19 secara global telah memberikan impak yang luar biasa terhadap pelbagai sektor utama negara. Menurut Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Coronavirus (CoV) merupakan rangkaian famili virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi pernafasan sehingga menyebabkan kematian. Covid-19 boleh disimpulkan sebagai penyakit menular yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti atau dikesan oleh manusia (KKM, 2019). Pada bulan Mei 2020, KKM telah mengesahkan beberapa institusi pondok telah dijangkiti wabak Covid-19 selepas menjalankan saringan terhadap pelajar, guru dan kakitangan akibat susulan penularan kes Covid-19 dalam kalangan peserta perhimpunan di Seri Petaling (Kluster Seri Petaling). Perkara ini telah menggusarkan banyak pihak sehingga menyebabkan beberapa buah pondok ditutup bagi menjalani rawatan pengesanan dan pemulihan penyakit Covid-19. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti isu dan cabaran institusi pondok dalam mendepani wabak Covid-19. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat isu dari segi pendidikan, kesihatan dan kewangan yang dihadapi oleh institusi pondok dalam mendepani cabaran ketika wabak Covid-19. Kajian lanjutan perlu dilakukan dalam memperkasakan institusi pondok di Malaysia khususnya dalam membangunkan Model Tadbir Urus Institusi Pondok di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Pembuktian bagi Kesalahan Jenayah Sihir dalam Isu-Isu Kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia(USIM Press, 2023-03-17) ;Muhamad Darwisy Mohd Razali ;Mohamad Aniq Aiman Alias ;Nurul Nadia NozlanAfaf SukariSihir merupakan salah satu perbuatan syirik dan ia memberi kesan yang buruk kepada para pemangsa hasil daripada perbuatan penyihir yang tidak bermoral. Terlalu banyak berita mahupun keratan akhbar di laman sesawang yang menceritakan tentang impak negatif sihir dan keruntuhan institusi kekeluargaan hasil daripada perbuatan sihir. Namun, sistem perundangan Syariah di Malaysia menganggap perbuatan sihir ini merupakan satu perbuatan jenayah yang amat sukar untuk didakwa di Mahkamah Syariah. Hal ini disebabkan oleh perbuatan sihir merupakan jenayah yang sukar untuk dibuktikan dengan elemen-elemen pembuktian secara nyata. Justeru, kajian ini akan membincangkan tentang kaedah pembuktian yang digunakan dalam pensabitan kesalahan jenayah sihir dalam isu-isu kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah kajian. Data yang diperoleh kemudiannya akan dianalisis secara analisis dokumen bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah qarinah dan pendapat pakar merupakan kaedah pembuktian yang amat wajar digunakan dan dapat diterima sebagai keterangan yang relevan dalam pensabitan jenayah sihir di Mahkamah Syariah berdasarkan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561]. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada institusi kehakiman di Malaysia, para pengkaji kini, pelajar dan agensi berkaitan dalam membincangkan isu berkaitan hal tersebut. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi salah satu usaha untuk memperkasakan sistem perundangan Syariah di Malaysia dengan mewujudkan satu tatacara penyiasatan dan pendakwaan secara khusus melibatkan jenayah sihir terhadap institusi kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah kelak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Ijtihad Dan Fatwa Zakat Dalam Skim Bantuan Kos Rawatan Pesakit Jantung Kanak-Kanak Di Malaysia(Akademi Fiqh Islami Malaysia/Islamic Fiqh Academy, 2021-07) ;Azman Ab. Rahman ;Afaf Sukari ;Nurul Nadia NozlanMuhd Faiz Abd ShakorHeart disease is the leading cause of death for many children in the country. According to a report by the National Heart Institute, as many as 80% of pediatric patients receiving treatment at the National Heart Institute (IJN) are in dire need of treatment funds. Various zakat assistance schemes have been introduced by zakat centers through the State Islamic Religious Council (MAIN) to ease the burden of heart disease patients to finance their treatment costs. However, most of the assistance schemes introduced are only general in nature and not specifically for heart disease patients. Therefore, this article aims to discuss the need for ijtihad and fatwa related to the zakat assistance scheme for the cost of heart treatment by fatwa and zakat institutions. The study will also discuss the health assistance schemes provided by the State Islamic Religious Council This qualitative study uses documentation and observation methods in the data collection process. The results of the study found that ijtihad and zakat fatwa in health assistance schemes have been implemented at the institutional level of fatwa and zakat in the general context. There are also several states that have provided zakat funds specifically for heart disease patients. It is hoped that this study can provide guidance and reference to fatwa institutions, zakat institutions, IJN and certain organizations to help asnaf with heart diseases to recover through ijtihad and fatwas issued. A further study on the effectiveness of zakat funds on the cost of heart treatment for heart disease patients can be implemented to ensure the well -being of Muslims in Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandemik COVID-19: Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran Di Malaysia(USIM Press, 2021) ;Azman Ab. Rahman ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Nurul Nadia Nozlan ;Muhd. Faiz Abd. ShakorAfaf SukariNegara telah digemparkan dengan satu wabak yang dinamakan sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV) atau dikenali juga sebagai COVID-19. Bencana wabak COVID-19 ini telah memberi implikasi yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia secara umumnya dan Malaysia secara khususnya. Hal ini telah menyebabkan pelbagai sektor turut terkesan dengan penularan wabak COVID-19 tersebut termasuklah institusi Pendidikan di Malaysia. Perkara ini turut memberi kebimbangan kepada para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas kerana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas bersama pelajar Kurang Upaya Masalah Pembelajaran (OKU MP) perlu dilaksanakan secara atas talian. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kaedah PdP yang digunakan oleh para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas dan cabaran yang dihadapi sewaktu menjalankan PdP bersama para pelajar OKU MP sewaktu COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan soal selidik dan dokumentasi dalam mengumpulkan data bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah mengenal pasti teknik tertentu dan bersesuaian sebelum memulakan PdP bersama OKU MP merupakan kaedah utama dalam PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19. Cabaran utama dalam PdP Pendidikan Islam pelajar OKU MP adalah isu berkaitan kemudahan teknologi selain isu komitmen pelajar dan ibu bapa, kemahiran dan kepakaran guru serta kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sepanjang meneruskan PdP secara atas talian disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru dan pelajar OKU MP dalam mendepani cabaran yang dihadapi bagi meneruskan PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19 serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU di Malaysia secara umumnya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Use Of Zakat Logo In Optimizing Corporate Zakat Collection In Malaysia Towards Shared Prosperity Vision 2030(Seybold Publications, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Syed Najib Syed OmarSetiyawan GunardiShared Prosperity Vision 2030 (WKB 2030) sets out several key objectives including addressing the economic gap between communities. It is to improve the living standards of the community, especially the poor asnaf. One of the proactive efforts made by the Zakat Institution in the state of Kedah is to introduce the zakat logo. This logo is awarded to corporate companies that pay zakat. It aims to optimize the collection rate of corporate zakat so that more zakat is distributed. Therefore, this article aims to discuss the concept of the use of zakat logo in Malaysia besides studying the use of zakat logo introduced by the Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) and Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP). This qualitative study uses documentation and interview methods in the data collection process. The results of the study found that the provision of zakat logo to corporate companies has the potential to increase zakat collection. Further studies on the law to coordinate the procedure for the use of zakat logos throughout Malaysia can be conducted in the interest of zakat institutions, zakat payers and asnaf towards achieving the objectives of Shared Prosperity Vision 2030. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Use Of Zakat Logo In Optimizing The Collection Of Corporate Zakat In The State Of Kedah(USIM PRESS, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Syed Mohd Najib Syed OmarSetiyawan GunardiAll approaches to increase corporate zakat collection must be intensified by zakat institutions and supported by corporate company owners so that the annual corporate zakat collection target is achieved despite the challenges that zakat institutions have to go through. Various initiatives have been implemented by zakat institutions such as Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) by introducing innovative corporate zakat collection promotion methods through the use of zakat logos for corporate companies in the state of Kedah. This effort not only demands the duty of the amil to collect corporate zakat from corporate companies, but it is also a human need for the property to guarantee theblessing of corporate companies in their business when paying Zakat. Thus, this article aims to discuss the concept of using the zakat logo in Kedah. This article will also examine the procedures for obtaining the zakat logo by corporate companies in Kedah. This qualitative study uses documentation, observation, andinterview methods in the data collection process. The results of the study found that the use of the zakat logo on corporate companies can increase corporate zakat collection in addition to achieving the objective of zakat shari'a through property care in the aspect of maqasid shari’a. The study also found that only corporate companies that meet the specified conditions are eligible to get a zakat logo from the LZNK such as Muslims, zakat payers at LZNK according to the actual count, and others. It is hoped that this study can provide guidance and references to zakat institutions or certain organizations in managing affairs related to corporate zakat collection in facing the challenges of corporate zakat collection in Malaysia. Further research needs to be done to encourage the use of the zakat logo so that it can be applied by all states in Malaysia so that the corporate zakat collection rate can be optimized from time to time. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Use of Zakat Logo to Optimize Corporate Zakat Collection In Malaysia According to Maqasid Zakat(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Syed Mohd Najib Syed OmarSetiyawan GunardiAll approaches to increase the collection of corporate zakat should be intensified by the zakat institution and supported by the owners of corporate companies so that the target of annual corporate zakat collection is achieved despite the challenges that need to be passed by the zakat institution. Various initiatives have been implemented by zakat institutions such as LZNK and PPZ-MAIWP by introducing innovative methods of promoting corporate zakat collection through the use of zakat logos on corporate companies in the state of Kedah and the Federal Territory. This effort not only demands the obligation of the amil to collect corporate zakat from corporate companies, but it is also a human need for the property to ensure the blessings of corporate companies in their business when paying zakat. Thus, this article aims to discuss the concept of the use of the zakat logo in Malaysia, including its approach according to the maqasid syariah. This article will also examine the challenges faced by zakat institutions in dealing with corporate zakat collection in Malaysia. This qualitative study uses documentation, interview, and observation methods in the data collection process. The results of the study found that the use of the zakat logo on corporate companies can increase the collection of corporate zakat in addition to achieving the objective of zakat legislation through the care of a property in terms of Syariah purposes. The study also found that the main challenge faced by zakat institutions in the collection of corporate zakat is the issue of the level of awareness of Muslim traders on the payment of corporate zakat. It is hoped that this study can provide guidance and reference to zakat institutions or certain organizations in managing matters related to corporate zakat collection in facing the challenges of corporate zakat collection in Malaysia. Further research needs to be done to encourage the use of the zakat logo to be applied by all states in Malaysia so that the corporate zakat collection rate can be optimized from time to time.