Browsing by Author "Ahmad, S."
Now showing 1 - 16 of 16
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Faktor Penentu Kualiti Pengurusan Zakat: Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (Lzs) di Sepang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Abd Rashid, M. ;Wahid, H.Ahmad, S.Kualiti perkhidmatan adalah satu elemen penting dalam menilai keupayaan institusi untuk memenuhi matlamatnya. Objektif kertas ini adalah untuk melihat faktor yang dijangka mempengaruhi kualiti perkhidmatan institusi zakat khususnya di daerah Sepang dengan menggunakan model SERVQUAL yang mempunyai lima faktor iaitu kebolehpercayaan, bertindak balas, jaminan, empati dan kewujudan. Sejumlah 103 responden yang terdiri daripada usahawan muslim telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan beberapa ujian termasuklah analisis tinjauan faktor (EFA) dan analisis regresi logistik. Dapatan kajian menunjukkan faktor empati dan kewujudan adalah signifikan dan mempengaruhi kualiti perkhidmatan LZS dalam model yang dikaji. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pengurusan Dana Ziswaf oleh Dompet Dhuafa Dalam Memperkasakan Sosio-Ekonomi Dhuafa di Indonesia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Abu Bakari, M. ;Ahmad, S. ;Salleh, A. D.Md Salleh, M. F.Yayasan Dompet Dhuafa Republika atau lebih dikenali sebagai Dompet Dhuafa ialah institusi bukan keuntungan yang ditubuhkan untuk membantu dhuafa melalui aktiviti-aktiviti sosial dan kemanusiaan di Indonesia. Yayasan ini menguruskan dana ZISWAF (Zakat, Infaq, Sadaqah dan Wakaf) serta dana-dana lain daripada individu, kumpulan, syarikat atau institusi di Indonesia. Sehingga kini, Yayasan Dompet Dhuafa telah mengumpul dan menyalurkan dana ZISWAF untuk pelbagai program kemanusiaan, termasuklah program sosial dan ekonomi untuk pembangunan asnaf di hampir seluruh pelusuk Indonesia. Kejayaan pengurusan dan profesionalisme Dompet Dhuafa dalam mentransformasi dan memperluas manfaat zakat dan wakaf untuk membantu dhuafa ini telah diiktiraf di peringkat global melalui penghargaan dari Ramon Magsaysay Award Foundation (RMAF) pada tahun 2016. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pengurusan dana ZISWAF oleh Dompet Dhuafa dalam memperkasakan sosio-ekonomi dhuafa di Indonesia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data kajian dikumpul melalui dokumen dan temu bual bersama kumpulan berfokus. Data kemudiannya dianalisis menggunakan metod analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa program yang dianjurkan oleh Dompet Dhuafa melalui dana ZISWAF dapat membantu memperkasakan sosio-ekonomi dhuafa di Indonesia. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak pengurus zakat dan wakaf dalam menguruskan dana�yang mampu membangunkan aspek sosial dan ekonomi dhuafa di masa akan datang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cadangan Bantuan Zakat Asnaf Al-Riqab Terhadap Banduan Melalui Latihan Vokasional di Penjara: Kajian di Penjara Wanita Kajang, Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Ishak, K. ;Dawi Cahyono, I. M. ;Wahid, H.Ahmad, S.Program pemulihan di penjara yang melibatkan program vokasional dijangka dapat mengubah sikap banduan ke arah yang lebih positif dan menarik minat mereka untuk menjadi usahawan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bantuan modal zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada banduan melalui program latihan vokasional di penjara dan juga kepada bekas banduan yang berminat menjadi usahawan setelah keluar daripada penjara. Justeru kajian ini akan mengkaji sejauh manakah banduan ini telah berubah sikap setelah menjalani latihan di penjara dan memungkinkan mereka mendapat bantuan modal zakat dan pemantauan secara berterusan untuk menjadi usahawan yang baik setelah dibebaskan. Kajian memfokuskan kepada banduan dalam dua jenis bengkel vokasional iaitu (1) bengkel amanah (banduan mahir) dan (2) bengkel perusahaan (banduan pelatih) di penjara. Data kajian berdasarkan responden seramai 68 responden yang mewakili 152 orang jumlah keseluruhan peserta bengkel vokasional dari Penjara Wanita Kajang Selangor termasuklah pandangan daripada seorang pegawai penjara di Seksyen Vokasional dan Industri. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis faktor untuk membentuk beberapa konstruk serta analisis varian. Hasil kajian mendapati wujud perubahan sikap yang positif di dalam diri tahanan dan kajian juga mendapati majoriti responden daripada bengkel Amanah amat berminat untuk membuka perniagaan sendiri dengan bantuan modal zakat dan mengharapkan bimbingan berterusan daripada pihak LZS. Kajian ini dilihat amat bermanfaat kepada LZS di dalam mempelbagaikan bentuk pengagihan dana zakat dan secara tidak langsung mengharapkan keberkatan zakat terhadap proses mendidik jiwa golongan ini menjadi insan yang lebih berguna, amanah dan bertanggungjawab serta dapat meneruskan kehidupan disamping menyesuaikan diri dengan masyarakat. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cadangan Mewujudkan Logo Pengiktirafan Zakat Perniagaan: Kajian Terhadap Usahawan Muslim di Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Adenan, F. ;Abd Rahghni, S. A. ;Wahid, H.Ahmad, S.Kesedaran membayar zakat perniagaan dalam kalangan usahawan Muslim di Selangor masih lagi rendah. Malah kajian ini mendapati sumbangan kutipan zakat perniagaan juga masih lagi rendah berbanding pembayaran zakat pendapatan di Selangor. Fenomena ini sebenarnya akan mengurangkan ruang dan potensi pengagihan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang lebih menyeluruh dan adil. Persoalannya adakah isu ini dapat diatasi oleh pihak LZS dengan memperkenalkan satu bentuk anugerah kepatuhan membayar zakat perniagaan dalam bentuk logo tertentu. Sudah pastilah penganugerahan logo ini sebagai satu pengiktirafan kepada organisasi yang patuh membayar zakat perniagaan secara konsisten dan telah menjalankan tanggungjawab sosial syarikat (CSR). Logo ini sebenarnya merupakan satu bentuk imej korporat yang baik kepada sesebuah organisasi yang berkemungkinan menjadi satu bentuk medium pemasaran produk kepada masyarakat dan akhirnya akan mendapat keuntungan ekonomi. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan cadangan pengenalan logo ini terhadap kemungkinan usahawan tersebut membayar zakat perniagaan. Kajian ini juga turut menguji beberapa pemboleh ubah yang lain yang mempengaruhi kepatuhan membayar zakat perniagaan termasuklah faktor sikap usahawan, imej korporat, serta faktor untung ekonomi. Kajian menemu bual seramai 210 responden usahawan Muslim di daerah Klang dan daerah Petaling, Selangor. Satu model kepatuhan pembayaran zakat perniagaan dibina dengan memasukkan pemboleh ubah logo kepatuhan membayar zakat. Hasil kajian mendapati kesedaran membayar zakat perniagaan masih lagi rendah namun sekiranya pengenalan logo kepatuhan membayar zakat ini diperkenalkan oleh LZS, kajian mendapati kemungkinan berlaku peningkatan dalam pembayaran zakat korporat. Kajian mendapati cadangan-cadangan mewujudkan logo ini mendapati reaksi yang positif dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembentukan identiti serta imej CSR sesebuah organisasi atau syarikat. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Mangsa Banjir Sebagai Penerima Zakat dan Cadangan Pengaplikasiannya di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Siti Fariza M.F. ;Azman A.R ;Ahmad, S.Wahid, H.Pada 24 Disember 2014, bencana banjir telah melanda Malaysia khususnya di kawasan Pantai Timur yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan mengorbankan banyak nyawa. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah negeri Kelantan, yang melibatkan jumlah mangsa banjir di sembilan jajahan seramai 34,955 orang mangsa. Mereka yang terlibat dengan bencana banjir kehilangan harta seperti tempat kediaman, kenderaan, ladang punca pendapatan dan peralatan asas untuk menjalani kehidupan. Keadaan yang dialami oleh mereka tidak terlepas daripada mata-mata masyarakat yang prihatin untuk menyalurkan bantuan. Timbul persoalan tentang kedudukan mangsa banjir sebagai asnaf yang berhak menerima zakat. Justeru, kajian ini akan menilai kedudukan mangsa banjir sebagai penerima zakat. Kajian ini juga akan mencadangakan skim bantuan yang sesuai untuk diberikan kepada mangsa banjir sekiranya mereka berhak menerima zakat. Hasil kajian mendapati mangsa banjir layak menerima bantuan zakat di bawah kategori asnaf al-gharimin menepati syarat sebagai penerima zakat. Skim bantuan yang dicadangkan adalah bantuan berbentuk keperluan asasi seperti skim bantuan tempat tinggal, makanan dan pakaian. Implikasi kajian memberikan garis panduan kepada institusi zakat dalam menyediakan bantuan kepada mangsa banjir. Kajian lanjutan boleh dilakukan dalam mengenalpasti keberkesanan skim bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepatuhan Membayar Zakat Fitrah: Analisis Kutipan dan Ketirisan Pembayaran Zakat Fitrah di Terengganu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Mohd Tahir, S. S. ;Wahid, H.Ahmad, S.Jumlah kutipan zakat di negeri Terengganu menunjukkan peningkatan yang besar setiap tahun, namun wujudkah pengurangan ketirisan pembayaran zakat fitrah di negeri Terengganu setiap tahun. Justeru itu, pengenalan tiga kadar zakat fitrah di negeri Terengganu diandaikan akan mengurangkan jumlah ketirisan memandangkan pembayar mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran melalui tiga kadar bayaran yang berbeza. Lantaran itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jumlah ketirisan kutipan zakat fitrah di Terengganu. Dengan menggunakan data kadar zakat fitrah, jumlah kutipan zakat fitrah dan jumlah� penduduk Islam di negeri Terengganu, kajian mendapati ketirisan tidak berlaku pada kadar zakat minimum sebaliknya berlaku ketirisan pada kadar zakat pertengahan dan maksimum. Ketirisan yang wujud bukan disebabkan oleh pelaksanaan tiga kadar zakat, sebaliknya disebabkan oleh, kemungkinan berlaku ketidakpercayaan individu untuk membuat pembayaran kepada institusi formal. Justeru itu, wujud persoalan sejauh mana keberkesanan pelaksanaan tiga kadar� zakat fitrah sedangkan peratusan ketirisan yang wujud semakin meningkat setiap tahun kecuali pada kadar zakat minimum. Individu lebih tertumpu kepada satu kadar zakat fitrah iaitu kadar minimum berbanding kadar zakat pertengahan dan maksimum. Oleh itu, kajian mengenai kefahaman serta kepatuhan masyarakat tentang������� pembayaran zakat fitrah mengikut tiga kadar perlu dijalankan agar segala masalah yang wujud dapat diatasi dengan mudah. Pihak institusi zakat juga perlu meletakkan syarat-syarat kelayakan berdasarkan kadar ke atas individu bagi membolehkan mereka membuat pembayaran mengikut kadar yang sesuai dengan kelayakan diri mereka berdasarkan beras yang dimakan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Bantuan Zakat Terhadap Kualiti Hidup: Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2004) ;Wahid, H. ;Ahmad, S.Mohd Noor, M. A.Kajian ini menjelaskan kesan bantuan zakat oleh pihak institusi zakat terhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin dengan menggunakan data primer melalui soal selidik di daerah Jerantut, Pahang, daerah Taiping Perak dan daerah Sandakan, Sabah. Kajian ini menganggar kebarangkalian perasaan penerima zakat iaitu sama ada mereka berpuas hati atau tidak dengan kualiti hidup mereka kesan daripada penerimaan zakat dengan menggunakan model logit. Hasil kajian mendapati bantuan zakat memberi kesan yang siginifikan kepada kualiti hidup golongan miskin terutamanya aspek pendidikan dan penyertaan sosial. Beberapa implikasi penting dicadangkan dalam kaiian ini untuk memastikan kualiti hidup golongan miskin tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Al-Masalih Al-Mursalah Menurut Penggunaan Imam Malik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Yahaya, M. Z.Ahmad, S.Kertas kerja ini mengupas tentang keunikan Imam Malik dalam penggunaan al-Masalih al-Mursalah. Imam Malik atau secara umumnya Mazhab Maliki tergolong dalam kelompok Ahl al-Hadith tetapi pada masa yang sama mereka banyak menggunakan al-masalih al-mursalah dalam ijtihad sehingga dikenali sebagai mazhab al-masalih. Al-Masalih al-Mursalah adalah satu masdar hukum yang berpaksikan al-Ray atau al-cAql. Ia pasti janggal dengan tradisi Imam Malik yang kuat berpegang kepada hadith. Justeru ia menimbulkan kontradiksi manhaj pada pandangan latar yang menarik untuk dikaji. Kertas kerja ini akan mengupas isu ini dengan merujuk kepada konsep al-masalih al-mursalah dan aplikasinya oleh Imam Malik. Perbincangan juga akan menyentuh masdar tashriciyy yang lain terutama qiyas dan konsep al- Maqasid al-Sharciyyah. Perbincangan ini penting untuk memberi penjelasan yang sebenar tentang konsep al-Masalih al-Mursalah dan kepentingannya dalam ijtihad semasa. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Lokalisasi Tadbir Urus Zakat di Masjid: Kajian di Bandar Baru Bangi Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Ismail, N. ;Ahmad, S.Wahid, H.Pada masa kini terdapat hampir setiap daerah mempunyai pejabat zakat yang diuruskan oleh institusi zakat. Namun begitu perlaksanaan kaedah ni masih menimbulkan perdebatan dalam kalangan ahli akademik berkenaan sejauhmanakah ia dapat menyelesaikan masalah permohonan dan penerimaan dana zakat kepada asnaf yang akhirnya dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan zakat. Ini kerana terdapat beberapa kajian lepas yang telah mencadangkan peranan masjid dalam menguruskan zakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi masyarakat Islam terhadap cadangan melokalisasikan pejabat zakat di masjid di Bandar Baru Bangi. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metod kuantitatif untuk menganalisis persepsi responden terhadap isu lokalisasi pejabat zakat di masjid serta mengkaji peranan masjid sebagai tempat utama dalam mengagihkan zakat. Hasil kajian juga menunjukkan, majoriti masyarakat setempat bersetuju melokalisasikan pejabat zakat di masjid. Hasil kajian juga mendapati terdapat dua faktor utama persetujuan ini. Pertamanya ialah lokasi masjid yang strategik dan mudah untuk diakses oleh masyarakat dan keduanya, masjid sebagai tempat aktiviti utama umat Islam. Akhirnya beberapa cadangan dan implikasi polisi turut dicadangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Lokalisasi Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Jalil, M. R. ;Wahid, H.Ahmad, S.Isu desentralisasi kuasa serta lokalisasi pentadbiran zakat adalah penting dalam meningkatkan keefisienan pengagihan zakat di Malaysia. Kajian ini didorong oleh satu hipotesis dimana perlaksanaan lokalisasi pentadbiran agihan zakat dijangkakan mampu memberikan impak yang signifikan dan positif sebagai "One Stop Center" kepada pelajar asnaf fakir miskin. Kajian ini berupaya menyelesaikan masalah serta mengenal pasti keperluan pelajar selari dengan prinsip agihan zakat yang telah digariskan iaitu isti'ab, ikhtisas, hak, muraqabah, al-kifayah dan fauran. Persoalannya adakah konsep ini diterima dengan baik oleh penerima perkhidmatan zakat iaitu para pelajar yang digolongkan sebagai asnaf terutamanya dalam aspek pendidikan dan pembangunan modal insan yang merupakan elemen penting dalam kategori asnaf fisabilillah. Justeru kajian ini bertujuan mencadangkan satu model pentadbiran pengagihan zakat di institusi pengajian tinggi (IPT) yang berasaskan konsep lokalisasi serta konsep disentralisasi kuasa dalam aspek kutipan dan agihan zakat. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak berstrata melibatkan responden para pelajar yang menerima bantuan pendidikan di bawah kategori asnaf fakir dan miskin zakat di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dan menerima konsep ini dilaksanakan di institusi pendidikan. Beberapa implikasi dasar serta cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mata Wang dan Krisis Ekonomi Dunia: Kewajaran Penggunaan Semula Matawang Emas(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) ;Yaacob, S. E. ;Ahmad, S.Wan Mohd. Zabaria, W. N.Sistem mata wang hari ini tidak didasari dengan emas dikatakan telah mengundang masalah inflasi dan spekulasi mata wang dan menjadi salah satu penyumbang utama berlakunya krisis ekonomi global. Cadangan telah diutarakan agar dunia kembali kepada mata wang piawaian emas. Persoalannya ialah adakah kembali kepada penggunaan mata wang emas merupakan satu langkah yang wajar bagi menjamin kestabilan ekonoi dunia? Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis data sejarah kadar inflasi dan nilai emas dunia bagi mengenal pasti sistem kewangan yang paling stabil. kajian ini juga cuba membuktikan bahawa zaman piawaian emas merupakan era yang paling stabil bagi mewajarkan dunia kembali semula kepada penggunaan mata wang emas. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mekanisme Mata Wang dan Kemeruapan Indikator Ekonomi Dunia: Penilaian Semula ke atas Piawaian Emas (Currency Mechanism and World Economic Volatility Indicator: Reevaluation of Gold Standard)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) ;Wan Mohd Zabaria, W. N. ;Abu Hanit, N.Ahmad, S.The use of currency mechanism has evolved since the use of shell as money, metal coins (e.g. gold and silver coins), paper money backed by gold standard, and fiat money. In the context of modern world, the most important mechanism is the gold standard system, Bretton Woods (paper money backed by gold standard), and fiat money system. It is expected that there is a relationship between the currency mechanism of gold standard and the stabilities in the currency and the economy. The issue here is how far is the economy during a certain period can guarantee economic stability. The research in this paper will assess whether the gold standard currency can guarantee economic stability. Analysis is carried out in order to see if there is a relationship between the volatility of the primary world economic indicators and the currency mechanism regime. The primary economy indicators are inflation, GDP, gold price, and unemployment rate for the duration of more than 100 year. The research methodology used is GARCH-M. The result shows that there is no clear indication of a relationship between currency mechanism and volatility for all the indicators, that there is no evidence that gold standard can guarantee economic indicators stabilities. Both Inflation and unemployment are found to be volatile during the gold standard era and so is the gold value. On the contrary, during the fiat money era, indicators i.e. inflation and unemployment rates are found to be nonvolatile. GDP is found to be volatile during the gold standard era and also fiat money era. These show that neither gold standard system nor currency backed by gold standard would guarantee stability in the economic indicators. We can also conclude that economic stability may be influenced by other factors other than the currency regimes, such as the country's political stability, war, and real economic growth. The main implication for this research is that coming back to gold standard system or paper money backed by gold standard is not an option to overcome crisis and instability in the economies. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendakwah Kampung Muhammad Uthman El-Muhammady dalam Pemikiran Politik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Sairan, M.A.A.Ahmad, S.Artikel ini membincangkan tentang pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady dalam konteks falsafah politiknya. Pemikiran politik beliau dapat di bahagikan kepada tiga komponen penting iaitu kenegaraan, kepartian dan kepimpinan dan pentadbiran. Pemikiran politik El-Muhammady banyak dipengaruhi oleh idealisme ulama klasik Ahli Sunah Wal-Jemaah seperti imam al-Ghazali dan al-Mawardi. Artikel ini menggunakan metod kajian perpustakaan. Perbincangan terarah kepada konsep demokrasi secara Islam, kepentingan semangat Nasionalisme dan asabiyyah, serta good govenance dari kaca mata Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan gabungan dan huraian El-Muhammady berkenaan, ketiga-tiga komponen tersebut telah menunjukkan bahawa pemikiran politik beliau banyak di pengaruhi oleh ulama klasik dan tradisional Ahli Sunnah Wal-Jamaah seperti Imam al-Ghazali dan al-Mawardi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Dinar Emas Dikalangan Negara Islam: Mimpi atau Kenyataan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2007) ;Ahmad, S.Mohd Jani, S. H.ESemasa negara Islam menghadapi krisis ekonomi pada 1977 telah dicadangkan supaya negara Islam kembali kepada Dinar Emas. Cadangan ini membawa dua isu penting iaitu mekanisma perlaksanaan dinar emas dan keserasian penyatuan matawang dikalangan negara Islam. Persoalan mekanisma perlaksanaan telah dibincangkan tetapi persoalan yang lebih kritikal untuk diselidiki ini sejauh mana keserasian dan kesesuaian penyatuan matawang dikalangan negara Islam? Adakah semua negara Islam mendapat manfaat? Kertas kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana keserasian dan kesesuaian peyatuan matawang dikalangan negara Islam yang dengannya dapat dinilai sama ada negara Islam berpotensi untuk menggunakan hanya satu matawang. Sebagai penilaian awalan, kajian dilakukan keatas tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Pakistan. Data digunakan adalah bagi tahun 1968-2003 dan dianalisis berdasarkan model VAR. Dapatan kajian menunjukkan Malaysia dan Indonesia mempunyai keserasian untuk melakukan penyatuan matawang, tetapi sebaliknya pula bagi Malaysia dan Pakistan. Indonesia dan Pakistan pula menunjukkan kesesuaian yang rendah. Kajian ini menyimpulkan bahaw sekiranya pertimbangan tiga negara sudah menunjukkan unsur ketidakserasian maka penggunaan satu matawang dikalangan negara Islam secara keseluruhan tidak mungkin dapat dilakukan. Mengharapkan ia menjadi keyataan adalah umpama mimpi yang sukar menjadi kenyataan. lantaran itu negara Islam kini didapati tidak lagi ghairah untuk melaksanakan dinar emas. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication تقويم دور بورصة سوق السلع الماليزية في إصلاح التورق المصرفي المنظم(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Arif, A.Ahmad, S.The study aims at clarifying and evaluating the role of the Bursa Suq Al-Sila' in reforming financial operations based onorganized banking tawarruq.This will be through a brief description of individual tawarruq, the organized banking tawarruq and the opinion of the scholars in this regard, along with a brief explanation of Bursa Suq Al-Sila' and the process of tawarruq applied therein. This will be followed by mentioning the most important Sharia problems due to which the jurisprudential councils, some Shari'a bodies and majority of contemporary scholars have disallowed the organized banking tawarruq, which takes place in international commodities by international and other exchange markets. These problems include: a Fake goods used in the process of tawarruq and their unavailability, b. repeating tawarruq operations on a single commodity without changing its place, c. dominance of shame dealings on the transactions, d. impossibility of taking possession of the goods, e. prohibited collusion within the deals and other Sharia problems. This will be followed by the researcher�s explanation and evaluation of the role played by the Bursa Suq Al-Sila' in order to avoid those sharia problems mentioned in the process of banking tawarruq. The study concluded that the process of banking Tawarruq throughout the Bursa Suq Al-Sila' Malaysia is better and more preferable than many popular tawarruq operations in the world, for the scholars who see the permissibility of banking Tawarruq, and it is a reform of some important aspects such as confirming the existence of the commodity, not using the same commodity again in the transactions and that the dealings should be real and not shame. Nevertheless and despite this, it is not the desired goal that scholars and researchers try to achieve in the Tawarruq, because some of the Sharia problems still exist in the matters related to the shame transactions and taking possession of the commodity.