Browsing by Author "Ahmad Nazeer bin Zainal Arifin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Keperluan Pelajar terhadap Penggunaan Teknologi dalam Memahami Terjemahan Kinayah Al-Quran kepada Bahasa Melayu(Penerbit Universiti Islam Selangor, 2023) ;Nasimah Abdullah ;Saifullah Samsudin ;Lubna binti Abd. Rahman ;Ahmad Nazeer bin Zainal ArifinMuhamad Adham bin HambaliKinayah merupakan salah satu unsur retorik yang terdapat di dalam wacana al-Quran. Kinayah bermaksud menyebut sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan pengertian lain yang bukan pengertian zahirnya. Hal ini menyebabkan pelajar yang mempelajari kināyah al-Quran mengalami kesukaran memberi interpretasi yang tepat kerana kināyah mempunyai makna implisit yang perlu ditafsirkan dengan jelas agar maksudnya yang sebenarnya dapat disampaikan dengan tepat. Kebiasaanya, pelajar akan merujuk kepada pelbagai teks terjemahan al-Quran yang berada di pasaran secara naskhah bercetak yang sudah tentu merumitkan pelajar kerana saiznya yang besar, tebal dan berat. Berdasarkan pemerhatian terhadap teks terjemahan al-Quran yang berada di pasaran, terdapat cara terjemahan kināyah al-Quran yang kelihatan tidak sepadan dengan konteks makna yang dimaksudkan oleh mesej al-Quran. Sedangkan keperluan pelajar merujuk dan mengenalpasti kaedah terjemahan yang betul adalah penting dalam proses pembelajaran. Justeru itu, satu kajian kuantitatif dan deskriptif telah dilakukan bertujuan meninjau keperluan pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam memahami terjemahan kinayah al-Quran kepada bahasa Melayu. Sampel kajian ini melibatkan 129 orang responden daripada pelajar dalam bidang pengajian bahasa Arab di beberapa IPT yang berbeza dan menggunakan instrumen soal selidik melalui googleform dalam mendapatkan maklum balas. Dapatan kajian ini dijangkakan dapat menjadi satu anjakan paradigma terhadap kaedah rujukan kepada teks terjemahan al-Quran, selain sebagai satu usaha ke arah memudahkan pelajar merujuk dengan penggunaan teknologi yang sesuai. Hasil kajian ini juga dijangkakan dapat memberi maklumat kepada penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran kināyah al-Quran dalam bentuk peranti mudah alih dan aplikasi yang sesuai.11 77