Browsing by Author "Ahmad Fuad Bin Mohamad Amin"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Motivasi Kerja Guru Dalam Membantu Kemahiran Literasi Dan Numerasi Dalam Kalangan Murid Awal Persekolahan(Tazkia University College of Islamic Economic, 2018) ;Ahmad Fuad Bin Mohamad AminAhmad Zaki Bin Mohamad AminKajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi kerja guru dalam membantu murid awal persekolahan dalam menguasai kemahiran literasi dan numerasi dan mengkaji hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terdapat dalam motivasi kerja. Kajian ini dijalankan di 170 buah sekolah rendah di Muar, Johor. Seramai 400 orang guru LINUS terlibat sebagai sampel kajian yang dipilih secara rawak berstrata. Data diperoleh melalui set soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen Job Diagnostic Survey, Internal Work Motivation oleh Hackman dan Oldman, dan Intrinsic Job Motivation dari War oleh Cook and Wall yang diguna pakai dalam kajian Erawati (2005). Hasil kajian mendapati tahap motivasi kerja guru-guru LINUS secara keseluruhannya adalah tinggi. Faktor latar belakang responden tidak memberi perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap motivasi kerja secara keseluruhan. Manakala, aspek-aspek motivasi kerja iaitu kemampuan dan keterampilan, tanggungjawab, pengiktirafan, bercita-cita tinggi dan mengejar prestasi yang tinggi masing-masing mempunyai hubungan positif yang signifikan kecuali antara aspek tanggungjawab dengan aspek pengiktirafan yang mencatat hubungan positif yang lemah dan tidak signifikan. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pentadbir pendidikan dan para guru untuk sentiasa memastikan tahap motivasi kerja sentiasa tinggi sekali gus Program LINUS dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.152 34 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Strategi Pembelajaran Pelajar Pintar Berbakat Dengan ADHD(Kolej PERMATA Insan, 2025) ;Nurul Aqilah Binti JohanAhmad Fuad Bin Mohamad AminKajian ini dijalankan untuk meneroka secara mendalam strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar pintar berbakat dengan Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD), memandangkan golongan ini mempunyai gabungan unik antara potensi akademik yang tinggi dengan cabaran dalam mengekalkan fokus, mengawal impuls, dan menstrukturkan proses pembelajaran mereka. ADHD secara global dianggarkan dialami oleh 5–7% kanak-kanak, manakala kadar di Malaysia berada antara 1.6 hingga 4.6 peratus, dan isu ini semakin mendapat perhatian kerana ia memberi kesan langsung terhadap pencapaian akademik, perkembangan sosial, serta kesejahteraan psikologi individu. Namun begitu, pelajar berbakat dengan ADHD (sering digelar twice-exceptional atau 2e) masih kurang diberi perhatian dalam konteks strategi pembelajaran, sedangkan mereka memerlukan pendekatan yang berbeza daripada pelajar berbakat biasa mahupun pelajar ADHD semata-mata. Tujuan khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dominan berdasarkan model VARK, mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi pelajar gifted ADHD, serta menganalisis strategi yang mereka gunakan untuk meningkatkan fokus, motivasi, dan pencapaian akademik, di samping menilai potensi aplikasi strategi tersebut kepada pelajar ADHD secara umum. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan reka bentuk penerokaan, melibatkan persampelan bertujuan terhadap dua orang pelajar menengah yang masing-masing mempunyai latar belakang gifted ADHD atau simptom serupa. Data dikumpulkan melalui kajian literatur dan temu bual tidak formal menggunakan platform chat, manakala analisis data dijalankan menggunakan analisis tematik dengan pengekodan dan pembentukan tema utama yang kemudiannya dibandingkan dengan kajian lepas. Dapatan menunjukkan bahawa strategi peribadi memainkan peranan penting dalam mengatasi cabaran, di mana pelajar lelaki lebih menekankan motivasi dalaman melalui ingatan terhadap ibu bapa sebagai pemacu, manakala pelajar perempuan lebih bergantung kepada strategi praktikal seperti duduk di bahagian hadapan kelas dan mendapatkan rehat yang mencukupi. Analisis keseluruhan mendapati bahawa kedua-dua pelajar ini menekankan kesedaran kendiri, minat peribadi, serta gabungan strategi motivasi dan organisasi sebagai asas keberkesanan pembelajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi yang digunakan oleh pelajar gifted ADHD bukan sahaja boleh membantu meningkatkan fokus dan daya tahan akademik golongan tersebut, malah berpotensi untuk dijadikan panduan sokongan kepada pelajar ADHD secara umum melalui penyesuaian strategi motivasi, pengurusan rutin, dan intervensi berasaskan minat kendiri. Kajian ini juga memberikan sumbangan kepada literatur pendidikan dengan membuka ruang kepada penyelidikan lanjutan mengenai peranan faktor individu dan persekitaran dalam membentuk strategi pembelajaran berkesan bagi kelompok pelajar twice-exceptional.