Browsing by Author "Ahmad Dahlan Salleh"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Parameter Skim Kutu Emas Berdasarkan Karakter (Takyif) Fiqh(USIM Press, 2021-12) ;Muhamad Zuhaili SaimanAhmad Dahlan SallehSkim kutu emas adalah inisiatif dari kutu wang yang dijalankan oleh sekumpulan bagi tujuan membeli emas hasil dari wang terkumpul yang diterima mengikut pusingan gilirann setiap ahli. Menerusi skim kutu emas ini, individu yang terlibat akan memperolehi sejumlah wang yang besar bagi tujuan membeli emas yang lebih berat. Permasalahan yang berlaku ialah nilai emas semasa adalah sering berubah dan perubahan tersebut jika mempengaruhi nilai kutu wang dalam skim kutu emas menyebabkan wujudnya isu syariah iaitu unsur gharar dan riba yang dilarang. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis karakter (takyif) fiqh menerusi parameter operasi dalam skim kutu emas yang patuh syariah. Metodologi yang digunakan ialah kaedah kualitatif. Pengkaji menggunakan pendekatan kajian kepustakaan kerana sesuai dengan permasalahan yang dikaji. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah analisis kandungan dan dokumen dari data-data dapatan berdasarkan bahan-bahan rujukan di perpustakaan bagi mengumpul data dengan bantuan buku-buku, majalah, jurnal, artikel, naskhah, catatan, dokumen, kertas kerja dan bahan-bahan bertulis yang lain. Hasil kajian, skim kutu emas ini mestilah dipastikan tidak bercanggah dengan Akta 28 berkaitan Kumpulan Wang Kutu 1971 yang melarang mana-mana skim wang kutu yang dijalankan berorientasikan keuntungan perniagaan. Selain itu, pengkaji juga membentuk satu parameter yang menggariskan enam perkara agar skim kutu emas ini memenuhi karakter (takyif) fiqh bagi membolehkan skim kutu emas yang dijalankan bebas dari isu syariah iaitu unsur gharar dan riba. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Transformasi Tadbir Urus Wakaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)(USIM Press, 2020-05) ;Marina Abu Bakar ;Shofian Ahmad ;Ahmad Dahlan SallehMohd Fairuz Md SallehWakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat, ada masa yang sama mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT. Di Malaysia, wakaf ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masing-masing. Namun, dewasa ini wakaf sering dikaitkan dengan masalah tadbir urus rentetan daripada kelompongan yang terdapat dalam tadbir urus institusi wakaf itu sendiri. Seiring dengan kebangkitan institusi wakaf mutakhir ini, maka panggilan ke arah pengamalan tadbir urus yang baik dan amalan terbaik wakaf semakin terserlah. Ini kerana amalan terbaik tadbir urus yang baik perlu diadaptasi oleh MAIN lantaran ia merupakan antara faktor kejayaan yang bersifat kritikal untuk menghidupkan semula institusi wakaf di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan transformasi tadbir urus Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selaku institusi yang menguruskan wakaf di negeri Perlis. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunapakai reka bentuk kajian kes. Dalam menganalisa data kajian, penulis menggunakan kaedah analisis kandungan. Data kajian dikumpul melalui dokumen dan temu bual separa struktur bersama pegawai-pegawai wakaf di MAIPs. Hasil kajian menunjukkan bahawa MAIPs telah melalui beberapa fasa transformasi tadbir urus yang positif dalam menguruskan wakaf di Perlis. Kejayaan tadbir urus yang diimplementasikan oleh MAIPs merupakan bukti bahawa MAIPs bersikap proaktif dalam mengurus dan mentadbir wakaf di negeri Perlis. Implikasi kajian ini dapat membantu pembuat dasar, pentadbir dan pengurus institusi wakaf untuk menambahbaik sistem tadbir urus yang sedia ada agar wakaf dapat dimartabatkan dan dimanfaatkan untuk umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.